Si hari yang culas,
Mengamit sentimen,
Entiti lancung.
Mewara-warakan siasah,
Konklusi yang tak pasti…

Si hari yang culan,
Memasak hakiki realiti,
Membunuh titik-bengik,
Untuk seungkai hidup,
Ironi semalam…..

Maka si hari ini,
Kau pilih dan mara,
Si hari culas atau culan,
Binasa atau membina,
Hari esok….