Sekalian zaman berlalu meniti, tanpa menanti sedikit pun kita, dan takala masa itu jualah emas yang tiada tanding nilainya. Arakian bermula sebuah kisah seorang pemuda yang gigih mengharungi cabaran dan dugaan dalam mencapai cita-cita dan impiannya. Sementelaah pula, keadaan masa yang sentiasa menindas barang siapa yang mundur dan miskin kini, menguatkan lagi tekad dan itikad sang pemuda yang gigih itu.

Maka, perjalanan jauh itu diteruskan tanpa sebarang keraguan mahupun gusar malah dihadapinya tabah. Sekian melata perjalanan dengan perasaan peri pelbagai, lantaran jauhnya bak sepurnama jauhnya. Dia cukup gigih, justeru semangatnya itu tak lekang dek lelah yang melanda.

Dijadikanlah sebuah hikayat bertemulah dia dengan sang pendita yang tak kurang misterinya. Dia lantas mengambil keputusan untuk bertapa, menimba ilmu dengan sang pendita tadi. Dia lihatnya keelokkan ilmu sang pendita yang kerap-kali menjadi daya tarik untuknya bersama dengan pendita itu.

Suatu hari, beberapa lama bersama, maka bertanyalah sang pendita kepada sang pemuda yang bersemangat itu.

“Wahai sang pemuda, barangkali bolehkah kiranya aku ini ingin menduga kehebatanmu itu?”

Sang pemuda itu kaget tetapi tenang menjawab.
“Baiklah pendita yang bijaksana, adapun hamba bukanlah selayaknya untuk diduga, tetapi demi kehormatan tuan hamba maka bertanyalah…”
Pendita itu kagum. Lalu tersenyum bangga. Inilah pemuda yang menjadi contoh untuk masa kini. Tak dilengahkan masa maka ia bertanyalah…

“Baiklah, masa aku di sini pun hampir sahaja ke penghujungnya. Jadi, jawablah ia dengan sepenuh akal fikirmu..”

Sang pemuda memasang telinganya dengan teliti, barang sepatah pun tidak mahu dilepasnya. Diangkatnya kata-kata yang terpacul nanti bagai amanat akhir pendita itu.

“Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang paling hebat?”

“Hah…?” Ternganga sebentar si pemuda itu…

Tiba-tiba beberapa kelibat lembaga pantas menghampiri pendita itu lalu mengepungnya. Puaka hutan yang bisa menemaninya mungkin marah akan soalan tersebut.

“Pendita….” Lalu seperti kilat, cuba dia menerpa sedayanya…

“Maaf encik, kami daripada hospital mental, baru sahaja mendapat tahu pesakit kami terlepas di sini. Walaupun rupa si tua ini macam prof, tapi believe or not, dia ni tak betul!” Ujar tenang dan selamba oleh pembantu perubatan, En. Hamidun Hahar.

Terpinga-pingalah si pemuda itu. Dia menepuk dahinya tanda bengong sungguh…

“Jawapannya Hang Tuah, hahahha…! Ahmad Albab yang punya, Ahmad Albab….. hahaha……” Sebijik macam cerita P.Ramlee daa…

Si tua gila tadi menjerit-jerit sambil diheret oleh beberapa pembantu perubatan. Arakian si pemuda itu tekad bertindak, menjadi seorang pendekar.

Maka, hikayat pun bermulalah…..

One Response to “Sejarah Melayu Moden : Hikayat Hang Tuah”

  1. Lord Xile Says:

    lawak….lawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s