Bandar menurut Marcus &  Detwyler (1985), menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama mengenai bandar. Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu penempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur atau kadangkala ia juga dilihat hanya dari segi penghuninya saja. Sebagai contohnya mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969 menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih. Keduanya, bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Dalam konteks ini, bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semula jadi, sosial dan buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk; penduduknya mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi. Ketiganya dari segi fungsi ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. Justifikasinya, dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kawasan pedalaman dapat menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh bandar (pekerja) dan pekerja pula dapat menyerap beberapa hasil dari bandar.

Proses pembandaran dilihat merupakan suatu  proses  perubahan  masyarakat, struktur, ekonomi dan fizikal dalam suatu kawasan  asalnya  bersifat desa kepada bandar. Proses  pembandaran  mampu  dikenal  pasti melalui pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk. Tambahan pula, dengan kewujudan migrasi  desa-bandar, perluasan dan  perkembangan guna tanah bandar serta implikasi kemudahan-kemudahan sosial dan  kemudahan  infrastruktur yang pesat memangkinkan perkembangan wilayah pembandaran.

Secara umumnya terdapat 5 fungsi  bandar: Penyediaan persekitaran dan suasana yang sentiasa berubah. Sebarkan idea pembangunan, inovasi, teknologi  dan  maklumat. Penyebaran pembangunan. Melahirkan  golongan kelas menengah yang mudah menerima anjakan perubahan. Sediakan  keadaan  sesuai  bagi  perkembangan ekonomi  moden. Dari segi perumahan, bandar-bandar di Malaysia berkomitmen untuk menyediakan rumah yang cukup untuk penghuninya. Penglibatan pihak swasta dalam menyediakan rumah-rumah adalah cerminan imej kerjasama yang baik yang wujud antara pihak kerajaan dengan swasta. Bandar-bandar di Malaysia juga komitmen untuk menyelesaikan masalah setinggan dengan sasaran setinggan sifar menjelang tahun 2005 di seluruh negara dan tahun 2000 bagi Kuala Lumpur.”

Faktor-faktor pembandaran ialah semua  kawasan  sentiasa melalui  proses  urbanisasi. Apa yang membezakan ialah faktor-faktor  yang mempengaruhi di sesebuah kawasan  memungkinkan perubahan mampu  dicapai secara cepat atau sebaliknya. Di  Malaysia terdapat beberapa faktor yang membawakan kepada penjana urbanisasi bandar. Di  antaranya ialah, Kemajuan  industri  memproses sumber-sumber semula jadi. Pertambahan penduduk  bandar  secara semula jadi. Pembinaan kilang selepas  era 1970-an melalui  DEB.

Bandar memainkan peranan  yang  penting  dalam Revolusi  Perusahaan. Kini  di Malaysia misalnya bandar(ibu  negeri) memainkan  peranan penting  dalam pembangunan berbanding bandar kecil di sekitarnya. Misalnya Kota Kinabalu lebih dominan berbanding Tawau dan Sandakan. Umumnya terdapat 5  peranan bandar  dalam  menjana pembangunan : Pemasaran. Pekerjaan. Pemodenan. Kemudahan  perkhidmatan. Pembauran  inovasi. Kemudahan perkhidmatan Kemudahan perkhidmatan pengangkutan

Nota : Ayat tidak sempurna, sila edit ayat di atas.