Thursday, January 28th, 2010


Kerusi itu tidak empuk,
Seempuk kerusi diduduknya ini,
Namun kerusi itulah,
Yang mengubah persepsi,
Kehidupannya dasawarsa,
Bangga dan hebat…

Meja itu tidak ceria,
Seceria mejanya terhias mewah,
Tetapi meja itulah,
Pemangkin ilmu dan metodologi,
Kejayaannya kini,
Cemerlang dan gemilang…

Ruang putih itu tidak berseri,
Seseri kediaman istananya yang gah,
Tetapi ruang putih itulah,
Menghulur pengetahuan berharga,
Bersama teman seperjuangan,
Memori dan ingatan…

Kerusi, meja dan ruang putih itu,
Simbolik buatku dan buatmu,
Yang akan terus kau kenangi,
Hingga akhir hayat nanti….

Wanita hari itu,
Masih dalam memori,
Lebih pentingkan budi pekerti,
Ibu bapa panduan diri,
Dan senantiasa menjauhi,
Daripada kepincangan akhlak.

Wanita hari itu,
Tidak bangga menghela asap,
Tidak biasa mendedah aurat,
Tidak bisa mencemar maruah,
Di tengah kehidupan lelaki,
Memangkin rumah tangga,
Si suami dan anak-anak…

Nota : Sajak balas untuk wanita hari ini dalam KOMSAS Antologi.