Merumuskan karangan

Tips dalam meringkaskan karangan
1. Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.
2. TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4. Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar’(2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’(1 perkataan)
9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan.(TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan.)

Contoh Soalan :
Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.
Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.
Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran.
Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati.
Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.
Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut. Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.

Pemahaman :

1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?

2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?

3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?

49 Responses to “Bahagian A – Ringkasan”

  1. mohd shanif Says:

    soalan pmr sebenar 2009

    1. mia Says:

      ade kew pmr…

    2. mia Says:

      I mean pmr 2009 sgt senang tau…

      1. muhammad sufian Says:

        pmr mmg mudah krane soalan dlm tu smua kite dah blajar

      2. meerul Says:

        tapi aqnie susah nak ingat??:P

      3. meerul Says:

        (^^^)

    3. nur saheera Says:

      pmr susah bb saye bru form 1…kih3…huuhuh

      1. meerul Says:

        esok aq PMR!!!Aq nie org yg susah nak ingat ape yg cekgu ajar bleh tlong x aq???lol esok PMR ari nie baru nak ckp huhuhu doakan aq berjaya tau thanks!!! :P

  2. z ceria maju Says:

    ni betul ke soalan pmr bahasa melayu 2009?
    please respon cikgu..cikgu sendiri yg ckp lagi 2 or 3 hari sblm pmr..soalan bocor akn keluar kat dlm blog cikgu! pastu org tye..cikgu x jawab apa apa

  3. blah blah blah Says:

    boleh bagi satu contoh karangan ringkasan?mcm mane nak buat ayat pendahuluan karangan ringkasan?

    1. Mohd Syafiq Says:

      terdapat beberapa ……………. cm 2 jew

  4. cool Says:

    susah jgak nk wt ringkasan…
    tpi apa2 pown berusaha tangga kejayaan…

    1. meerul Says:

      tangga ke tanda??? :P :) :O

  5. zuhairi Says:

    tlong sent kan cra nak mnjawab bm paper 2>>
    buntu snagat
    plezzzzzzzzzzzzzzzzzz sapa2

    1. fieeyshah Says:

      knpe x blh??? is senang je ar

  6. liaa Says:

    boleh tahan ar ..

  7. SYED CECH Says:

    mest dpt at kertas pmr

  8. Maisarah Says:

    Ishh , susuah la Ringkasan niy . hurm , btw thank you :)

  9. nur saheera Says:

    susuah la ringkasan nie….

  10. Thanush Sivarimuthu Says:

    best……….

  11. syafiqah Says:

    pandailah awak nie,kalau saya tak tahu mcm mna nak wat rngkasn macmtu tau

  12. black finder Says:

    best gila bahasa melayu,thank you techer

  13. lukman hafiz Says:

    best sangattttt bahasa melayu……..kalau belajar terus faham……..tambahanpula cikgu yang mengajar tu ajar dengan best…..THANK CIKGU NAI

  14. lukman hafiz Says:

    susah tak pmr nanti ah?rasa takut pula nak periksa

  15. vethashinee Says:

    ini sangat baik utk kita…………………………………………………….

  16. axel alex Says:

    korang ni ckp senang aq rasa susa la haha….

  17. AVeNGEd sEVenFoLd Says:

    ringkasan ni tampak aje senag tapi susah jugak bila menjawabnya…

  18. My Homepage Says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More Infos here: hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/kertas-dua/bahagian-a-ringkasan/ [...]…

  19. alia maisarah Says:

    mmg la ssh sbb sya bru tkt stu thn….hahaha….. thn sya 6ti dh xde pmr bezzzzzt nyeeeeeeeeeeeee……. huhuhuhu…

  20. rvtesvtr Says:

    terima kasih, saya memang terlalu bodoh dalam hal ini. Saya patut mati aje…. thanks my savior, u are my messiah!

    1. zakwan Says:

      kalo thu dah terlalu bodoh …..belajar lah …biar pandai….kalau ko mati pon …tak guna….

  21. alala Says:

    wargh!!aq x suker ringkasan..!!

    1. zakwan Says:

      kau yg x suker


  22. herm … ni ke soalan PMr ?Susahhh

  23. secret...LOL Says:

    alaaaaa bukan camnie…sye nak tahu camne nak buat pade mule ringkasan…mule ayat ape hah?

  24. jency lim xin yean Says:

    tidak memahami maksud petikan kerana tidak membaca dengan teliti
    ==|||
    adalah web ini bagus?

  25. mcc Says:

    hehehe sapa di sane!!!!!

  26. aiman Says:

    BM mg bhsa kte .. tpy BM leh jd lbih ssh drpd BI klau kte abaikan

  27. christinanana brayem Says:

    seronok nya belajar bahasa malaysia nie…..
    ahahahhaah…..hehehehehehehehhe….

    1. christinanana brayem Says:

      senang nya,,…
      cari isi penting and than cantumkan ayat memguna kan penanda wacana…..

  28. nawallidiya Says:

    SSH NYE X PHAM LNGSONG MKLOM LA BRU BLAJAR MAYBE X PHAM LG

  29. hafizul Says:

    sng jer nk jwb

  30. muhammad akid ikhwan Says:

    senans nya…..^_^

  31. Li Bee Says:

    sng takut kalau tak tau jawab


  32. tnhks aku nie kurang sikit nak paham apeybg cikgu cakap dalam kelas tnhks skarang aku da boley paham :D

  33. atyraa aziz Says:

    susah nye nx ingat !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers