Dunia 2011

Semalam kutenungi,
Realiti yang berlalu,
Mimpi dan impi,
Yang berbeza definisi,
Menongkah detik baru,
Yang menyambut hadirnya,
Aku yang hari ini….

Aku tidak betah lagi,
Melangkah dan pergi,
Kenangan dan hari gembira,
Semakin menjauhi,
Tetapi hati yang kental,
Tidak takut akan perit,
Malah tegar berdiri,
Prinsip dan jati diri…

Andaikata 2010 ini,
Membawa erti sengsara,
Maka percayalah 2011,
Dunia yang penuh,
Bunga-bungaan yang mekar….

Advertisements