Teori Hantu Barat (hnharima)


Untuk hampir semua bahagian, dunia sains menafikan kewujudan hantu, semangat dan roh. Namun kewujudan dunia sains metafizik, yang disertai oleh perburu hantu, pengkaji bebas, dan sebagainya, tiada satu pun yang mendapat dana untuk kajian-kajian ini.

Antaranya, terlalu sedikit bukti (malah diragui kesahihannya) kewujudan makhluk mistik ini.Biarpun ada saksi-saksi melihatnya, namun selalunya perkara ini akan dikaitan dengan perasaan psikologi. Situasi manusia yang tidak stabil juga menyebabkan mereka terbayang ilusi ketakutan mereka. Justeru, saintis lebih berminat dengan angka pengiraan, kajian dan pemerhatian nyata untuk membentuk dan membuktikan kesahihan teori kewujudan hantu.

Seterusnya, kewujudan perburu hantu yang menggunakan teknologi canggih (ketika ini) dalam memerhatikan aktiviti mistik ini. Instrumen yang digunakan adalan daripada seringkas-ringkas kompas hinggalah Alat Geomagnetik/Pengesan daya elektrik, termometer, sensor pergerakan inframerah, kelengkapan perakam bunyi, kamera dan sebagainya yang selalunya bertembung dengan daya pancaindera manusia (dalam hal ini, anggap perubahan suhu, bunyi asing dan gelombang negatif sebagai penanda wujudnya hantu.) Mereka berjaya membuktikan kewujudan hantu, namun tiada seorang pun antara mereka yang mahu tampil memberikan penjelasan saintifik mengenai kesahihan penemuan mereka.

Akhirnya, jika ditanya mengenai soalan “apakah hantu?”, penjelasan mereka hanyalah berasaskan¬† jawapan peribadi mereka, ditambah lagi dengan situasi keagamaan dan tekaan daripada bukti mereka. Malah, kewujudan hantu juga hanyalah tanggapan umum masyarakat untuk menipu anak-anak untuk tidak keluar rumah pada waktu malam.

Hah! Mari kita berfikir mengenai HANTU!

Apakah Hantu?

Pernah lihat hantu?

Dimanakah selalunya mereka berada?Dah tentu rumah-rumah lama dan perkuburan. Kenapa?

Teori Memori

Ingatkah anda lagi tentang teori keabadian tenaga? Apakah tenaga ini benar-benar abadi? Tentulah jawabannya ya dan tidak. Tenaga akan bertukar kepada satu jenis ke jenisnya lain. Apakah tenaga ini tidak boleh kembali ke asal?

Satu teori mengatakan bahawa apabila suatu tahap dimana suhu, kelembapan cuaca dan kesamaan keadaan daripada masa lampau, maka tenaga lama bertukar menjadi ulangan memori. Maka, terlihatlah kita bentuk keadaan, bunyi aneh dan sebagainya. Perlu diingat kewujudan hantu ini merupakan sesuatu yang boleh dinyatakan dalam kenegatifan tenaga di persekitaran. Contohnya, kawasan kemalangan, pembuktian kewujudan tenaga negatif boleh dilihat dan selalunya kawasan-kawasan sebegini mempengaruhi emosi kita.

Maka, secara teorinya apabila suatu pengembalian tenaga (memori) akan membentuk partikal terbalik menyebabkan wujudnya tenaga negatif dalam persekitaran tersebut. Teori ini dipanggil penterbalikkan tenaga dalam teori keabadian tenaga. Benarkah perkara sebegini dapat dibuktikan.

Anda yang menentukannya!