Tema (perbandingan)
1. keberanian 
Tema : mengisahkan keberanian seorang insan menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
F1 : Firdaus menyahut cabaran datuknya bersama-sama Azlina dan Johari untuk berbasikal ke pantai Morib.
F2 : Zahar menolak tawaran kerja di kilang perabot Teknikal kerana ingin mencuba nasib membuka perniagaan sendiri.
F3 : Farhani memasuki rumah usang di kawasan hutan walaupun berisiko kerana perasaan ingin tahunya.
2. Bertanggungjawab 
Tema : memaparkan tanggungjawab seorang insan dalam memikul tugas yang diberikan.
F1 : Johari menjaga Azlina dan Firdaus sepanjang perjalanan mereka ke pantai Morib tanpa perasaan pilih kasih sebagai sepupu yang tua.
F2 : Zahar menyiapkan segala kerja yang diberikan oleh Pak Yusuf semasa bekerja di bengkel perabot milik pakcik tersebut.
F3 : Farhani menjalankan tugasan guru sainsnya, cikgu Salimah bersama rakan sekumpulan untuk mencari spesimen kumbang.