Tatabahasa

Ujian Diagnostik

Soalan 1 hingga Soalan 8
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda.

A

berpuluh

B

berbulan-bulan

C

berpuluh-puluh

D

berminggu-minggu
2 _____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa.

A

Suku

B

Separuh

C

Setengah

D

Sesetengah
3 Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu.

A

kedua

B

dua-dua

C

kedua-dua

D

kedua-kedua
4

Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi. 

A

daripada

B

sejak

C

dalam

D

dari
5 Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya.

A

akan

B

kepada

C

dengan

D

tentang
6

Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa.

A

dicatu

B

dikawal

C

dihadkan

D

dibahagikan
7 Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris.

A

mengukir

B

menempa

C

menempah

D

membentuk
8

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta.

A

memikir

B

mencuba

C

menduga

D

merancang
Soalan 9 hingga Soalan 14
Ayat-ayat yang dipaparkan mungkin betul dan mungkin salah. Jika ada kesalahan. Kesalahan itu telah ditanda dengan A , B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
9 Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 3.00 petang.

A

Para-para

B

berada

C

pada

D

Tiada kesalahan
10 Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam.

A

menjawab

B

semua

C

satu suku jam

D

Tiada kesalahan
11 Nota itu bertukar tangan daripada Zarida ke Yusri.

A

bertukar

B

daripada

C

ke

D

Tiada kesalahan
12 Tempat itu dikhaskan oleh pelajar tahun pertama sahaja.

A

dikhaskan

B

oleh

C

pertama

D

Tiada kesalahan
13 Hasri melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada ibunya.

A

melambai-lambaikan

B

sambil

C

kepada

D

Tiada kesalahan
14 Helmi terbongkok mencari anak kuncinya yang hilang.

A

terbongkok

B

mencari

C

hilang

D

Tiada kesalahan
Soalan 15 hingga Soalan 20
Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendak menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
15 Ribu-ribu orang penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil.

A

Beribu-ribu orang penonton

B

Ribuan orang penonton

C

Beribu orang penonton

D

Ribu-ribu orang penonton
16 Para-para pemandu bas mini diingatkan agar mematuhi undang-undang jalan raya.

A

Para pemandu-pemandu bas mini

B

Para pemandu mini bas

C

Para pemandu bas mini

D

Para-para pemandu bas mini
17 Majlis perasmian bangunan sekolah itu dimulakan dengan bacaan doa.

A

dimulakan akan bacaan doa

B

dimulakan oleh bacaan doa

C

dimulakan sebagai bacaan doa

D

dimulakan dengan bacaan doa
18 Pelancong itu tanya pada saya jalan menuju ke Menara Kuala Lumpur.

A

Pelancong itu bertanya pada saya

B

Pelancong itu bertanya kepada saya

C

Pelancong itu menanyakan pada saya

D

Pelancong itu tanya pada saya
19 Razlan terima sepucuk surat daripada rakannya di Kedah Darul Aman.

A

Razlan berterima sepucuk surat daripada

B

Razlan menerima sepucuk surat daripada

C

Razlan menerima sepucuk surat dari

D

Razlan terima sepucuk surat daripada
20 Cikgu Hasimah mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah antarabangsa .

A

mengajarkan bahasa Melayu pada

B

mengajar bahasa Melayu kepada

C

mengajari bahasa Melayu kepada

D

mengajarkan bahasa Melayu kepada

14 Responses to “Tatabahasa”

  1. dany anting Says:

    1.c
    2.d
    3.c
    4.a
    5.c
    6.a
    7.b
    8.c
    9.a
    10.c
    11.c
    12.b
    13.d
    14.a
    15.a
    16.c
    17.d
    18.b
    19.b
    20.b

    1. rugendran Says:

      cantik

  2. SHAM Says:

    SALAM CIKGU…
    SOALAN NO.5 DAN 20 BOLEH DIBINCANGKAN….
    KALAU SY DUK BINCANG2 NO.5 D DAN NO.20 D…
    HARAP CIKGU BLEH TERANGKAN….

  3. Harima Says:

    Soalan no.5 ialah akan bukan tentang. Dalam hukum tatabahasa kata Adjektif bawah subtopik Emotif (Adjektif perasaan), apabila merujuk kepada perasaan, perlu menggunakan akan, contoh;

    Saya sayang akan keluarga saya. (betul)
    Saya sayangkan keluarga saya (salah)

    Percaya juga ialah tergolong dalam kategori ini.

    Soalan 20, pengeliruan pada hukum kata kerja bagi imbuhan MeN-…kan dan MeN-…i. Jawapan yang tertera di atas BUKAN jawapan saya, sebaliknya jawapan pelajar. Jawapannya ialah D, kerana mengajarkan membawa erti mengajar sesuatu, berbanding mengajari iaitu mengajar seseorang.

    Jawapan sebenar:
    1.c
    2.d
    3.c
    4.a
    5.a
    6.a
    7.d
    8.c
    9.a
    10.c
    11.c
    12.b
    13.d
    14.d
    15.a
    16.c
    17.d
    18.b
    19.b
    20.d

  4. The Catz Says:

    Tumpang tanya , kenapa soalan 15 tu A ?
    Beribu-ribu orang ? bukankah orang itu dah menunjukkan banyak ?
    Pening ~ :D

  5. Harima Says:

    Imbuhan Ber- merujuk kepada kata kerja. Apabila ber- digunakan untuk kata bilangan, secara automatik, ber- akan digandakan kata dasarnya.

    Beribu => beribu-ribu

    Beribu bermaksud mempunyai ibu (ber-ibu).

    1. Harima Says:

      Tambahan : orang yang digunakan oleh ayat tersebut ialah kata penjodoh bilangan, bukan kata nama, sekian.

  6. Shakirah Arina Says:

    mengapakah jwpnnya beribu-ribu dan bukannya ribuan? apakah perbezaannya?

    1. Harima Says:

      Jawapan ribuan = beribu-ribu. (dua-dua betul)

      -an di sini akan menjadikan kata itu jamak (banyak), jadi, tidak perlulah beribu-ribu yang juga membawa maksud jamak.

  7. dayah Says:

    the question is so easy~~ -..-

  8. sape2 jew Says:

    yeahhh ,,,syukur !!! sy slh 2 soalan je . no 5 & 20

  9. jasmine Says:

    so which is the correct answer?

  10. ZAKARIA Says:

    mohon copy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers