BAHAGIAN B

 

 Karangan berdasarkan respon terbuka

 30 markah

 Tidak kurang 80 patah perkataan

 Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

 Masa cadangan = 40 minit.

Jenis karangan

 Karangan berformat

 Karangan tidak berformat

 

JENIS SOALAN POPULAR

 

 Karangan tidak berformat

1. Karangan Fakta

 

 

Soalan target :

i. Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.

ii. Membaca membawa banyak kebaikan. Berikan pendapat anda.

iii. Tuliskan cara-cara untuk memanfaatkan masa lapang.

 

Cara menulis :

a. Pendahuluan – 2 ayat

 Beri pandangan mengenai topik.

 Gunakan persoalan.

 

b. Isi – 3 ayat (3 isi minimum)

 Berikan isi anda

 Huraikan isi anda

 Beri satu contoh sokongan

 

c. Penutup – 2 ayat

 Buat kesimpulan

 Letak satu peribahasa

 

2. Karangan Keperihalan dan Autobiografi

 

Soalan target :

i. Tuliskan cerita berakhir dengan ayat ini, “…ibuku memuji tindakanku itu. Aku sangat bangga kerana dapat membantu mangsa.”

ii. Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada hari tersebut.

iii. Anda mendapat wang sejumlah RM 1000.00. Tuliskan cerita mengenai bagaimana anda membelanjakannya.

iv. Anda sebuah kereta. Tuliskan cerita mengenainya.

v. Ceritakan pengalaman anda menyambut hari guru di sekolah anda.

 

Cara menulis :

a. Pendahuluan – 2 ayat

 Fokus pada watak atau perkara

 Jangan terus menerangkan cerita.

 

b. Isi – 3 ayat (3 isi minimum) – Bahagikan kepada tiga unsur penceritaan.

 Perkembangan – penerangan cerita

 Perumitan – Masalah yang timbul

 Kemuncak cerita – fokus cerita

 

c. Penutup – 2 ayat

 Akhiri karangan dengan unsur dramatik.

 Tamatkan mengikut kesesuaian.

 

 Karangan Berformat

 

1. Surat kiriman tak rasmi.

2. Surat kiriman rasmi.

3. Ucapan dan syarahan.

 

Soalan target :

i. Tuliskan surat kepada rakan anda mengenai pengalaman cuti sekolah anda yang lepas.

ii. Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

iii. Kamu diminta untuk menyertai pertandingan syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan tersebut ialah “Cara-cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran”. Tuliskan syarahan tersebut

 

Cara menulis :

a. Bergantung pada format. Sila rujuk pada nota rujukan karangan.

 

BAHAGIAN C

 

 Membuat ulasan berdasarkan petikan.

 20 markah

 Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.

 Kurang daripada 50 patah perkataan.

 Cadangan masa = 20 minit.

 

Cara Menjawab Soalan

 Baca dan fahami situasi.

 Gariskan kata kunci dalam soalan.

 Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.

 

Contoh Soalan :

 

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.

Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

 

Contoh Rangka Jawapan :

a) Bangun awal pagi – disiplin diri

b) Menolong ibu di dapur – kerajinan

c) Bersarapan bersama – kasih sayang

d) Bersalam – menghormati ibu bapa

e) Mengemas kelas – Kebersihan

 

Penanda wacana :

a) Sebagai insan, kita haruslah……

b) Selain itu, kita mestilah….

c) Seterusnya, kita perlulah…

d) Di samping itu, kita hendaklah….

e) Akhirnya, kita wajarlah….

 

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini, anda mestilah:

  1.  Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
  2.  Menggunakan ayat yang lengkap /gramatis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
  3.  Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
  4.  Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
  5.  Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenal pasti penanda wacana.