Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan tamadun – setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

mengambil iktibar daripada peristiwa lalu – supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang dahulu

dapat memperoleh banyak pengajaran – peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat
menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat – belajar menghayati erti kemerdekaan

menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah – sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita

menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum – penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta – kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat

mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman – hargai keringat para pejuang silam

menambah pengetahuan dalam diri – segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari – tidak buta sejarah – dapat tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita – bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

membuka minda pelajar agar bersyukur – belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini