May 2009


Mengapakah berderai air mata ini?
Bisakah kerana usiaku yang berlalu,
Jauh meninggalkan masa dahulu.

Tiada lagi belai manja untuk kita,
Melainkan usahamu menongkah bahagia,
Pelahan-pelahan gerak langkahmu,
Meniti masa hadapan.

Bukannya kelak kita takkan bertemu,
Biarpun aku merendah lautan yang luas ini,
Ketika mana aku melangkah pergi,
Lambailah mesra untuk diriku.

Mengapakah berderai air mata ini?
Kerana pertemuan itu kelak,
Terlalu lama untuk berlaku.

Di kerusi malas aku bermimpi,
Pancaran sinar cahaya,
Dan tiupan bayu yang membelai,
Ketika kamu dilahirkan,
Biarpun secebis rahmat,
Hari yang sangat membahagiakan itu…

HN Harima

Salam semua!

Sebenarnya tidaklah sehebat mana pun, kecuali baru-baru ini peti suara saya bengkak. Macam ARTIS la pula! Apa-apa pun letakkan semangat juang anda untuk peperiksaan pertengahan tahun ini!

Ayuh! Anda mampu melakukannya!

c