Di kiriku biru,
Dengan kuning yang silau,
Hijau-hijau melambai,
Sesekali disapa putih membelai…

Warna duniaku pelbagai,
Tapi kenapa mesti hitam?
Yang memadam warna biru,
Yang menelan warna hijau,
Yang menutup warna kuning,
Yang menyelubungi warna putih,
Sekelilingku…

Kini,
Diriku hanya diteman,
Warna-warna onar,
Kerana kalian yang rakus,
Akan warna unguan itu,
Di atas sekeping kertas…

Bangkitlah,
Merah ketegasan kita,
Selamatkan warna biru, hijau, putih dan kuning!