Melodi Nyawa.

HN Harima

(seorang mangsa di sebuah medan perang)

Intro.

Keperitan hidup yang terus terasa,

Mengungkap jutaan tangis dan hiba,

Sang lemah yang terhimpit melata,

Walhal si kuasa  meratah segala,

Bisakah ada lagi (sedikit simpati),

Kebahagiaan yang membawaku pergi……

C/o

Beginilah kisah sang derita,

Beginilah… yang engkau lakarkan (melodi nyawa),

Dan hakikinya tiada bertepi (untukku fahami)

Hanyalah Engkau Yang Maha Mengerti…

Akan terlangkah nanti si cela,

Gusar kerana dipenghujung usia,

Api yang menjulang dalam jiwa,

Kebencian yang menghunus membara,

Adakah nanti tawa (itu kembali),

Sedang air mata tak  petah terhenti….

Si ayah ibu memapah si manja,

Longlai dan lemah meratap jiwa,

Kerana angkara si laknat durjana,

Jeritan  tak pernah kurangnya lara…

Bisakah ada lagi (sedikit simpati),

Kebahagiaan yang membawaku pergi……

C/o

Beginilah  kisah sang derita,

Beginilah… yang engkau lakarkan (melodi nyawa),

Dan hakikinya tiada bertepi (untukku fahami)

Hanyalah Engkau Yang Maha Mengerti…

Sajak:

Wahai saudaraku yang berbahagia,

Apa kira yang jika kau ada,

Sedikit simpati kami yang hiba,

Bantulah biar secebis harta,

Supaya nanti akan wujud lagi tawa,

Buat kami yang merana,

Di medan yang tiada jawabnya….

Bukannya mesti duka akhirnya (cerita ini),

Kerana mentari pasti  kembali….

2 Responses to “Karya…”

  1. yaya Says:

    mana dapat karya nie???macam sama je saya punya…..hahahahahahah….gurau je…

  2. Harima Says:

    saya yang karang sendiri. Saya rasa saya tak tiru sesiapa kerana karya ini merujuk pada sebuah lagu tema.

Leave a comment