Patriotisme didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan bersedia berkorban deminya. Sebagai rakyat, nilai ini harus dipupuk sebagai tanda kasih dan setia pada negara tercinta,

Antara kepentingan patriotisme ialah mampu mewujudkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. Hal ini demikian kerana kesedaran mengenai kemajuan dan kemakmuran negara dapat dipupuk dalam setiap jiwa rakyat.

Tambahan pula, semangat ini perlu ada bagi memartabatkan kedaulatan negara. Rakyat yang berjiwa patriotik akan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Seterusnya, patriotisme memangkinkan hati rakyat untuk  menyumbangkan jasa kepada negara. Banyak pencapaian di peringkat antarabangsa telah dikecap oleh anak tempatan semata-mata kerana cinta akan negara.

Konklusinya, patriotisme mampu menjana wahana rakyat untuk mencapai visi negara, iaitu wawasan 2020.

About these ads