Bahasa istana

Pengetahuan Umum.

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.

Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau penggunaan bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.

Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam bahasa Melayu, seperti “Nyōbō kotoba” sistem bahasa istana bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuklah bahasa Inggeris.

Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana↓ Bahasa Biasa↓
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (raja menyapa rakyat)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
bercemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi; suka akan
berputera beranak; bersalin
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat mati; meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap raja)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri
putera anak lelaki
puteri anak perempuan
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah

36 Responses to “Bahasa Istana”

  1. xxx Says:

    kamu/ awak?

  2. thtynhnyu Says:

    otak ko……..tuihhh

  3. Ain Nabila Says:

    bagaimana pula dengan “dikebumikan?”
    PMR 2012 no 11.

    1. DaveyRupert Says:

      dimakamkan

  4. Chow Hsien Says:

    Apakah bahasa istana untuk
    i) dilantik
    ii) diisytiharkan
    iii) meminta
    iv) bekerja
    v) panjang umur ( Daulat Tuanku, bertambah panjang umur )

    Tq.

    1. Harima Says:

      I) ditabalkan
      2) dimasyhurkan
      3) menitahkan / menurun perintah
      4) maaf, takde
      5) pun takde

      Maaf lambat reply. Thanks.

      1. Nur Nadhirah affendy Says:

        Adalah..”Dirgahayu Tuanku” yg bermaksud mendoakan kesihatan,kesejahteraan dan dipanjangkan usia….
        Lambat reply!! Sorry!

      2. Chow Hsien Says:

        Terima kasih atas jawaban itu. Untuk panjang umur, saya dapat “dirgahayu”. Hanya tinggal “bekerja” tak dapat dikesan.

      3. nur fatihah nabilah Says:

        thanks! for the answer…. i’ll visit this web again! Maybe, whe i have homework for BM haha lol xD

      4. fatin Says:

        purnama,berkelana, mencemar duli,ditabarkan

  5. nurul aisyah Says:

    ini saje ke ade,ade x lagi??

  6. Rahman Says:

    terima kasih pulak ape

    1. Asyraf Says:

      ;;;;;;;;;;;

      1. Harima Says:

        Menjunjung kasih

  7. nur fatihah nabilah Says:

    Thanks to whoever made this!! i’m sure you’re good in Castle Language..:) xD

  8. irdhina Says:

    thank you sebab tolong saya siapkan homework saya…saya year 6..:)

  9. noriza ibrahim Says:

    bersiar-siar dlm bahasa istana apa?

  10. Nurul Dayana Says:

    apakah makna perkata bagi ayat :
    1) sentap
    2)masyghul
    3)paduka
    4)masyhur
    5)takhta
    6)kamar

  11. Harima Says:

    Bersiar-siar – mencemar duli/ berangkat
    sentap – marah
    masygul – sedih
    paduka – kekuasaan
    takhta – kerusi
    Kamar – katil

  12. shirlyn Says:

    hallo.. boleh minta tolong? perkataan “cantik” dalam bahasa istana ialah apa?

    1. Hasha Says:

      berkah ckg saya ajar


  13. Apakah bahasa istana untuk
    1. bersetuju
    2. sedih
    3. menemui

    1. Harima Says:

      1. Berkenan
      2. Mashgul
      3. Berangkat/ mencemar dulu (jumpa rakyat)

  14. masitahothman Says:

    Mcm mne nk cakap saye nk ke tandas dlm bhsa istana

  15. anis fatihah Says:

    Terima kasih sebab siap kan kerja rumah saya

  16. krish Says:

    thanks alot bcause it help my daughter to done her homework

  17. Hasha Says:

    thnks i can done my work easily by using this web :]

  18. anderson Says:

    can someone provide the dailog of bahasa istana Sultan using usually?

    1. Harima Says:

      What situation?

  19. anderson Says:

    ( i wan eat somethings ) in bahasa istana

    1. Harima Says:

      Beta mahu bersantap…. (Berkaitan)

  20. syazwani Says:

    APAKAH MAKSUD KAMAR PERADUAN

    1. Harima Says:

      Kamar – katil
      Peraduan – bilik tidur/ tempat tidur

      Jadi – tempat/ bilik tidur diraja

    1. Harima Says:

      Tempat menghadap – tempat rakyat atau pembesar berjumpa raja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers