BAHASA MELAYU, BAHASA PENGETAHUAN….
Pengetahuan am
Tahukah Anda….

“… bahawa telinga turut berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh?”
“… bahawa kesemua antena, meter pH dan diod pemancar cahaya adalah contoh pemindah?”
“… bahawa dalam bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa suatu perlawanan berlangsung?”
“… bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malin Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama?”
“… bahawa enjin empat lejang diesel tidak mempunyai palam pencucuh?”
Cipta rencana baru – Lagi…
“… bahawa abjad untuk Bahasa Korea pernah ditulis menggunakan Hanja?”
“… bahawa terdapat pelbagai hipotesis tentang paradoks duniawi?”
“… bahawa pengetahuan tentang konfigurasi elektron boleh membantu menerangkan ciri laser dan semikonduktor?”
“… bahawa peta, walaupun berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tiga dimensi?”
“… bahawa budaya yang mengikut kalendar tahunan semuanya menyambut Tahun Baru?”
“… bahawa sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi di Segi tiga Bermuda?”
“… bahawa litium adalah unsur kimia bukan gas yang paling kurang tumpat?”
“… bahawa anestesia membolehkan pesakit menjalani pembedahan atau prosedur lain tanpa perasaan sakit?”
“… bahawa nama Volkswagen Beetle cuma digunakan secara rasmi oleh Volkswagen lama setelah ia digunakan ramai?”
“… bahawa fail komputer boleh dihadkan kepada baca sahaja atau disembunyikan terus?”
“… bahawa sistem Dizhi dibina dari pemerhatian orbit planet Musytari?”
“… bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia?”
“… bahawa gelanggang permainan galah panjang berbeza mengikut bilangan pemain?”
“… bahawa magnitud ketara bagi jasad samawi merupakan pengukuran kecerahannya seperti yang dilihat dari pencerap di atas Bumi?”
“… bahawa Bison Amerika pernah diburu manusia sehingga hampir pupus kerana inginkan lidahnya?”
“… bahawa format 3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14?”
“… bahawa siaran langsung televisyen paling banyak digunakan untuk berita televisyen?”
“… bahawa memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan?”
“… bahawa mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen?”
“… bahawa udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama”
“… bahawa kebanyakan helium yang dihasilkan di Bumi muncul dari pereputan alfa?”
“… bahawa daging ayam merupakan antara daging yang paling laris didapati ketika Zaman Pertengahan?”
“… bahawa pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke enjin?”
“… bahawa dengan sistem koordinat Cartes, bentuk-bentuk geometri boleh digambarkan oleh persamaan algebra?”
“… bahawa hampir setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri?”
“… bahawa popi candu juga boleh digunakan untuk anestesia?”
“… bahawa reka bentuk Masjid Sultan Ahmed adalah kemuncak pembangunan dua abad masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine?”
“… bahawa Windows Genuine Advantage adalah sistem anti-cetak rompak Microsoft untuk Microsoft Windows?”
“… bahawa Grand Prix Singapura merupakan perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam sejarah Formula Satu?”
“… bahawa konsep keabadian telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan dan perbahasan dalam banyak kepercayaan dan agama?”
“… bahawa pelayan web ialah atur cara komputer yang menerima dan menjawab pertanyaan HTTP daripada pelayar web?”
“… bahawa Hubungan Malaysia-Indonesia telah wujud ribuan tahun lalu sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi?”
“… bahawa satelit cuaca boleh memantau lampu bandar, kebakaran, kesan pencemaran, aurora, ribut pasir dan debu, taburan salji, pemetaan air batu dan sempadan arus laut?”
“… bahawa dalam Perang Badar, tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?”
“… bahawa Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19?”
“… bahawa kaum Manchu merupakan minoriti di negara Manchukuo?”
“… bahawa Awan Magellan adalah galaksi kerdil terhampir dengan Bima Sakti?”
“… bahawa kulat Boletus edulis tumbuh mendadak ketika musim luruh di Eropah?”
“… bahawa submesingan merupakan senjata api yang paling banyak digunakan oleh unit-unit polis dan separa tentera?”
“… bahawa petrol boleh “basi”, akibat mendakan gam dan varnis yang akan terbentuk dan menggumpal sekiranya tidak digunakan?”
“… bahawa setiap cakera DVD-Video mengandungi kod rantau?”
“… bahawa kedwicekatan merujuk kepada keadaan seseorang yang mampu menggunakan kedua-dua belah bahagian tubuhnya dengan cekap?”
“… bahawa sashimi adalah makanan istimewa Jepun berupa makanan laut segar yang dimakan dalam keadaan mentah?”
“… bahawa sōmen kering sangat tahan lama disimpan dan sukar berkulat jika dibandingkan mi jenis lain?”
“… bahawa kereta Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer?”
“… bahawa dengan horcrux, seorang ahli sihir dapat hidup dengan sangat lama selagi horcrux itu kekal utuh?”
“… bahawa frekuensi sangat tinggi (VHF) selalu digunakan untuk siaran radio FM dan siaran televisyen?”
“… bahawa awalan perduaan (2x) sering dikelirukan dengan awalan SI (10y)?”
“… bahawa gambar rajah fasa merupakan sejenis graf yang digunakan untuk menunjukkan keadaan keseimbangan antara fasa jirim yang dibezakan secara termodinamik?”
“… bahawa adalah sukar bagi mendapatkan perlindungan kewangan dari risiko sistemik?”
“… bahawa helikopter tentera Westland Lynx pada asalnya dibangunkan sebagai pesawat utiliti bagi kegunaan awam?”
“… bahawa Windows Mobile direka untuk menjadikannya kelihatan serupa dengan versi biasa Windows dari segi estetik?”
“… bahawa ketinggian alat muzik organ boleh sampai sehingga lima tingkat?”
“… bahawa risiko operasi ialah risiko kerugian akibat dari kegagalan atau kelemahan proses dalaman, manusia, atau sistem, atau akibat kejadian luar?”
“… bahawa dalam sesetengah perlumbaan kereta, mata bonus dianugerahkan untuk pusingan terpantas?”
“… bahawa guli boleh dimainkan secara sendiri, atau dalam permainan lain?”
“… bahawa protokol HSDPA kini menyokong kelajuan pindah turun sehingga 14.4 Mbit/s?”
“… bahawa di sesetengah tempat, dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon?”
“… bahawa karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil, manakala enjin lebih besar menggunakan suntikan bahan api?”
“… bahawa dalam perlumbaan kereta, tiga pemandu teratas dalam satu perlumbaan akan menerima trofi di atas podium?”
“… bahawa modulasi frekuensi adalah satu-satunya kaedah munasabah bagi merakam atau menerima video dari pita magnet tanpa herotan yang keterlaluan?”
“… bahawa politik kiri kanan ialah satu cara biasa mengelaskan pendirian, ideologi atau parti politik sepanjang spektrum politik satu dimensi?”
“… bahawa sesetengah kawasan bebas tentera menjadi kawasan simpanan hidupan liar tanpa disengajakan?”
“… bahawa Tompok Merah Besar di Musytari sebenarnya adalah ribut?”
“… bahawa pemikiran Muktazilah sering disebut aliran rasionalis Islam?”
“… bahawa Konfrontasi Indonesia-Malaysia berpunca dari cita-cita Presiden Sukarno menyatukan Malaysia dengan Indonesia?”
“… bahawa perpustakaan kini menghimpunkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan?”
“… bahawa Windows Vista cuma dipasarkan lima tahun selepas Windows XP?”
“… bahawa novel Perjalanan ke Barat adalah berasaskan kisah sebenar?”
“… bahawa kukri atau “Pisau Gurkha” merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha?”
“… bahawa tetingkap sentiasa berbentuk segi empat?”
“… bahawa Den Haag tidak mempunyai universiti walaupun merupakan bandar ketiga terbesar di Belanda?”
“… bahawa Kalimantan pada asalnya merujuk kepada keseluruhan kepulauan Borneo, dan bukan wilayah Indonesia kini sahaja?”
“… bahawa peperangan anti-kapal selam menggunakan kapal laut, pesawat udara ataupun lain-lain untuk mencari, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh?”
“… bahawa Candi Prambanan ialah kompleks candi Hindu yang terbesar di Asia Tenggara?”
“… bahawa SQL adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, mengemaskini dan memadam data dari sistem pengurusan pangkalan data berkait?”
“… bahawa ubi kentang biasanya dibiakkan dengan menanam keratan ubi yang mempunyai mata?”
“… bahawa rancangan permainan televisyen awal diturunkan daripada rancangan-rancangan serupa di radio?”
“… bahawa onkogen ialah gen terubahsuai yang boleh menjadikan suatu sel tumor itu bertambah bahaya?”
“… bahawa perkataan Artik datang daripada perkataan Greek arktos, yang bermaksud beruang?”
“… bahawa sesetengah domain peringkat tinggi kod negara digunakan secara meluas oleh syarikat dan perniagaan kerana keunikan nama domain mereka?”
“… bahawa di Indonesia, desa merupakan satu peringkat pentadbiran rasmi?”
“… bahawa Dunia Arab merupakan unit linguistik bumi yang kedua terbesar di dunia selepas Rusia?”
“… bahawa mekanik kuantum adalah amat berbeza dengan konsep mekanik lain yang berasaskan Newton?”
“… bahawa dalam budaya Melayu, sarung dipakai oleh kedua-dua lelaki atau wanita?”
“… bahawa submesingan Heckler & Koch MP5 amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan?”
“… bahawa syirik merupakan satu-satunya dosa yang tidak diampunkan dalam Islam?”
“… bahawa cara terbaik untuk mengunjungi Siberia ialah melalui Landasan Keretapi Rentas Siberia?”
“… bahawa fungsi pemetakan adalah merupakan kuantiti yang paling penting bagi mengekod sifat statistik bagi sesuatu sistem dalam keseimbangan termodinamik?”
“… bahawa unit hektar dan ekar tidak merupakan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa?”
“… bahawa persamaan E=mc² bukan sumbangan Albert Einstein seorang?”
“… bahawa endometriosis terjadi apabila tisu yang melitupi bahagian dalam uterus tumbuh di luar rahim?”
“… bahawa penemuan cara membuat api dianggap salah satu dari kecanggihan manusia yang terpenting?”
“… bahawa walaupun banyak perdebatan mengenai implikasi kesihatan terhadap pengambilan monosodium glutamat, ia masih gagal dibuktikan sehingga sekarang?”
“… bahawa kromatografi ialah satu teknik pengasingan bahan kimia secara fizikal yang penting?”
“… bahawa opera Macbeth ditulis Giuseppe Verdi tanpa melihat karya asal Shakespeare?”
“… bahawa permainan Batu-Gunting-Kertas sering digunakan dalam beberapa permainan dan sukan?”
“… bahawa katedral Mezquita asalnya merupakan sebuah masjid?”
“… bahawa sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat?”
“… bahawa pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh?”
“… bahawa muzik klasikal biasanya khusus merujuk kepada seni muzik tradisi di Eropah sahaja?”
“… bahawa Tapak Warisan Dunia boleh jadi hutan, gunung, tasik, bangunan, mahupun keseluruhan bandar ?”
“… bahawa dalam Islam, perkahwinan boleh jadi wajib, sunat, harus, makruh atau haram?”
“… bahawa ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia?”
“… bahawa masukan blog biasanya menurut urutan kronologi terbalik?”
“… bahawa minyak sapi dibuat dari mentega?”
“… bahawa Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar?”
“… bahawa Maut Hitam ialah pandemik yang paling teruk dalam sejarah manusia?”
“… bahawa Perang Arab-Israel 1948 merupakan perang pertama di dalam satu siri peperangan di antara Israel dan jiran-jiran Arabnya di dalam Konflik Arab-Israel?”
“… bahawa had laju biasanya ditetapkan mengikut “Peraturan 85 Peratus”?”
“… bahawa Haikal Sulaiman merupakan rumah agama pertama Yahudi di Jerusalem?”
“… bahawa semasa musim panas, waktu siang lebih panjang dari waktu malam?”
“… bahawa pelancar but ialah satu-satunya program yang dapat dilancarkan perkakasan komputer?”
“… bahawa Injil Barnabas hampir sejalan dengan ajaran Islam, tetapi ditolak oleh Kristian?”
“… bahawa anugerah pasukan paling menarik dalam Piala Dunia FIFA ditentukan oleh peminat?”
“… bahawa sinaran pengion, sekiranya cukup bertenaga, mampu menyebabkan kerosakan DNA dalam setiap sel?”
“… bahawa soprano ialah penyanyi wanita dengan suara tertinggi dalam lingkungan suara?”
“… bahawa tudung kini merupakan sebahagian dari fesyen pakaian?”
“… bahawa di hemisfera barat, secara mudahnya cuma terdapat benua Amerika?”
“… bahawa Kesusasteraan Parsi adalah antara kesusasteraan yang tertua di dunia?”.
“… bahawa zarah alfa serupa dengan nukleus helium?”
“… bahawa Blue Screen of Death adalah sejenis paparan ralat yang dipaparkan oleh sistem pengendalian – terutamanya Microsoft Windows?”
“… bahawa Tesco adalah pasar raya ketiga terbesar di dunia?”
“… bahawa Sekretariat PBB berfungsi melaksanakan tugas seperti diarahkan oleh badan-badan lain Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?”
“… bahawa sebelum setem dicipta, yuran pos dibayar oleh penerima, bukan pengirim?”
“… bahawa Wangsa Seljuk dianggap sebagai pengasas kebudayaan Turki Barat yang ketara di Azerbaijan, Turki dan Turkmenistan?”
“… bahawa ancaman terbesar bagi terowong adalah kebakaran?”
“… bahawa Malaysia mempunyai enam pasukan elit?”
“… bahawa hemisfera utara mempunyai 90% dari jumlah penduduk bumi?”
“… bahawa bola jaring dicipta sebagai “bola keranjang wanita?”
“… bahawa Carrefour adalah pasar raya kedua terbesar di dunia?”
“… bahawa C4 tidak akan meletup kecuali diletupkan dengan bahan letupan lain?”
“… bahawa Pakatan Warsaw ditubuhkan sebagai tindak balas penubuhan NATO?”
“… bahawa kereta kebal A7V memerlukan 18 orang anggota?”
“… bahawa kefahaman menyaling adalah ciri suatu set bahasa apabila penutur satu bahasa dalam set tersebut mampu memahami bahasa lain tanpa belajar bersungguh-sungguh?”
“… bahawa kompas ciptaan orang China sentiasa menunjuk ke arah selatan?”
“… bahawa Pentadbir Program Pembangunan PBB adalah pegawai berpangkat ketiga tinggi dalam organisasi PBB?”
“… bahawa ais kering diperbuat dari karbon dioksida?”
“… bahawa bentuk kerajaan sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme?”
“… bahawa manga Shōnen adalah versi manga yang paling laris di Jepun?”
“… bahawa idea satu negara, dua sistem lahir dari Dasar Satu China?”
“… bahawa syarikat Nestlé bermula dari gabungan syarikat susu dan makanan bayi?”
“… bahawa sumber haba untuk enjin wap boleh diperolehi dari reaktor nuklear?”
“… bahawa Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi Windows yang lain?”
“… bahawa bukan semua tumor berbahaya?”
“… bahawa Walkman bermula kerana pengerusi Sony ingin mendengar lagu di dalam kapal terbang?”
“… bahawa pemprosesan imej digital adalah bentuk pemprosesan imej yang paling biasa kini?”
“… bahawa Rumah Api Iskandariah tiada dalam senarai asal Tujuh Keajaiban Dunia?”
“… bahawa Sistem PBB adalah berasaskan lima organ utamanya?”
“… bahawa Winamp adalah pemain media bebas paling popular?”
“… bahawa dinar emas adalah percubaan untuk kembali kepada mata wang berasaskan emas?”
“… bahawa tengkorak terdiri dari dua tulang: kranium dan mandibel?”
“… bahawa Terowong Selat ialah terowong bawah laut terpanjang di dunia?”
“… bahawa masa di Kutub Selatan mengikut zon masa New Zealand?”
“… bahawa Perang Teluk dinamakan bersempena Teluk Parsi?”
“… bahawa antara pengeluaran utama Kabul ialah senjata api dan perabot?”
“… bahawa Stadium Shah Alam adalah gelanggang utama skuad bola sepak Malaysia sebelum Stadium Nasional Bukit Jalil?”
“… bahawa Andalusia pernah menjadi pusat Kerajaan Bani Ummaiyyah?”
“… bahawa kumpulan Taliban berasal dari Mujahideen Afghanistan?”
“… bahawa Honda Civic asalnya merupakan “kereta rakyat”?”
“… bahawa terdapat banyak rasional untuk penapisan maklumat?”
“… bahawa Kerajaan Fatimiyyah merupakan satu-satunya kerajaan Syiah yang diakui sebagai khalifah Islam?”
“… bahawa fenomena halo lebih kerap terjadi berbanding pelangi?”
“… bahawa selain komputer, kayu ria turut boleh digunakan untuk mengawal lif, lori dan telefon bimbit?”
“… bahawa Mattel ialah syarikat mainan terbesar di dunia?”
“… bahawa Geneva merupakan ibu pejabat banyak pertubuhan antarabangsa, termasuk agensi-agensi PBB?”
“… bahawa Mercedes-Benz SLR McLaren adalah kereta transmisi automatik terpantas di dunia?”
“… bahawa teori merkantilisme mempercayai bahawa kesejahteraan sesuatu negara ditentukan oleh jumlah modal yang disimpan oleh negara itu?”
“… bahawa panjang busur panjang biasanya serupa dengan ketinggian pemanahnya?”
“… bahawa sesetengah cendawan beracun?”
“… bahawa kebanyakan dusun ditanami pokok buah atau kacang untuk tujuan komersil?”
“… bahawa lif dijadikan kewajipan bagi bangunan baru mengikut undang-undang kemudahan orang berkerusi roda?”
“… bahawa kanggaru adalah ikon negara Australia?”
“… bahawa kad ingatan kilat pernah dicadangkan sebagai pengganti cakera liut, tetapi akhirnya diambil alih pemacu kilat USB?”
“… bahawa panjang unit astronomi sama dengan 149 597 870 691 ± 30 meter?”
“… bahawa biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup?”
“… bahawa CNN International adalah saluran berita kedua terbesar selepas BBC World?”
“… bahawa Alam Komanwel merujuk kepada negara berdaulat dalam lingkungan Negara-negara Komanwel yang menjadikan Elizabeth II sebagai ratu?”
“… bahawa wang yang disimpan dalam simpanan tetap tidak boleh dikeluarkan sebelum tempohnya tamat?”
“… bahawa Empayar British merupakan empayar terbesar yang pernah didirikan dalam sejarah?”
“… bahawa tujuan asal tanglung ialah melindungi lilin dari tiupan angin?”
“… bahawa perlembagaan Republik Rakyat China menetapkan tiga peringkat kerajaan tempatan secara de jure, tetapi kini terdapat lima peringkat secara de facto?”
“… bahawa rukun solat menentukan sah atau tidak solat seorang Muslim?”
“… bahawa lengan tapak Sulaiman yang putus boleh tumbuh semula?”
“… bahawa tahap pencemaran radioaktif di Chernobyl adalah 100 kali ganda melebihi Hiroshima dan Nagasaki?”
“… bahawa seorang seniwati Ukraine-Amerika Syarikat Mila Kunis yang terkenal dalam melakonkan Jackie Burkhart dalam That ’70s Show dan latar Meg Griffin dalam siri animasi, Family Guy?”
“… bahawa lebih 90% dari peserta skim piramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka?”
“… bahawa punca kuasa 2 merupakan nombor tak nisbah yang pertama diketahui?”
“… bahawa kotak polis tidak lagi digunakan setelah kemunculan radio dua-hala dan telefon bimbit?”
“… bahawa seperti orkestra, nyanyian kumpulan koir biasanya diketuai oleh seorang konduktor?”
“… bahawa Lapangan Terbang Heathrow London adalah lapangan terbang tersibuk di dunia dari segi jumlah penumpang antarabangsa?”
“… bahawa tahanan Kawat Kematian Sandakan dikerah berjalan kaki sejauh kira-kira 250 kilometer?”
“… bahawa satu per tiga daripada penduduk Peru bermastautin di ibu negaranya Lima?”
“… bahawa di akhir hayatnya, burung Phoenix membakar dirinya sendiri, setelah itu, dari abunya, muncullah kembali burung phoenix muda?”
“… bahawa seperti Kereta Api Rentas Asia, kebanyakan laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia telah wujud, cuma perlu dinaik taraf?”
“… bahawa alat perangkap laju yang digunakan polis lebih tepat dari meter laju kenderaan?”
“… bahawa alat-alat sistem bunyi yang besar dan canggih jarang digunakan di rumah opera?”
“… bahawa sesetengah mancis boleh dinyalakan dengan diguris pada mana-mana permukaan kasar?”
“… bahawa kimono merupakan pakaian rasmi negara Jepun?”
“… bahawa kebanyakan kad penala TV juga berfungsi sebagai radio FM?”
“… bahawa simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah “menyeramkan” bernamaa Jack-o’-lantern?”
“… bahawa saiz udon dikawal oleh piawai di Jepun?”
“… bahawa fungsi Suruhanjaya Eropah adalah seperti kabinet menteri di peringkat Kesatuan Eropah?”
“… bahawa watak Donald Duck sering ditampilkan tanpa memakai seluar?”
“… bahawa kapal tangki dicipta oleh Ludvig Nobel, abang kepada Alfred Nobel?”
“… bahawa coklat bermula sebagai minuman istimewa?”
“… bahawa Dinasti Zhou adalah dinasti yang bertahan paling lama dibandingkan dengan dinasti yang lain dalam sejarah China?”
“… bahawa Saracen adalah istilah yang digunakan oleh orang Kristian Eropah pada Abad Pertengahan untuk merujuk kepada orang Islam?”
“… bahawa Wasabi adalah tanaman asli Jepun dari keluarga kubis?”
“… bahawa Kosmodrom Baikonur menggunakan nama Baikonur agar pihak Barat tertipu dengan bandar Baikonur yang terletak berhampiran?”
“… bahawa semasa penciptaannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kakitangan Microsoft ketika itu iaitu Whistler, British Columbia, Kanada?”
Cipta rencana baru – Lebih…
“… bahawa dalam Islam, usul al-fiqh berperanan menyelesaikan masalah yang timbul, jika ia tidak dijumpai dalam sebarang nas dari al-Quran atau as-Sunnah?”
“… bahawa bunyi boleh merambat melalui semua jirim, bukan gas sahaja?”
“… bahawa empangan hidroelektrik terbesar di dunia ialah Empangan Tiga Gaung di China?”
“… bahawa peperiksaan A-level diduduki oleh ramai pelajar di seluruh dunia?”
“… bahawa rantau Tibet juga dikenali sebagai “Bumbung Dunia”?”
“… bahawa empayar terbesar dalam sejarah ialah Empayar British?”
“… bahawa di atas kapal, nakhoda mempunyai kuasa undang-undang untuk memberikan morfin kepada pesakit?”
“… bahawa sebahagian penerima Hadiah Keamanan Nobel pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah?”
“… bahawa persimpangan bertingkat dapat mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya?”
“… bahawa nombor per-16-an membolehkan nombor perduaan lebih mudah dibaca oleh manusia?”
“… bahawa jalur meteor terjadi akibat kepanasan yang disebabkan tekanan, bukan geseran?”
“… bahawa air terjun Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter?”
“… bahawa setiap komponen komputer meja boleh dibeli secara berasingan?”
“… bahawa Hukum Bragg mengesahkan kewujudan zarah nyata pada skala atom?”
“… bahawa sistem PAL dimajukan kerana piawaian NTSC Amerika tidak serasi dengan frekuensi AC 50 Hz dalam grid tenaga Eropah?”
“… bahawa MotoGP adalah perlumbaan motosikal paling utama yang setaraf dengan Formula Satu?”
“… bahawa kepemilikan Pulau Batu Putih cuma mula dipertikai pada tahun 1979?”
“… bahawa transmisi manual lebih menjimatkan minyak serta lebih cekap daripada transmisi automatik?”
“… bahawa ilmu kemanusiaan mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi?”
“… bahawa e-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet?”
“… bahawa FC Bayern Munich merupakan kelab berasaskan ahli yang ketiga terbesar di dunia?”
“… bahawa papan kekunci QWERTY mendapat namanya daripada enam huruf yang pertama dalam baris huruf yang teratas dalam papan kekunci?”
“… bahawa lesen diperlukan untuk mengendalikan radio amatur?”
“… bahawa pencetak jet dakwat berfungsi dengan menyemburkan dakwat cair ke atas kertas?”
“… bahawa Hatshepsut adalah firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir?”
“… bahawa hamburger berasal dari makanan tradisional penduduk Hamburg, Jerman?”
“… bahawa penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu?”
“… bahawa bahagian lurus yang panjang di Lebuhraya Taman Pantai Timur berhampiran Lapangan Terbang Changi Singapura boleh digunakan sebagai landasan kecemasan?”
“… bahawa kumpulan berfungsi bertanggungjawab terhadap sifat tindak balas kimia suatu molekul?”
“… bahawa Czechoslovakia ditubuhkan dari pembubaran Austria-Hungary dan kemudian sendiri dibubarkan?”
“… bahawa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat timbul dari kekejaman Jerman Nazi?”
“… bahawa lagu Rasa Sayang telah dinyanyikan secara turun-temurun di Indonesia dan Malaysia?”
“… bahawa Microsoft menjangkakan dapat mengeluarkan pengganti Windows Vista, digelar Windows 7, pada 2010?”
“… bahawa kebanyakan bahasa suci telah pupus?”
“… bahawa banyak parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan satu ideologi politik?”
“… bahawa LaTeX digunakan secara meluas oleh ahli-ahli matematik, sains, falsafah, kejuruteraan dan ahli-ahli profesional yang lain?”
“… bahawa Masjid Besar Djenné bersama dengan keseluruhan bandar Djenné telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia?”
“… bahawa kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma?”
“… bahawa Star Trek XI merupakan filem ke-11 dalam siri-siri filem Star Trek akan ditayangkan pada 25 Disember 2008?”
“… bahawa Sultan Brunei merupakan pemerintah mutlak negara Brunei?”
“… bahawa kumbang adalah kumpulan serangga yang terbesar?”
“… bahawa novel pendek Ladang Binatang ialah alegori satira tentang totalitarianisme Soviet?”
“… bahawa Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia?”
“… bahawa saiz Encyclopædia Britannica kekal lebih kurang sama sejak 70 tahun lalu, dengan kira-kira 40 juta perkataan dalam setengah juta tajuk?”
“… bahawa Asian Idol menampilkan juara-juara pertandingan format Pop Idol dari enam negara Asia?”
“… bahawa cendawan tiram merupakan sejenis tumbuhan maging?”
“… bahawa kod perilaku Bushido berasal dari kod moral samurai?”
“… bahawa beg udara mengembung keluar lebih pantas berbanding kelipan mata?”

One Response to “Pengetahuan Am…”

  1. Lord Xile Says:

    wow banyaknye….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers