Apabila nanti kau berpeluang,
Jangan sesekali sia-siakan,
Kerana pisang tak berbuah dua kali,
Disebalik aturan alam ini,
Yang tiada putus arahnya.

Peluang itu hanyalah sekali,
Untuk dihargai,
Bukan dikhianati,
Sebab kelak sesal tak bisa mengubati,
Dan peluang itu tiada lagi,
Untuk kaumiliki.

Jika kamu berkesempatan,
Diberi peluang lagi,
Mungkin nanti akan samakah?
Erti hakiki peluang itu,
Bukan hukuman kuberi,
Tetapi ingatan untukmu.

Barangkali ada peluang lain,
Jangan lagi kauhancuri,
Dakaplah mesra dan percaya,
Peluang itu sebaik-baiknya,
Kerana peluang dahulu takkan kembali,
Definisi kehidupan ini….

HN Harima

“UPSR dan PMR! Tiada ulangan, jadi buat betul-betul!”