Panduan Karangan Untuk UPSR

Jenis-jenis Soalan

1.      Masalah disiplin di kalangan pelajar.

1.1.   Cara-cara mengatasi

1.2.   Jenis-jenis salah laku

2.      Berjimat-cermat

2.1.   Kepentingan berjimat-cermat

2.2.   Cara-cara berjimat-cermat

Pembentukkan Karangan

1.      Pendahuluan – 2 ayat

2.      Isi-isi penting

2.1.   Isi pertama – 3 ayat

2.2.   Isi kedua – 3 ayat

2.3.   Isi ketiga – 3 ayat

3.      Penutup – 2 ayat (masukkan peribahasa untuk menguatkan karangan anda.)

Jumlah ayat ditulis adalah 13 ayat. Jika satu ayat bersamaan 10 patah perkataan, maka target karangan anda adalah 130 patah perkataan.

Contoh pendahuluan. – Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin.

Dewasa ini, masalah-masalah disiplin semakin kritikal dan berleluasa di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Oleh yang demikian, tindakan untuk mengatasinya harus diambil bagi meningkatkan lagi disiplin pelajar-pelajar sekolah.

Contoh isi penting

Pihak sekolah harus memperketat peraturan sekolah bagi memastikan pelajar-pelajar tidak terlalu bebas. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak akan berjaya selagi tiada penguatkuasaan yang lebih daripada pihak sekolah.  Langkah ini sebenarnya dapat mendidik pelajar untuk mengikuti peraturan dan seterusnya mereka akan lebih berdisiplin.

Contoh penutup.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab dalam mendidik pelajar-pelajar ini agar lebih berdisiplin. “Mencegah Lebih Baik Daripada Berubat”, maka kita harus menanganinya sebelum pelajar-pelajar ini terlibat dengan jenayah besar pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers