Tatabahasa
Ujian Diagnostik
Soalan 1 hingga Soalan 8 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. |
|||
1 | Sudah _________ tahun lamanya, Pak Rahim bekerja di Belanda. | ||
A |
berpuluh | ||
B |
berbulan-bulan | ||
C |
berpuluh-puluh | ||
D |
berminggu-minggu | ||
2 | _____________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada ibu bapa. | ||
A |
Suku | ||
B |
Separuh | ||
C |
Setengah | ||
D |
Sesetengah | ||
3 | Polis telah berjaya menangkap ____________ orang penjenayah yang sangat dikehendaki itu. | ||
A |
kedua | ||
B |
dua-dua | ||
C |
kedua-dua | ||
D |
kedua-kedua | ||
4 |
Baju pengantin itu dibuat ____________ kain yang bermutu tinggi. |
||
A |
daripada | ||
B |
sejak | ||
C |
dalam | ||
D |
dari | ||
5 | Janganlah mudah percaya _________ berita yang tidak tentu kesahihannya. | ||
A |
akan | ||
B |
kepada | ||
C |
dengan | ||
D |
tentang | ||
6 |
Untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan tersebut, air telah _________ oleh pihak berkuasa. |
||
A |
dicatu | ||
B |
dikawal | ||
C |
dihadkan | ||
D |
dibahagikan | ||
7 | Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris. | ||
A |
mengukir | ||
B |
menempa | ||
C |
menempah | ||
D |
membentuk | ||
8 |
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk __________ akal para peserta. |
||
A |
memikir | ||
B |
mencuba | ||
C |
menduga | ||
D |
merancang | ||
Soalan 9 hingga Soalan 14 Ayat-ayat yang dipaparkan mungkin betul dan mungkin salah. Jika ada kesalahan. Kesalahan itu telah ditanda dengan A , B atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. |
|||
9 | Para-para peserta diminta berada di padang pada pukul 3.00 petang. | ||
A |
Para-para | ||
B |
berada | ||
C |
pada | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
10 | Anda perlu menjawab semua soalan dalam masa satu suku jam. | ||
A |
menjawab | ||
B |
semua | ||
C |
satu suku jam | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
11 | Nota itu bertukar tangan daripada Zarida ke Yusri. | ||
A |
bertukar | ||
B |
daripada | ||
C |
ke | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
12 | Tempat itu dikhaskan oleh pelajar tahun pertama sahaja. | ||
A |
dikhaskan | ||
B |
oleh | ||
C |
pertama | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
13 | Hasri melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada ibunya. | ||
A |
melambai-lambaikan | ||
B |
sambil | ||
C |
kepada | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
14 | Helmi terbongkok mencari anak kuncinya yang hilang. | ||
A |
terbongkok | ||
B |
mencari | ||
C |
hilang | ||
D |
Tiada kesalahan | ||
Soalan 15 hingga Soalan 20 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendak menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. |
|||
15 | Ribu-ribu orang penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil. | ||
A |
Beribu-ribu orang penonton | ||
B |
Ribuan orang penonton | ||
C |
Beribu orang penonton | ||
D |
Ribu-ribu orang penonton | ||
16 | Para-para pemandu bas mini diingatkan agar mematuhi undang-undang jalan raya. | ||
A |
Para pemandu-pemandu bas mini | ||
B |
Para pemandu mini bas | ||
C |
Para pemandu bas mini | ||
D |
Para-para pemandu bas mini | ||
17 | Majlis perasmian bangunan sekolah itu dimulakan dengan bacaan doa. | ||
A |
dimulakan akan bacaan doa | ||
B |
dimulakan oleh bacaan doa | ||
C |
dimulakan sebagai bacaan doa | ||
D |
dimulakan dengan bacaan doa | ||
18 | Pelancong itu tanya pada saya jalan menuju ke Menara Kuala Lumpur. | ||
A |
Pelancong itu bertanya pada saya | ||
B |
Pelancong itu bertanya kepada saya | ||
C |
Pelancong itu menanyakan pada saya | ||
D |
Pelancong itu tanya pada saya | ||
19 | Razlan terima sepucuk surat daripada rakannya di Kedah Darul Aman. | ||
A |
Razlan berterima sepucuk surat daripada | ||
B |
Razlan menerima sepucuk surat daripada | ||
C |
Razlan menerima sepucuk surat dari | ||
D |
Razlan terima sepucuk surat daripada | ||
20 | Cikgu Hasimah mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah antarabangsa . | ||
A |
mengajarkan bahasa Melayu pada | ||
B |
mengajar bahasa Melayu kepada | ||
C |
mengajari bahasa Melayu kepada | ||
D |
mengajarkan bahasa Melayu kepada |
September 1, 2009 at 10:49 pm
1.c
2.d
3.c
4.a
5.c
6.a
7.b
8.c
9.a
10.c
11.c
12.b
13.d
14.a
15.a
16.c
17.d
18.b
19.b
20.b
February 18, 2014 at 8:21 pm
cantik
March 4, 2011 at 9:59 am
SALAM CIKGU…
SOALAN NO.5 DAN 20 BOLEH DIBINCANGKAN….
KALAU SY DUK BINCANG2 NO.5 D DAN NO.20 D…
HARAP CIKGU BLEH TERANGKAN….
March 5, 2011 at 1:04 pm
Soalan no.5 ialah akan bukan tentang. Dalam hukum tatabahasa kata Adjektif bawah subtopik Emotif (Adjektif perasaan), apabila merujuk kepada perasaan, perlu menggunakan akan, contoh;
Saya sayang akan keluarga saya. (betul)
Saya sayangkan keluarga saya (salah)
Percaya juga ialah tergolong dalam kategori ini.
Soalan 20, pengeliruan pada hukum kata kerja bagi imbuhan MeN-…kan dan MeN-…i. Jawapan yang tertera di atas BUKAN jawapan saya, sebaliknya jawapan pelajar. Jawapannya ialah D, kerana mengajarkan membawa erti mengajar sesuatu, berbanding mengajari iaitu mengajar seseorang.
Jawapan sebenar:
1.c
2.d
3.c
4.a
5.a
6.a
7.d
8.c
9.a
10.c
11.c
12.b
13.d
14.d
15.a
16.c
17.d
18.b
19.b
20.d
August 2, 2011 at 4:40 pm
Tumpang tanya , kenapa soalan 15 tu A ?
Beribu-ribu orang ? bukankah orang itu dah menunjukkan banyak ?
Pening ~ 😀
August 2, 2011 at 5:52 pm
Imbuhan Ber- merujuk kepada kata kerja. Apabila ber- digunakan untuk kata bilangan, secara automatik, ber- akan digandakan kata dasarnya.
Beribu => beribu-ribu
Beribu bermaksud mempunyai ibu (ber-ibu).
August 2, 2011 at 5:54 pm
Tambahan : orang yang digunakan oleh ayat tersebut ialah kata penjodoh bilangan, bukan kata nama, sekian.
August 8, 2011 at 8:43 pm
mengapakah jwpnnya beribu-ribu dan bukannya ribuan? apakah perbezaannya?
August 10, 2011 at 1:32 am
Jawapan ribuan = beribu-ribu. (dua-dua betul)
-an di sini akan menjadikan kata itu jamak (banyak), jadi, tidak perlulah beribu-ribu yang juga membawa maksud jamak.
February 17, 2012 at 8:28 pm
the question is so easy~~ -..-
April 12, 2012 at 5:54 pm
yeahhh ,,,syukur !!! sy slh 2 soalan je . no 5 & 20
June 26, 2012 at 9:35 pm
so which is the correct answer?
September 20, 2013 at 11:22 am
i want
October 9, 2014 at 2:11 am
mohon copy
December 31, 2015 at 12:20 pm
boleh send satu copy cikgu