Art dan Exi (Plot Cerita)

Watak-watak:

1.      Arthur De Lord Vich Avalon (Art)

2.      Excilibur Albion (Exi) [Mariel Verthadii Valks]

3.      Lancelot De La Nich Avalon (Lance)

4.      Morgan Van Der Micht

5.      Margeret De Modred

 

Panel 1 (Epilog)

 

Art yang termengah-mengah cuba untuk mendapatkan nafasnya yang hilang. Dia berada  di tengah-tengah medan pertarungan kini. Dia cuba bangkit daripada rebahnya, perlahan-lahan menahan kesakitan. Exi kembali ke bentuk fizikal manusia daripada pedang memapah lelaki ini.

“Awak tidak apa-apa?” Exi meluahkan kebimbangannya mengenai keadaan Art. Art tidak menjawab, sebaliknya matanya meliar mencari kelibat Lance, adik kesayangannya itu.

“Abang…” Lance masih terlantar di lantai tanah, tetapi, menunjukkan situasinya yang baik. Begitu juga dengan Margeret dan Morgan yang masing-masing mula mengorak langkah menghadapi pertarungan yang akan tiba.

Di hadapan lelaki itu, seekor naga ganas bernama Demoncales, memandangnya tepat, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda menyerang.

“Art…” Exi bersuara perlahan. Dia tahu bahawa jika dia terus berlengah, naga itu akan menewaskannya. Tetapi, hatinya mengekang dirinya daripada menyerang. Dia serba salah. Antara Exi dan dunia ini, dia harus memilih.

 

Panel 2

 

Dia mengesat darah di bibirnya, mengumpul kekuatan. Dia ketawa kecil – tiba-tiba. Dia sebenarnya tidak menyangka dirinya kini gagah berdiri di medan pertarungan ini. Dia pernah cuba melarikan diri daripada menghadapi naga itu. Dia seorang yang penakut, sehingga dia bertemu Exi.

“Art?” Exi pelik apabila mengesat bait senyuman yang dipaparkan pada wajah Art. Art menggosok-gosok rambut lembut yang panjang milik Exi sambil ketawa kecil.

“Terima kasih Exi…” Art dengan lembut bersuara.

“…” Exi tidak berkata apa-apa, melainkan pandangan sepinya itu.

“Mmm… (tarik nafas) Exi, bersedia!” Jerit Art.

“Ya!” Lantaran Exi kembali ke bentuk pedang, dan tersemat rapi dalam jemari Art. Art menghunus pedang ke arah naga, lalu menerjah pantas menghampiri naga itu.

“Inikah pengakhirnya?” Bisik hati Art.

“Boom…” Impak Art dan Demoncales menggegar alam dengan letupan yang amat dahsyat!

 

Panel 3 (Plot permulaan) – 3 bulan terdahulu.

 

“Hu..hu…” Art termengah-mengah. Matanya melirik ke arah belakang mencari kelibat manusia yang memburunya.

“Itu dia!” Jerit seorang pemburu yang mengesan kedudukan Art.

Art berlari sepantas mungkin. Dia tidak diburu kerana jenayah. Dia sendiri ialah keturunan diraja, pewaris mahkota ketujuh kerajaan suci Avalon, Arthur De Lord Vich Avalon. Tetapi, itu status lama. Dia kini pengkhianat. Lelaki yang ,melarikan diri daripada memikul tanggungjawabnya.

“Mati!” Jerit salah seorang penunggang berpanah yang melepaskan panah daripada busurnya. Ternyata pemburu itu bertaraf profesional.

“Argh…” Sebilah panah tepat terbidik di lengan kirinya. Kesakitan itu melupakannya pada gaung di tepinya lantaran dia jatuh ke dalamnya.

“….” Dia tidak menjerit terjatuh ke dalam gaung itu, sekadar memandang sepi ke arah puncak gaung sambil tersenyum.

“Maafkan aku, Lance…”

 

Panel 4 – Pertemuan Art dan Exi.

 

“Gelap…” Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulut Art. Dia tersentak daripada lena yang panjang. Suasana sekitarnya sangat sunyi.

“Gua?” Perlahan-lahan dia berposisi duduk memerhatikan sekelilingnya. Dinding dan siling gua yang berbatu-batan sesekali terdengar akan titisan air.

“Aku hidup…?” Dia sedar ini bukanlah dunia kematian. Dia di alam realiti.

“Tiada?” Art meraba-raba bekas luka, tetapi tiada lagi kesan panahan pada lengan kirinya.

“Sudah sedar…” Suara lembut kedengaran lalu dia memalingkan wajahnya ke arah suara kecil itu. Di hadapannya seorang gadis comel, sungguh cantik untuk diungkapkan oleh Art.

“Bagus, cabut aku!” Gadis itu melirik ke arah sebilah pedang tercacak di tengah-tengah batuan besar.

“Cabut?”

“Ya….”

 

Panel 5

 

“Gaaa….” Art kecewa. Dia cukup kecewa. Gadis yang dia anggap cinta pertamanya kini hanyalah sebilah pedang “khas”. Pedang khas ialah pedang yang mampu menjelma dalam bentuk hidupan, tetapi hanya terhad pada haiwan. Adiknya, Lance memiliki “serigala” pedang yang sepatutnya menjadi miliknya.

“Saya Excilibur Albion. Sebilah pedang khas yang ditempa untuk membunuh naga sumpahan. Itulah tujuan saya dilahirkan…” Ujar gadis itu, masih lagi dalam mode gembira selepas dibebaskan daripada batu yang mengurungnya.

“Tetapi kamu manusia! Aku tidak pernah mendengar pedang khas berbentuk manusia!” Balas Art.

“Oh, yakah? Yang penting sekarang, siapakah nama kamu?” Gadis itu selamba, enggan mengulas kata-kata Art.

“Aku Arth…. Art sahaja. Aku panggil kamu Exi, ok?”

“Ya…” Senyuman Exi memukau pandangan Art. Art menjadi kekok, berpaling daripada pandangan Exi, menyembunyikan wajah merahnya.

 

Panel 6 – (Plot perkembangan) Perjalanan Art dan Exi.

 

Selepas cergas, Art dan Exi memulakan perjalanan mereka. Art memotong rambutnya yang panjang dan memakai jubah mengelakkan daripada dikesani musuh. Baginya, Arthur sudah mati, hanya ada dia, Art – perantau sepi, juga bersama-sama pedangnya Exi. Dia enggan bertanyakan Exi mengenai tujuan hidup Exi, malah cuba mengelakkannya agar tidak terpacul daripada mulutnya. Dia juga merahsiakan identitinya.

Exi seperti kanak-kanak, tidak mengetahui sebarang pengetahuan di dunia ini. Art mengajar Exi erti kehidupan dan keriangan dan sering membawa senyuman pada raut wajah Exi. Semakin lama dia bersama Exi, semakin besar rasa kekesalannya. Apakah nanti dia akan terpisah jika Exi memenuhi tujuan hidupnya?

Setelah dua bulan dia menjadi perantauan di  kawasan pedalaman, akhirnya dia tiba di sebuah kota besar Baticul. Baticul ialah sebuah kota besar milik kerajaan Malkuth, antara negeri jajahan Kerajaan Suci Avalon.

“Wah, ramainya orang!” Exi teruja dengan kesibukan kota Baticul. Inilah mungkin kali pertama dia menjejakkan kakinya di kota sebesar ini.

“Berhati-hati…” Ujar Art, melihat Exi mula berlarian anak ke arah pasar besar kota itu.

 

Panel 7

 

“Itu apa?” Langkah Exi terhenti. Matanya tertatap ke arah sebuah gerai menjual buah-buahan.

“Epal…” Art spontan berkata. Epal merupakan buah istimewa kerana hanya bandar Avalon sahaja yang mengeluarkan epal. Sudah tentulah, bukan sembarangan orang mampu membeli buah itu. Mata Exi mula bersinar-sinar, tertarik oleh keharuman buah Epal Avalon itu.

“Ah… Baiklah.” Art mengalah, lebih-lebih lagi melihat telatah Exi. Wang bukan masalah buatnya. Dia memiliki sejumlah wang, yang dibawanya ketika melarikan diri daripada istana.

“Terima kasih…” Exi tersenyum riang. Muka Art kemerahan, lalu dipalingnya.

“Humph…” Art melangkah pergi diikuti Exi yang menikmati keenakan buah epal itu. Entah berapa langkah dia berlalu, laluannya terhalang apabila kelibat betubuh sasa menghalang laluannya itu.

“Hai, abang…” lelaki berbadan sasa itu bersuara, dengan begitu sinis.

 

Panel 8 – Bertemu dengan Morgan

 

“Adik awak…?” Soal Exi, yang masih asyik mengunyah epal.

“Bukan-bukan… Masakan aku memiliki adik gorila bukit macam dia…” Dengan selamba Art berkata.

“Grr… Apa kamu kata!?” Lelaki itu kemarahan. Orang di sekeliling mula menjarakkan diri, tidak mahu terlibat dengan situasi sedemikian. Namun, Art dan Exi tidak menunjukkan apa-apa reaksi, sebaliknya terus mengunyah epal.

“Nama aku Morgan, pemburu upahan terkenal di sini. Kekuatan aku tidak asing lagi di sini…” Katanya serius. Art tahu, kata-katanya bernas memandangkan reaksi sekelilingnya.

“Ok, bye…” Art dan Exi melangkah menjauhi Morgan. Tindakan mereka meradangkan Morgan.

‘’Tak guna!” Seraya lelaki itu menghunuskan pedangnya, lalu terpancar api marak yang menjulang hangat.

 

Panel 9

 

“Pergi! Phoenix!” Pedang khas itu bertukar menjadi Phoenix. Lelaki sasa itu juga memiliki pedang khas seperti Art. Tidak semena-mena, burung berapi itu menyerang Art.

“Aegis!” Sekitar kawasan Art dan Exi berada dilindungi perisai plasma, apabila Exi meluahkan kata magik itu. Ternyata Exi memiliki kebolehan seperti pedang khas yang lain.

“Ark…” Burung Phoneix itu terpelanting apabila melanggar dinding perisai. Kekuatan perisai Exi tidak tertanding.

“Oh, ayam KFC!” kata Exi, yang mengetahuinya kerana membaca majalah makanan yang ditunjukkan oleh Art.

“Bukan-bukan, itu Ayamas!” kata Art pula. .Melayani Exi yang sedang asyik melihat burung berapi itu

“Apa!? Itu Phoenixlah!” Morgan menjerit kemarahan. Langkahnya bermula kembali, untuk serangan yang kedua. Namun, Exi kali ini lebih bersedia. Dia mengangkat tangannya, seperti sebilah pedang.

 

Panel 10

 

“Ambik ini! Hikmat Aries, Gilgamesh!” Exi menggerakkan tangannya seperti memancung, lalu keluar sinar cahaya yang memancung Phoenix dan melukakan Morgan.

“Argh!” Morgan jatuh terlentang. Dia tidak menyangka akan kekuatan Art dan Exi. Setelah memastikan kemenangan, Art dan Exi pun berlalu pergi meninggalkan lokasi tersebut.

“Tunggu!” Jerit Morgan. Mereka berdua berhenti melangkah. Art menoleh ke belakang.

“Siapa nama kamu!?” Jerit Morgan sambil menahan kesakitan.

“Art…” Ujar Art, sambil berlalu dengan penuh kehormatan.

“Art… Puh… macam nama perempuan… haha…” Ketawa Morgan diiringi orang-orang yang menonton perlawanan tadi.

Namun, ketawa Morgan tak lama kerana dibelasah oleh Art selepas itu.

 

Panel 11 – Perasaan Art.

 

Tak seperti malam yang lain bersama Exi, Art rasa tidak selesa malam ini kerana mereka berdua tidur sebilik. Biasalah, di kota besar ini, agak sukar bagi mereka mendapatkan bilik tumpangan. Art mendiamkan diri sedangkan Exi masih teruja dengan keempukan tilam dan keselesaan yang ada pada bilik itu. Exi tidak pernah berada di bilik secantik ini apatah lagi berada terperangkap dalam gua usang itu.

“Exi….” Art bersuara, agak serius. Entah mengapa dia agak beremosi pada malam itu. Banyak soalan teracap dalam benaknya.

“Ya?” Exi berpaling ke arah Art. Dia pun melabuhkan punggungnya di atas tilam itu. Mendengar kata-kata Art dengan serius.

“Siapakah sebenarnya diri kamu?” Art memulakan bicaranya. Exi memandang tepat ke arah Art. Biasanya, Artlah yang melarikan diri apabila diajak untuk berbicara mengenai diri dan matlamat masing-masing.

“Saya ialah pedang khas yang istimewa. Saya ialah roh pengguna terakhir saya…” Exi menjawabnya dengan serius.

“Roh?” Art membutangkan matanya.

 

Panel 12

 

“Erm… Jangan bimbang. Saya tidak merampas roh pengguna saya. Saya ialah diri saya sendiri. Cuma saya serahkan roh saya untuk dijadikan pedang.” Exi menyambungnya. Semakin berteka-teki kata-kata itu.

“Bagaimana… Bagaimanakah perkara sedemikian boleh berlaku?” Art memotong kata-kata Exi. Cuba mencari definisi sebenar kata-kata Exi. Exi menggelengkan kepalanya, lembut dan sepi.

“Maaf. Setelah saya jadi pedang, ingatan dan perasaan saya sebagai manusia hilang….” Exi membalas soalan itu.

“Jadi, bagaimana awak tahu awak ialah roh seseorang?” Art menyoal lagi, inginkan jawapan realiti.

“Naluri…. Mungkin….” Exi tersenyum. Entah mengapa mata Exi itu tercermin jutaan duka yang tidak dapat terungkai.

 

 

Panel 13 – Matlamat Exi

 

“Art… Saya cuma ingin akan sesuatu…” ujar Exi, serius.

“Erm?” mata Art tepat melihat gadis comel itu.

“Benarkan saya membunuh naga sumpahan. Itulah sahaja impian saya.” Exi memandang ke arah langit melalui tingkap terbuka itu.

“Demoncales?” Art bersuara.

“Awak tahu….” Exi berwajah ceria. Namun Art tidak menjawab reaksi Exi. Art mengeluh. Takdirnyakah? Sebenarnya, dialah yang harus memimpin bala tentera negaranya untuk menghadapi naga itu sebagai waris sah kerajaan Avalon. Itu ialah perjanjian lama daripada warisan nenek moyangnya. Tetapi, dia enggan. Dia takut dan melarikan diri. Akhirnya, dia diburu oleh tentera Avalon kerana pengkhianatannya. Adiknya Lancelot, kini terpaksa memikul tanggungjawab itu. Dan hal inilah menghantui dirinya sekarang.

“Mari kita tidur…”’ Art menyelubungkan selimut berbaring di atas kerusi, manakala Exi tidur di atas katil. Art tidak melelapkan matanya, sekalipun masa jauh berlalu.

 

 

 

Panel 14

 

Awal-awal pagi Art telah keluar. Dia berada di hujung bandar melatih dirinya. Art teringatkan adiknya Lancelot. Lancelot ialah adik perempuannya. Dia sangat sayang akan Lance, nama timangannya. Lance sebenarnya sepupunya yang diambil ayahandanya sebagai anak angkat kerana tidak mahu Art keseorangan.

Kekesalan masih lagi terhinggap dalam hatinya. Exi pula menaruh kepercayaan pada dirinya yang pengkhianat ini. Dia memandang jauh ke langit membiru itu, cuba mencari jawapan. Yang ada, hanya langit yang kosong, sepi tanpa bahasa.

“Ergh…” dia mengetap giginya. Dihayunkannya pedang kayu untuk melatih dirinya. Dia cuba melarikan dirinya daripada hakikat realiti. Tidak semudah itu.

“Art…” Exi muncul tiba-tiba.

“Exi?” Art senyap. Mengapakah Exi ada di sini? Soalan itu bergema dalam benaknya. Mata Art teralih tepat pada mata Exi, menunggu kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Exi itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 15 – Jawapan

 

 

“Awak takut?” ujar Exi, lembut. Art tunduk, menahan perasaannya.

“Aku…” Seraya air mata Art mengalir. Dia kesal. Cukup kesal dengan apa yang berlaku. Dia tidak takut, tetapi…

“Art…. Awak hanya perlu acukan saya pada naga itu sahaja…” Exi senyum halus, mengharapkan Art membantunya.

“Kamu akan mati, bukan?” Art tunduk kesedihan. Itulah sebab sebenar kini dia enggan menentang naga itu. Dahulu memang dia takut, tetapi tidak kini…

“Erm… Sebenarnya saya dah mati. Saya ini hanyalah kuasa roh saya. Saya… Bukan saya…” Art terus memeluk Exi. Dia sangat sayang gadis ini. Terlalu sayang.

Exi dan Art berdakapan, berdiam diri dirundung kesedihan.

“Saya faham…” Ujar Art, dengan tekad baharunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 16 – Lancelot

 

 

Lance memakai pakaian zirahnya. Hari pentingnya sebagai seorang insan berdaulat, Maharaja Avalon sudah tiba. Setelah lengkap persalinannya, langkah pertamanya pun bermula. Dia pun bergerak ke arah kumpulan kesatria yang menunggunya di balairung istana lalu diiringi ke kuda tunggangannya di pintu gerbang.

“Sir Lancelot! Daulat Tuanku!” Jerit ribuan tentera yang menunggu ketua mereka itu. Masing-masing sudah bersedia menuju ke medan peperangan. Dengan tenang, dia menaiki tempat berucap, untuk memberikan kata-kata semangat.

“Peperangan ratusan tahun ini, akan kita tamatkan. Tunjukkan semangat perjuangan kalian! Kalian, marilah kita menuju ke medan peperangan!” Seraya Lance mencabut bilah pedangnya lalu menghala ke arah langit.

“Daulat Tuanku!” Jeritan bala tentera Avalon bergema.

“Abang Art….” Bisik perlahan Lance, yang bakal memimpin tentera Avalon ke hadapan, medan pertarungan terakhir.

Jauh di kawasan terpencil, Art dan Exi sudah pun memulakan perjalanannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 17 – Permulaan dan pengakhiran

 

 

Art dan Exi menaiki kereta kudanya menuju ke gua Uruk, tempat naga Democales itu menetap. Masing-masing sudah bertekad untuk menentang naga itu. Tiada lagi kekesalan yang perlu diluahkan.

“Art, awak perlu memberikan saya tenaga awak untuk saya menyerang…” Terang Exi, dalam merancang strategi mereka.

“Itu sahaja? Kamu sendiri akan bertarung?” Art keraguan. Dia tahu Exi menyembunyikan sesuatu daripadanya.

“Ini…” Exi tidak menjawab lagi.

“Aku yang sebenarnya perlu menghunus kamu, bukan?” Soal Art. Masakan pedang boleh bertarung sendiri tanpa pemedang. Dia tahu itu. Tanpa Exi menjadi bentuk pedang, kekuatan Exi tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.

“Awak… Awak tak takut?” Exi perlahan bersuara.

“Ha… ha… ha…” Tawa Art. Exi kepelikan. Dengan perlahan, Art mengusap perlahan rambut Exi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 18

 

 

“Dah terlambat…” Art memandang tepat ke arah Exi, kemudiannya tersenyum.

“Boom!” Bunyi kuat dari arah depan menunjukkan pertempuran tentera Avalon dan naga Demoncales sudah hampir bermula. Naga sumpahan itu bila-bila sahaja akan bangkit untuk memusnahkan dunia lagi.

“Kita harus cepat!” Art mengerakkan kudanya pantas menuju medan perang. Wajahnya terpancar kebimbangan

“Baiklah!” Exi dan Morgan bersuara dengan semangat teruja.

“Maaf… aku pelik sesuatu…” Tiba-tiba Art bersuara.

“Erm?” Exi pelik. Art dan Exi menoleh ke belakang kereta kuda mereka. Kelibat insan yang tidak disenangi mereka, wujud di belakang mereka.

“Kenapa Morgan ada di sini?!”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 19

 

 

“Ha..ha..ha..” Tawa Morgan. Kemudian menundukkan diri. Lagak seperti kesatria yang menghadap tuannya.

“Saya… Saya sudah dikalahkan oleh kamu, Art-sama. Nyawa saya di tangan tuan!” Kata Morgan, serius.

“Argh…. Gorila Bukit! Aku enggan menerimanya!” Art meradang. Sesungguhnya dia tidak suka didampingi lelaki.

“Baik… Saya tunjukkan wajah sebenar saya…” Seraya badan Morgan bersinar-sinar. Dia menjelma menjadi seorang perempuan.

“Perempuan?! Yossha…!” Art menjadi gembira apabila memandang wajah Morgan yang menjadi seorang gadis berkulit hitam yang cantik. Namun, dia mengerang kesakitan apabila Exi menyikunya.

“Kenapa kamu jadi Gorila Bukit?” Soal Exi pula, garang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 20 – Kisah Excilibur

 

 

“Haha… Nama saya Morgan Van Der Micht, kesatria wanita daripada Britanica. Selepas Demoncales muncul 200 tahun dahulu, Britanica hancur menjadi jajahan kecil. Generasi awal kesatria wanita, Mariel Verthadii Valks telah mengurung Demoncales dan mengadakan perjanjian di kota Avalon dengan waris takhta untuk membunuh naga itu. Dan kini, naga itu sudah muncul kembali….” Morgan memulakan ceritanya.

“..!..” Art terkesima. Dia berpaling ke arah Exi. “ Tak mungkin.” Fikirnya.

“Tuan ialah Arthur bukan? Hanya waris Avalon sahaja yang boleh menggerakkan dan menggunakan Excilibur.” Morgan serius bercerita. Art menelan air liurnya. Ternyata identitinya sudah terbongkar.

“Saya menyamar untuk mencari tuan di sepanjang tempat setelah tuan hilangkan diri …” Art berpeluh. Kenyataan tidak dapat dielakkan lagi.

“Nasib baik saya tergerak hati untuk ke Baticul…”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 21

 

“Tuanku puteri Lancelot De La Nich Avalon sudah memulakan ekspedisinya.” Terang lagi Morgan.

“Aku tahu.” Art menumpukan pada tunggangan kudanya. Masa semakin suntuk.

“Maafkan aku, ayahanda…” Art berbisik seorang diri.

Sementera di kaki gunung Uruk, tentera Avalon sudah bersedia untuk menyerang. Lancelot memerhatikan tenteranya dari atas kawasan tinggi bersama-sama pembantunya, Margeret De Modred.

“Tuanku….” Margeret cuba berkata sesuatu.

“Abang… Dia pasti akan tiba…” Lancelot tersenyum.

“Patik harap begitu tuanku….”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 22 – Bertembung dengan Demoncales

 

 

Sehari selepas itu, tentera Avalon yang dipimpin oleh Lancelot mula mendaki gunung itu. Agak lama pendakian itu bermula, Lancelot yang diiringi Margeret terhenti tunggangannya apabila melihat kelibat insan disayanginya berada di hadapan. Art sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertarungan terakhir.

“Lambat…” Art tersenyum. Di sisinya, Exi dan Morgan turut tersenyum, mengalu-alukan kedatangannya.

“Abang! Siapakah perempuan-perempuan ini?” Lance marah. Sikap cemburu Lance meluap-luap.

“ Ah… Brocon!(Brother Complexs)” Margeret menepuk dahinya.

“Err…” Art tidak menjawab.

“Siapa perempuan itu…?” Exi menyiku perut Art, menyebabkan Art kesenakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 23

 

 

Mereka menghampiri gua gunung Uruk dengan berhati-hati. Lagipun Democales tidak bangkit sepenuhnya. Tersilap langkah, naga tersebut bakal meradang dan memusnahkan dunia ini.

“Tuanku!” Margeret menghentikan gerakan Lancelot. Dia lihat asap berkepul-kepul keluar dari gua itu, tanda nafas naga itu.

“Exi.. Bentuk pedang!” Art menghulurkan tangannya.

“Ya!” Exi bertukar menjadi pedang dan digenggam erat oleh Art. Lance juga mengacukan pedangnya, diikut Morgan dan Margeret.

“Mari!” Art mengetahui kumpulan itu menuju ke dalam gua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 24

 

 

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam gua, kelibat naga gergasi itu muncul dengan mata berapi. Naga itu bangkit daripada tidurnya.

“Arawnkah?” Ujar Demoncales, seakan menunggu kehadiran Arthur, namun salah sangka identitinya.

“Aku Arthur. Arawn ialah pengasas empayar Avalon.” Art memandang kembali naga itu dengan berhati-hati.

“Ha…ha…ha..! Sama! Wajah kamu sama dengan dia! Begitu nostalgia… bukan begitu, Mariel?” Naga itu mengalih pandangannya ke arah pedang art, Exi.

“….” Exi senyap. Tidak memberikan sebarang respons.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 25

 

 

“Mariel? Exi?” Art tertanya-tanya. Exi tidak menjawab.

“Cukup dengan kata-kata! Marilah beradu!” Demoncales mula menghembuskan api daripada mulutnya.

“Aegis!” perisai plasma menghalang api itu daripada membakar Art.

“Morgan, serangan ‘Kenny Rogers’!” Art memberi arahan kepada Morgan. Morgan berang dengan kata-kata Art.

“Phoenix la!” Morgan menghala kuasa pedangnya lalu terkena naga itu.

“Sword of revival!” Morgan meneruskan serangannya.

“Roar!” Naga itu mengaum dengan kuat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 26

 

 

Lancelot mengacukan pedang ke arah naga itu. Dia tidak mahu ketinggalan daripada menyerang naga itu.

“Serigala!” muncul seekor serigala di hadapan Lance. Pedang khasnya bertukar menjadi haiwan mistik.

“Bertukar tahap kedua!” Serigala itu menjadi busur panah yang agak besar – hampir menyamai tubuh Lancelot.

“Artemis!” Panah laser keluar dari busur itu dan mengenai naga tadi. Naga terhempas ke dinding gua, lalu kehancuran. Naga itu mengangakan mulutnya lalu terbentuk bebola api di mulutnya.

“Gunglir!” Naga itu memancarkan satu serangan laser gergasi daripada mulutnya. Art segera mengaktifkan Aegis, melindungi teman-temannya.

“Boom!” Gua itu hancur akibat impak serangan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 27 – Detik akhir.

 

 

Art kelegaan melihat semua temannya selamat. Setelah mengumpul tenaga, tanpa berlengah, dia meluru pantas dan menyerang naga itu.

“Inikah akhirnya?” Bisik Art melompat tinggi di kepala naga itu lalu menghunus tepat pada tengkorak naga durjana itu.

“Hiyark…” Pedang Art tercacak pada kepala naga itu.

“Warghh….” Naga itu menjerit kesakitan. Art memegang erat pedang itu agak itu melepaskannya. Ngaum naga itu membawanya ke alam lain. Art tiba-tiba sahaja di selubungi dunia kegelapan. Hanya dia seorang.

“Di manakah aku?” Ujar Arthur. Mencari kelibat orang lain.

“Sini….” Art lihat Exi yang tidak berzirah tetapi berpakaian seperti gadis biasa melambai ke arahnya dari jauh. Dia menghampiri gadis itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 28

 

 

“Kamu…” Art cuba bersuara.

“Saya Mariel, roh kepada Excilibur…” Ujar gadis itu.

“Oh… Jadi awak tahu Arawn, pengasas Avalon?”

“Erm… Kami kekasih…” Ujar Mariel, malu-malu.

“Awak akan pergi?” Art bertanya lagi.

“Ya… Bersama-sama Exi.” Mariel menghampiri Art.

“Tidak bolehkah……”

“Art… Exi sayang akan awak, seperti saya…” Tangan halus itu memegang wajah Art yang kesepian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 29

 

 

“Jadi… Tinggal bersama saya. Awak tahu perasaan saya kepada Exi, bukan…” Art memegang bahu Mariel.

“Tidak. Selagi saya dan Exi wujud, naga ini tidak akan mati.”

“Saya…saya… “ Jari halus Mariel menutup mulut Arthur.

“Awak ada Lancelot, dia sayang akan awak”

“Jadi… Inikah akhirnya?”

“Erm… “ Mariel angguk, kemudiannya berpaling. Tubuhnya perlahan-lahan menghilang.

“Exi!!!!” Jerit Art, tetapi tidak sampai.

“….”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panel 30 – Pengakhiran

 

 

“Abang, bangun!” suara Lancelot kedengaran.

“Ur…?” Mata Arthur terbuka. Impak dia dan naga itu menyebabkan dia terpelanting jauh. Dia terselamat dalam pertarungan itu. Seraya, air matanya mengalir. Segalanya sudah berakhir….

“Abang?” Lancelot pelik.

“Tiada apa-apa…” Dia bangkit daripada perbaringannya. Pedang disisinya itu sudah hancur retak seribu. Tiada lagi Exi.

“Mari kita pulang…” Kata Art disambut mesra oleh Lancelot, dan mereka melangkah pergi. Peperangan mereka sudah berakhir…

“Art…”

“Saya… cinta akan kamu…”

“Exi?”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s