October 2014


TEMA/TAJUK PILIHAN SPM 2014

Berpandukan soalan-soalan percubaan seluruh negeri di Malaysia!

1. Pelancongan/Tahun Melawat Malaysia
2. Pengangkutan awam
3. Permainan tradisional
4. Semangat kejiranan
5. Semangat patriotik
6. Perpaduan kaum
7. 1Murid 1Sukan
8. Amalan membaca
9. Amalan menabung
10. Anak menjadi insan yang berguna/hidup berjaya/cemerlang akademik
11. Bebanan ekonomi keluarga/Kenaikan harga barang
12. Budaya penyayang
13. Gaya hidup sihat
14. Gejala sosial
15. Kerjasama ibu bapa dan sekolah/ Hari Terbuka Sekolah/ Dialog Prestasi/ Runding Cara
16. Kelas bimbingan/ tuisyen
17. Kokurikulum
18. Wajib lulus sejarah dalam SPM
19. Sekolah Selamat

Advertisements

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan tamadun – setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

mengambil iktibar daripada peristiwa lalu – supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang dahulu

dapat memperoleh banyak pengajaran – peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat
menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat – belajar menghayati erti kemerdekaan

menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah – sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita

menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum – penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta – kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat

mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman – hargai keringat para pejuang silam

menambah pengetahuan dalam diri – segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari – tidak buta sejarah – dapat tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita – bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

membuka minda pelajar agar bersyukur – belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini

Hari Jumaat (31 Oktober 2014)

SRI Gombak, Batu Caves ( anjuran pusat tuisyen Elit Maju)
8.00 hingga 10.00 malam ( bayaran tunggal RM 30)
Hubungi : 03 61880461

Hari Sabtu (1 November 2014)

Bandar Tun Hussein Onn (anjuran PT Generasi@dahulu dikenali Math Clinic)
9.00 am hingga 1.00 pm (bayaran rujuk pada penganjur)
Hubungi : 013 3303194

Batang Kali (anjuran Pusat Tuisyen Sinar Gemilang)
3.00 pm hingga 5.00 pm (bayaran tunggal RM 15)
Hubungi : 03 60570508

Soalan tip dan cara menjawab diulas dalam seminar ini!

Jumpa anda di sana!