Kelebihan mengamalkan perubatan islam;

  1. Penggunaan bahan semula jadi, kos rendah dan mujarab (Lihat contoh)
  2. Pendekatan Islam berdasarkan Al-Quran (Lihat rujukan)

Renungan bersama (oleh Cikgu Ilham; Darul Nur Syifa Insan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca.

Ingin saya sampaikan sedikit renungan buat anda sekalian. Al Quran ialah mukjizat yang paling besar diturunkan untuk kita, maka sentiasalah kita bentengi dengan amalan bacaan ayat-ayat suci daripada kitab ulung tersebut. Sentiasa amal membaca surah al Baqarah seminggu sekali sebagai pelindung diri dan keluarga. Mudah bukan?

Ketahuilah bahawa sekira anda merasakan perubahan dalam diri ini dan bukan seperti kebiasaan seperti kuat mengamuk, mudah membenci kepada seseorang  dan mula berasa rendah diri serta mudah kecewa. Ingatlah bahawa  hal ini pasti berkaitan dengan sihir pembenci.

Selain itu, saka ialah satu belaan melalui perjanjian orang terdahulu dengan jin. Namun, membela saka ini bukan suatu yang baik kerana jin ini pasti menagih janji dengan mengganggu anak cucu atau keturunan pejanji itu. Ramai yang menjadi mangsa saka tersebut. Bagi mereka yang tidak mengetahui kehadiran saka tersebut, antara gangguan dan tanda-tandanya ialah sering bermimpi mendokong anak dan menyayangi anak tersebut tanpa kita kenali. Seterusnya, mimpi orang berserban dan berjubah mengajar kita dengan pelbagai ilmu. Lebih menyeramkan lagi, kedengaran bunyi guli di rumah pada waktu malam dan sering bermimpi melompat di tempat tinggi……..

Penyakit keturunan seperti ketumbuhan atau kanser merupakan KESAN perkara ini. Bengkak biru hitam terjadi ketika bangun tidur merupakan simptom paling popular.

Seseorang yang tiba-tiba boleh melihat alam ghaib, seseorang belajar berubat dalam mimpi, seseorang sering boleh melihat jin dan seseorang boleh mendengar bisikan daripada jin mengenai perkara-perkara yang mencarik adat anatar kebolehan daripada saka ini, kendatipun ingat, bersetongkol dengan jin adalam HARAM!

Cikgu Ilham.