Datangnya penuh dugaan,
Mengembleng iman,
Akan tingginya ketauhidan,
Mengenal ibadah amalan,
Yang bakal menjadi bekalan,
Buat insan…

Apakah lagi perlu sianah,
Atau angkuh menelaah,
Baik buruk siasah,
Kerana menentukannya Allah,
Membuka langkah Jannah…

Oh, indahnya puasa,
Mengikis dosa-dosa,
Jangan lupa wahai manusia,
Inilah sekelumat masa,
Yang diberi oleh Maha Esa,
Buat ingatan sentiasa…..

Salam buatmu wahai Ramadan,
Penghulu segala bulan!

Advertisements