Aku masih teringat akan kisah sengsara akibat keputusan bekalan elektrik selama satu hari di kampungku. Semua ini terjadi apabila kerosakan besar berlaku di pencawang elektrik utama angkara fius penting terbakar. Sebagai akibatnya, hal ini memberikan impak besar kepada kampungku pada hari tersebut.
Kegiatan harian di kampungku ini terjejas teruk rentetan senario itu. Lebih-lebih lagi, rumah-rumah pada masa kini banyak menggunakan peralatan elektrik untuk rutin harian mereka. Tidak hairanlah, kehidupan seharian kami pada hari tersebut serta tidak serba tak selesa terutamanya dalam menjalani privasi masing-masing. Kerja-kerja di rumah menjadi berat apabila peti sejuk dan mesin basuh tidak berfungsi akibat musibah ini.
Selain itu, aku dan pelajar-pelajar lain di kampung itu berasa sukar untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam itu untuk mengisi masa senggang kami. Sebagai alternatifnya, kami menggunakan lilin dan pelita untuk membantu kami mengatasi maslahat ini. Tidak kurangnya pula, suasana pada malam hari amat gelap sehingga ada war-war mengatakan bahawa penjenayah menggunakan kesempitan ini untuk memudaratkan orang lain. Jika tiada lampu jalan nescaya sudah pasti kemalangan juga akan berlaku.
Dalam masa yang sama aku sukar tidur kerana kepanasan lantaran musim panas ketika itu. Hal ini disebabkan kipas tidak berfungsi akibat keputusan bekalan elektrik. Akibatnya, masing-masing letih pada keesokan harinya untuk menjalankan aktiviti harian pada hari itu.
Bukan itu sahaja, timbul rasa tekanan dalam diri kami penduduk kampung kerana ketidakselesaan dan rasa bosan disebabkan oleh televisyen dan radio tidak dapat digunakan ketika itu. Malahan, ada di antara kami penduduk kampung dihimpit kepincangan apabila berlaku berlaku beberapa kes kecurian. Malang buat mereka, mereka kerugian harta benda akibat kegiat penjenayah ini. Sewajarnya, hukuman drastik perlu dikenakan terhadap penjenayah yang masih bermain dengan fantasi untuk mencari kekayaan segera.
Kendatipun begitu, kami menghargai pihak Tenaga Nasional yang bertungkus-lumus membaiki kerosakan pencawang elektrik yang menjadi punca masalah tersebut. Seantero kejadian itu benar-benar menginsafkan diri agar tidak terlalu bergantung kepada peralatan elektrik dalam kehidupan. Tuntasnya, bekalan elektrik amat diperlukan dalam kehidupan tetapi kita perlu bersedia apabila mengalami keputusan elektrik kerana sediakan payung sebelum hujan.

Advertisements