Syarahan _ Semoga Maju Jaya

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai tajuk syarahan pada hari ini, eloklah terlebih dahulu sekiranya saya menjelaskan maksud dan definisinya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka m/s 122, BANGSA bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Selain itu juga, bangsa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan. Manakala, bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang diguna pakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu juga, bahasa boleh diertikan sebagai tutur kata dan percakapan yang dipraktik dalam kehidupan seharian. Dalam menghuraikan tajuk ‘ Bahasa Jiwa Bangsa’, jelasnya terdapat beberapa perspektif ide dan pendapat yang perlu dibentuk dahulu untuk memudahkan kefahaman kita untuk mendalami tajuk ini.

Hadirin sekalian,

Pembentukan suatu keperibadian yang mulia bermula daripada tutur katanya. Lantaran dalam berkomunikasi, susun atur bahasa yang diungkap akan menonjolkan siasah diri dalam khalayak ramai. Dengan bahasalah kita akan dinilai dan gaya bahasa akan mencerminkan akar keturunan kita. Peri penting bahasa dalam berkomunikasi tidak boleh dipandang enteng malah jika kita memperlekehkannya, maka akan buruklah nama keluarga kita. Tuntasnya, kita sewajarnya menekankan penggunaan bahasa yang baik dan sopan seperti mana yang kita selalu perkatakan, “Bahasa Jiwa Bangsa’, kerana dengan tutur kata menggambarkan keturunan kita.

Daripada aspek ketatanegaraan, sesebuah negara hanya mampu mencapai perpaduan dengan menggunakan medium bahasa yang sama. Bangsa Malaysia membentuk benih perpaduan yang kukuh kerana kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang efisien. Malah, sering kali apabila para pelancong asing dating ke sini, mereka setidaknya akan mempelajari bahasa Melayu seperti perkataan ‘Terima Kasih” dan “Jumpa Lagi”. Biarpun penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas, namun bahasa Melayu masih lagi menjadi keutamaan warga Malaysia dalam pertuturan tidak kiralah di mana-mana sahaja. Fokusnya, dengan wujudnya pendekatan bahasa, perpaduan dapat dibentuk sekaligus merealisasikan semangat kebangsaan warga Malaysia.

11 Responses to “_BAHASA JIWA BANGSA_”

  1. yaya Says:

    sedapnyew bila dibaca ketika kesuyian……

    1. afza Says:

      a’ah,memanglah sedap dibaca dlm kesuyian…….

  2. eda Says:

    tq,,
    sya amik teks ni yer,,


  3. tq laman ini mmg berguna utk saya..

    1. Clarinska Armelia Says:

      terima kasih….

      1. Dgrusneh dh Says:

        awaqmu wat sikut jo
        hehe copy eehh

  4. wawa nutnut Says:

    timew kasih .. hehek ^,^

  5. lisah Says:

    Terima kasih untuk maklumat yang diberi

  6. norsha izahani Says:

    terima kasih…minta izin utk ambil teks ini. mudahan ada manfaatnya …tq

  7. armel najuha rasid Says:

    terima kasih……minta izin utk mengambil teks ini

  8. ELYA Says:

    karangan yang bagus

Leave a reply to Dr Raosa Darshu Cancel reply