Tips Komsas PMR

KLIMAKS DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN SATU

Oleh Ghazali Lateh

Dalam kajian novel, aspek binaan plot merupakan satu perkara penting. Binaan plot merujuk kepada jalan cerita yang disampaikan oleh pengarang meliputi bahagian permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian. Klimaks ialah kemuncak cerita yang menjadi titik paling tinggi dalam konflik watak utamanya. Sesebuah karya pasti memiliki titik klimaks ini kerana tanpa klimaks cerita akan mendatar dan tiada daya tarikan.

Dalam menentukan klimaks dalam novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 1, terdapat pelbagai pandangan berdasarkan buku-buku ulasan dan rujukan yang ditulis oleh beberapa orang penulis. Pandangan-pandangan ini ada kalanya berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengelirukan murid yang merujuki buku-buku berkenaan.
Novel-novel yang digunakan sebagai bahan bacaan komponen sastera tingkatan satu termasuklah Meniti Kaca, Anak Din Biola, Aku Anak Timur, dan Limpahan Darah di Sungai Semur. Bagi tingkatan dua pula novel-novel yang dikaji ialah Pahlawan Pasir Salak, Timulak Kapal Perang, Kapten Hassan Wira Bangsa, dan Tragedi Empat Disember. Manakala novel-novel tingkatan tiga pula Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Panas Salju, Ekspedisi, dan Merdeka! Merdeka!
Untuk memudahkan murid mengenal pasti klimaks yang terdapat dalam novel-novel kajian, beberapa perkara hendaklah diberikan perhatian. Perkara-perkara tersebut termasuklah;

i. Klimaks ada kaitan dengan tema dan persoalan novel.
ii. Klimaks biasanya melibatkan watak utama.
iii. Klimaks membawa perubahan kepada diri watak.
iv. Klimaks menyelesaikan konflik watak utama dengan watak-watak lain.

Dalam hubungan ini, terdapat buku-buku ulasan dan rujukan yang tersalah memilih klimaks dalam kajian mereka. Sebagai contoh, dalam novel Anak Din Biola, peristiwa yang dianggap klimaks ialah peristiwa penangkapan Pak Mat Tukang Masak di rumah pangsa kawannya. Pemilihan peristiwa tersebut sebagai klimaks adalah tidak tepat. Walaupun peristiwa itu dianggap penting, namun tidak menyentuh perjuangan sebenarnya watak utamanya iaitu untuk memenangi Bintang Biola Remaja Kotaraya. Peristiwa tersebut juga tidak ada kaitan dengan tema novel.
Oleh itu klimaks yang lebih tepat ialah pengumuman Budiman sebagai juara Bintang Biola Remaja. Hal ini demikian kerana sepanjang perkembangan plotnya, fokus utama cerita ialah usaha Budiman untuk belajar bermain biola dan memenuhi wasiat bapanya. Jadi apabila Budiman diumumkan sebagai juara, maka terjawablah segala konflik yang diwujudkan sejak awal cerita.
Perkara ini dapat diringkaskan seperti yang berikut;
Tema
Kegigihan seorang remaja melaksanakan amanat arwah bapanya supaya dia berjaya dalam bidang muzik

Watak utama
Budiman

Konflik:
Memenuhi wasiat arwah bapa.

Klimaks:
Budiman berjaya menjadi juara Bintang Biola Remaja Kotaraya.

Penyelesaian konflik
Budiman telah berjaya memenuhi impian arwah bapanya.

Bagi novel Aku Anak Timur, klimaksnya agak mudah dikesan. Peristiwa yang dialami oleh watak utama iaitu Zarina di rumah rakan Niek amat nyata melibatkan kriteria-kriteria penentuan klimaks. Peristiwa tersebut membawa perubahan pada diri Zarina. Tambahan pula peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang paling penting dan mudah dikesan oleh pembaca. Jadi, tidak ada masalah bagi pelajar menentukan klimaksnya.

Tema
Pertembungan budaya barat dan timur yang menimbulkan pelbagai masalah dan kesan serta perlu ditangani dengan tegas dan berhemah
Watak utama
Zarina
Sering ditegur oleh ibu bapa dan dikawal pergaulan dengan rakan-rakan yang berketurunan barat.
Klimaks
Zarina melarikan diri dari rumah rakan Niek setelah dia cuba dipeluk ketika lampu terpadam.
Penyelesaian konflik
Zarina insaf dan sedar akan kebenaran nasihat ibu bapanya.

Dalam novel Meniti Kaca, klimaks yang sering diketengahkan dalam buku-buku rujukan ialah peristiwa kematian Mahyun, iaitu ibu Nazar ketika hujan lebat. Namun begitu, peristiwa ini tidak boleh dianggap sebagai klimaks kerana tidak melibatkan watak utama. Peristiwa ini memang penting tetapi tidak dianggap berperanan sebagai klimaks, kerana peristiwa itu hanya salah satu cabaran atau konflik besar bagi watak utama. Jadi klimaks cerita ini adalah apabila Nazar berjaya masuk ke sekolah asrama penuh setelah melalui pelbagai cabaran. Perkara ini bertepatan dengan tema iaitu ketabahan dan kesabaran Nazar menghadapi cabaran.

Tema
Ketabahan dan kesabaran seorang remaja menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
Watak utama
Nazar
Konflik
Terpaksa menghadapi cabaran akibat ibu mengalami penyakit jiwa.
Klimaks
Nazar berjaya memasuki sekolah berasrama penuh untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.
Penyelesaian konflik
Nazar berjaya memenuhi cita-cita yang diimpikan walaupun ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

Novel Limpahan Darah di Sungai Semur pula mengetengahkan tema keberanian Jamaludin Mohamed berhadapan dengan pihak musuh demi mempertahankan kedaulatan tanah air. Oleh itu kemuncak cerita ini mestilah berkaitan watak utamanya. Dalam novel ini, peristiwa yang menjadi klimaks agak jelas dan mudah dikesan. Hal ini demikian kerana dalam novel bercorak perjuangan, episod peperangan yang terakhir dan membawa kejayaan akan menjadi klimaksnya.

Tema
Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis.
Watak utama
Jamaludin Mohamed
Konflik
Terpaksa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis.
Klimaks
Jamaludin ditangkap dalam pertempuran di Sungai Semur tetapi dibebaskan kemudiannya.
Penyelesaian konflik
Jamaludin berjaya memenuhi impiannya menjadi seorang anggota tentera.

Oleh yang demikian, murid-murid harus berhati-hati dalam membuat rujukan. Fakta-fakta yang terdapat dalam buku-buku ulasan hendaklah dibandingkan dengan teliti. Murid-murid juga perlu berbincang dengan guru-guru untuk mengenal pasti fakta-fakta yang betul untuk dpelajari. Kekeliruan atau fakta yang tidak tepat akan meninggalkan kesan yang tidak baik terhadap murid, terutama apabila mereka menjawab kertas peperiksaan.

33 Responses to “Bahagian D – KOMSAS Novel”

  1. mohanadarrshan Says:

    rujukan ini sangat menolongkan saya

  2. ahmad syahrizal Says:

    saya tidak tahu bagaimana cara untuk membuat ringkasan tentang novel limpahan darah di sungai semur ini……

  3. firdaus Says:

    sy mahu persoalan timulak kapal perang okey

  4. wan amirul Says:

    it helps! thanx! 0812 eminent smss

  5. Hr pean Says:

    gua nak plot novel kapten hassan dan merdeka merdeka!!ok la kn,hehehe….

  6. ain Says:

    tq ia dapat membantu saya dlm plajaran

  7. amira piecesgurlz Says:

    boleh tak bagi saya sinopsis bab demi bab kapten hassan!……tolong lah saya merayu sngt2

  8. adrin Says:

    boleh x saya nak minta sipnopsis bab by bab panas salju terima kasih

  9. Mr_Boy Says:

    menarik pon, sesuai untuk saya yang bengap nih….

  10. nuzul Says:

    saya hendak sinopsis bab 6 boleh x?sebagai rujukan….

  11. farhana Says:

    hye… boleh x letak sinopsis kapten hassan wira bangsa bab demi bab… plzzz… sye merayu…

  12. ali Says:

    sye nak sinopsis bab 4 plzzz tolong bwt kn..

  13. Norliana Says:

    terima kasih.. rujukan ini dapat membantu saya…

  14. izal Says:

    sapa yg buat cerpen ini..

  15. dear memon~ Says:

    what you wrote up there is very helpful but unfortunately i need the synopsis for all the chapters of the novel ‘Kanang – Cerita Seorang Pahlawan’ for my assignment please?
    A.S.A.P!
    thanks a bunch darl!
    :p

  16. Harima Says:

    Laman ini tertumpu pada kawasan selatan, justeru, saya TIDAK akan membincangkan novel tersebut. Minta maaf.

  17. connie Says:

    bolehkah anda beri contoh yang lebih jelas ?

  18. COHCOH Says:

    bolehkah kamu menyediakan komsas utk novel istana menanti novel terbaru utk 2010 …………

  19. Afiqah Says:

    Cikgu knp x der novel PAHLAWAN PASIR SALAK?

  20. leeya95 Says:

    sy nk aku anak timur,kapten hassan wira bangsa,merdeka!merdeka!

  21. syah Says:

    boleh tak kamu letak latar-latar bagi setiap novel dari tingkatan 1-5

  22. afiqah Says:

    Cikgu,cara watak utama dalam novel Terminal tiga & seteguh karang menyelesaikan satu konflik yang di hdpinya..x tau cm ne nk buat..

  23. feena Says:

    tlg saya cri persoalan bab 8 timulak kapal perang….pleaz???

  24. arif SMK bandar Machang Says:

    tak de ker NOVEL kanag Kat sInI?????

  25. HM759 Says:

    Tolong berikan klimaks Novel Kapten Hassan WB.

  26. e.en Says:

    terima kasih bnyk2, rujukan ini membantu sy dlm pelajaran ini!!! thanks…

  27. waniey Says:

    apsal x de persoalan…susah rr..


  28. [...] The busiest day of the year was October 4th with 3,500 views. The most popular post that day was Novel Tingkatan 1 – Meniti Kaca. [...]

  29. h@neyIeyah Says:

    ckgu, puas sye mncri sinpsis bab demi bab novel anak din biola. dhlh kne wat folio anak din biola for form 3…soo, please help me t0 find out about this…

  30. ieyzza Says:

    tak lama lagi mahu exam nie .. saya masih tk fhm teknik2 mnjwb soalan komsas .. tmbh2 lagi dh dkt nk pra pmr … i’m afraid that i got the bad marks for paper 2 .. so soalan saya , bagaimana teknik2 yg sebetulnya ,…? dan cara2 untuk lulus dalm bhgian ini ..

  31. sya Says:

    saya nak peristiwa menarik dalam timulak ke,ekspedisi ke,sngai semur ke..bley???

  32. farhan Says:

    very good cikgu>>dapt membantu saya dgn baik

  33. Homepage Says:

    … [Trackback]

    [...] There you will find 8071 more Infos: hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/kertas-dua/bahagian-d-komsas-novel/ [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers