March 2012


Kata,
Membentuk ayat,
Klausa yang pelbagai,
Menitip bibir-bibir,
Bergelar insan…

Mengata,
Kepada orang lain,
Cerca dan hina,
Seakan membunuh,
Saudaranya…

Dikata,
Bila terjadinya,
Silap dan cela,
Olehmu yang alpa,
Manusia sekeliling…

Kata bukan mengata,
Bukan juga untuk dikata,
Sebaliknya mengikat,
Tali ukhwah,
Benang kehidupan…

HN Harima

Sempena cuti sekolah ini, saya akan menganjurkan program cuti sekolah yang menawarkan bengkel teknik belajar untuk kefahaman dalam pembelajaran anda.

Program teknik belajar ini khas untuk semua pelajar saya dengan kerjasama pusat tuisyen Elit Maju.

Berikut ialah tentatif program:

Tarikh : 15/3/2012

Jadual waktu
9.00 – 10.30am – Bengkel tahap 1 (UPSR dan PMR sahaja)
10.30 – 12.00tgh – Bengkel tahap 1 (SPM sahaja)
1.30 – 3.00pm – Bengkel tahap 2 (UPSR sahaja)
3.00 – 4.00pm – Bengkel tahap 2 (PMR sahaja)

Bayaran : RM 20.00 (sila maklumkan “maklumat secara Facebook“)

Pusat Tuisyen Elit Maju,
41-1, Jalan PGN 1A/1,
Pinggiran Batu Caves, Selangor

Hubungi :
03-61863353 (Cik Amudah)

Kawan,
Penjodoh bilangan bagi haiwan,
Yang berkelompok,
Untuk melindungi diri,
Sedangkan mereka ini,
Hanya bertapak,
Demi kepentingan,
Individualis….

Kawan,
Definisinya pelbagai,
Apa tanggapmu,
Adakah sekadar hiasan,
Atau kebanggaan,
Untuk sedikit keangkuhan,
Hinanya takbur,
Sosialis hatimu…

Sahabat,
Hanya engkau sahaja,
Pengisi lompong,
Kawan-kawan yang mengendeng,
Menumpang hakikat kehidupan,
Andai kata kawan itu,
Menjadi sahabat,
Maka saat itu,
Digelar harmoni…

Wahai kawan,
Sahabatku memangkin,
Engkau mengingkar…

HN Harima

Sebungkus nasi lemak,
Membawa satu kehidupan,
Yang terdapat variasi rasa,
Memenuhi cita rasa,
Biar terbahagi,
Resepi mereka sendiri…

Sambal kehidupan pedas,
Sesekali dibenci,
Tetapi itulah pelengkap,
Untuk perjalanan hidup,
Yang tidak bertepi,
Tetapi bernoktah….

Dihiasi pelbagai rencah,
Kau dan aku,
Sama-sama memilih,
Tetapi ingatlah,
Keasyikannya membawa mudarat,
Diri dan kesihatan,
Kendatipun begitu,
Sederhanalah,
Agar nikmat itu,
Menterjemah kehidupan indah…