Salam sejahtera kepada pembaca.

 

Saya ingin berkongsi tip penulisan rumusan bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, tanpa mengira tahun ini atau tahun hadapan. Ramai yang memandang rendah akan krebiliti rumusan kerana mereka merasakan soalan ini senang dan mudah. Memang benar anggapan pelajar, NAMUN, perlu dingatkan, tiada yang pasti dalam dunia ini melainkan kehendak-Nya.

Para pelajar sekalian,

Dalam menjawab soalan rumusan atau ringkasan ini, anda WAJIB memahami kehendak soalan terlebih dahulu. Kebanyakan pelajar biasanya didedahkan dengan bentuk soalan yang memerlukan kemahiran berfikir seperti soalan berasaskan punca, kesan dan langkah. Tidak kurang juga soalan yang berkonsepkan penglibatan pihak atau individu seperti peranan dan tanggungjawab. Tetapi, berapakah ramai yang mengetahui dan memahami cara jawaban betul apabila berhadapan bentuk soalan berfokuskan topik dalam karangan?

Cuba lihat contoh soalan yang ingin saya tampilkan:

[Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kriteria yang perlu ada pada seorang pekerja k-ekonomi dan kesannya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.]

(Soalan Percubaan SPM SBP 2013)

Soalan ini menekankan “kriteria” pekerja k-ekonomi, namun apakah cara jawaban terbaik? Apakah kita perlu mencari isi mengenai prasyarat seorang pekerja k-ekonomi?

Jawaban sebenar ialah; fokuskan maksud “kriteria” itu terlebih dahulu. Kriteria ialah ciri atau sifat penting dalam sesuatu perkara atau topik. Ya, apabila menjawab soalan ini, anda perlu memahami apakah sebenarnya ciri yang dicari dalam menjadi seorang pekerja k-ekonomi (nota : K-ekonomi ialah ekonomi berasaskan pengetahuan)

Kebanyakan pelajar akan memilih untuk menjawab berdasarkan kesan baik dan buruk, langkah atau punca topik sedangkan soalan tidak memerlukan anda menerangkan perkara tersebut.

Contoh petikan isi :

Selain itu, [usaha juga dilakukan dengan memanggil pulang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memiliki kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri.]

Cuba fokuskan isi ini.

Jawaban pelajar – [usaha juga dilakukan dengan memanggil pulang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memiliki kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri.] (19 p.p)

Jawaban tepat – [rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memiliki kemahiran] (7 p.p)

Lihat perbezaan jawaban ini. Pelajar biasanya menggunakan komponen ayat secara penuh sedangkan jawaban yang diperlukan hanya beberapa perkataan sahaja. Membazir perkataan bukan?

Jadi, fahami soalan dan jawab dengan bijak! \(^_^)/

Advertisements