Definisi

Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor klimatologi atau faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan keadaan semulajadi muka bumi (Balek 1983).

Isi Penting

  1. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujan lebat yang luar biasa dan keadaan bentuk topografi yang rendah dan beralun di kawasan kajian adalah penyebab utama banjir.
  2. Banjir biasanya disebabkan sama ada oleh hujan yang berterusan menyebabkan kuantiti yang lebih besar daripada biasa atau air sungai yang melimpah ke tebing sungai ataupun daripada kedua-duanya sekali (Balkema et al. 1993; Schulz et al. 1972).
  3. Keadaan kawasan sungai di perbandaran yang didasari oleh tanah liat yang bersifat tidak telap air, cepat tepu dan kurang menyerap air, jika berlaku hujan lebat akan menyebabkan air sungai cepat melimpah ke tebing (Smith & Ward 1998).
  4. Muhd. Barzani Gasim et al. (2007) mengenal pasti banjir yang berlaku di Dungun, Terengganu adalah disebabkan oleh empat faktor: iaitu curahan hujan yang tinggi, aliran sungai yang perlahan, luruan laut ke arah darat, dan halaju dan hala tiupan angin ke daratan. Fenomena di atas adalah kesan daripada beza pasang surut yang agak besar di kawasn pantai timur.
  5. Luruan sejuk yang berpunca daripada tekanan tinggi di Siberia telah menyebabkan penguatan kelajuan angin timur laut di Laut China Selatan dan seterusnya menguatkan penumpuan serta ricihan angin siklonik di rantau ini.
  6. Banjir banjir besar yang wujud sebagai kesan pertembungan di antara aliran sungai yang perlahan dengan berlakunya pasang maksimum yang juga berlaku pada masa tersebut.