Umumnya, rasuah boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu sama ada secara kecil-kecilan dan melibatkan orang bawahan atau secara besar-besaran melibatkan pihak atasan yang mempunyai kuasa. Tiga faktor utama berlakunya rasuah adakah faktor ekonomi, faktor moral dan faktor politik.

Faktor ekonomi pula terbahagi kepada dua iaitu tekanan kewangan dan tekanan semasa dek kerana kehidupan moden. Tekanan kewangan ini lebih kerana pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi walhal banyak komitmen perlu dilangsaikan setiap bulan. Maka, akhirnya rasuah diambil oleh mereka yang mengalami tekanan kewangan.

Tekanan semasa melibatkan cara hidup rakyat Malaysia yang sekarang ini kelihatan ke arah materialistik. Sebagai contoh, kejayaan masyarakat moden Malaysia kini lebih diukur dalam bentuk materialistik seperti mempunyai wang yang banyak, kereta mewah dan rumah yang besar.

PENGUATKUASAAN RASUAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM.PDF – 27 JUN 2014