Pada zaman globalisasi ini, dapat kita perhatikan banyak perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Perkara yang paling banyak diketengahkan ialah kesopanan dan kesantunan masyarakat yang kian hanyut dek zaman. Persoalannya, apakah yang menjadi faktor nilai-nilai murni kurang dititikberatkan dalam kehidupan seharian? Sebenarnya, banyak punca yang menyebabkan hal ini berlaku. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengenal pasti punca-puncanya dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut ini.

Salah satu faktor nilai-nilai murni kurang dititikberatkan ialah generasi muda yang kurang didikan agama. Mungkin ada segelintir masyarakat yang memandang enteng terhadap penerapan didikan agama dalam diri anak-anak. Namun, persepsi ini haruslah ditolak kerana didikan agamalah yang sebenarnya membentuk sahsiah seorang anak itu. Melalui ini, ibu bapalah yang menjadi tonggak utama dalam membentuk anak-anak.

Selain itu, sifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam kalangan masyarakat menjadi faktor nilai murni tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Sifat masyarakat yang terlalu taksub dengan kemewahan duniawi ini sebenarnya takut dilabel sebagai seorang yang gemar menjaga tepi kain orang. Kesannya, tiada lagi nilai murni seperti mengambil berat akan jiran tetangga wujud dalam kalangan masyarakat bandar.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa pihak kerajaan sudah mengambil langkah yang cukup bijak dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pelajaran di sekola-sekolah. Sebagai contoh, pelajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam khasnya mendidik para pelajar menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Namun begitu, majoriti pelajar kurang memberi penghayatan dalam pelajaran tersebut. Nilai-nilai murni yang dipelajari tidak dipraktikkan kerana mereka hanya menganggap ilmu yang dipelajari hanyalah sekadar meluluskan mereka dalam ujian di sekolah, bukannya untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Di samping itu, media massa pada zaman ini hanya membebaskan gelombang negatif kepada masyarakat kita. Jika dilihat dengan lebih mendalam lagi, iklan-iklan yang disiarkan di kaca televisyen tidak berunsurkan nilai-nilai murni. Malahan, banyak unsur-unsur negara Barat yang diselitkan dalam iklan-iklan tersebut. Kita perlu beringat kerana pada era teknologi moden ini, anak-anak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan di televisyen. Sebagai bukti, penayangan filem-filem yang berunsurkan negatif bukanlah memberi kesedaran kepada generasi muda kita untuk lebih terdorong mengamalkan nilai-nilai murni. Malahan, penayangan filem-filem tersebut hanya memberi impak negatif yang memandu generasi muda ke arah negatif.

Seterusnya, masalah ini sememangnya berpunca daripada diri seseorang individu itu sendiri. Mungkin juga pengaruh luar menjadi salah satu faktor seorang individu itu tidak mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupannya. Namun, sikap yang tertanam dalam individu itu sendirilah yang mendatangkan pelbagai komplikasi. Sebagai contoh, seorang yang berbudi bahasa tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruahnya. Hal ini kerana dia tahu perkara itu akan memalukan dirinya. Oleh itu, dapat kita simpulkan di sini bahawa sifat individu itu sendirilah yang membentuk sahsiah dirinya.

Sudah jelas di sini bahawa kerajaan boleh nilai-nilai murni kurang dititikberatkan dalm kehidupan disebabkan oleh tansformasi ekonomi di negara kita. Akan tetapi, mahukah kita terus bercermin pada air yang keruh? Haruskah kita terus saling menyalahi dan akhirnya tiada satu jalan pun ditemui untuk mengatasi masalah ini?

Iltihahnya, pihak kerajaan boleh diibaratkan sebagai ibu bapa, manakala rakyat diumpamakan sebagai kain putih. Dari ini,dapat kita rumuskan pihak kerajaan haruslah mencorakkan kain putik iaitu rakyat agar dapat memenuhi cita-cita negara iaitu melahirkan rakyat yang berwawasan dan bersahsiah tinggi. Oleh itu, janganlah kita membuang masa lagi kerana kita semakin hampir ke arah Wawasan 2020.