November 2019


Novel Tirani

Latar Tempat

  1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.
  2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.
  3. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Novel Jendela Menghadap Jalan : Latar Tempat dan Latar Masyarakat

Latar Tempat

  1. Dungun – Daerah tempat nenek dan datuk tinggal, daerah asal ibu Lili.
  2. Pekan Sentosa – Tempat tinggal datuk dan nenek Lili
  3. Bendang – Tempat Lili bertemu neneknya sewaktu tiba di kampung
  4. Masjid – tempat datuk bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama-sama penduduk kampung.
  5. Rumah datuk – Reka bentuk yang unik dengan corak jendela dan pintu, tempat datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu dengan Lili.
  6. Balai raya – Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa :

Latar Tempat

  1. Sungai Ramal. Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
  2. Kem Latihan Haig Lines Port Dickson. Contoh :  Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
  3. Pasir panjang. Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
  4. Bukit Candu. Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
  5. Alexandria. Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.

Novel Songket Berbenang Emas

Latar Tempat

  1. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
  2. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
  3. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
  4. Kebun getah – 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah.
  5. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
  6. Hospital Batu Pahat – Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
  7. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
  8. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia – Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.

 

Sila muat turun nota SPM 2019Bengkel SPM BM 2019 untuk rujukan anda bagi menghadapi peperiksaan penting!

Moga maju jaya!

45665203_2325214030839508_4523439747758030848_n

Ralat : Watak sampingan sudah keluar dan tersilap cetak dalam nota.

Sila tambah nota novel :

  1. Latar tempat
  2. Perwatakan watak utama