Aku rasa bangga. Cukup bangga. Kalian mungkin memiliki jam yang bernilai ratusan mahupun ribuan ringgit, yang kiranya cukup mahal. Aku tak kisah. Kerana kalian akhirnya kembali bertemu dengan aku. Kalian merayu juga kepada aku yang serba sederhana ini…
Jam aku cukup berlainan dan istiwema. Aku tahu, kalian mahukan jam aku kerana cukup memerlukannya. Aku, pemilik  jam ini, tak mampu untukku  dipertonjolkan jam ini. Aku hanya biarkan di situ, menghiasi ruangan itu.
Bukan mahu aku sembunyikan jam milikku ini, barangkali kerana aku malu. Kalian mana mungkin akan memuji jam aku. Biarpun punya bau yang semerbak dan beraroma. Kalian pandang rendah padaku….
Akan tetapi, kalian merayu kini kepada aku. Meminta simpati daripada yang pernah kalian caci-cacikan. Jam aku tak pernah kalian hargai. Hanyalah menjadi bahan ketawa dan kecindan buat penglipur hati.
Aku mengerti dan aku redha. Aku tak pernah berdendam. Rayuan kalian aku dengari. Lantas, aku benarkan kalian untuk menghargai jam aku ini. Kalian nikmatilah jam aku dengan penuh ketenangan!
Cuma satu sahaja pintaku yang kecil, janganlah kalian lupa untuk Flush, ya?
 BY : PJ (penjaga jamban)