Dalam sudut ini, kita akan menumpukan segala masalah yang sering berkaitan dalam PMR Bahasa Malaysia.

Format Peperiksaan PMR Bahasa Melayu

1. Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif.

2. Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:

* 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
* 7 soalan mencari kesalahan ayat
* 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
* 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
* 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
* 3 soalan mencari ayat yang betul
* 3 soalan berdasarkan peribahasa
* 10 soalan sastera

3.Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:

* Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah

* Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah

* Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah

* Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, pelajar digalakkan untuk mendapat seberapa banyak markah yang boleh untuk bahagian ini kerana markahnya yang sangat tinggi, 40 markah

* Bahagian D : Karangan Novel, 10 markah

Novel-novel yang dipelajari pada Tahap PMR:

* Meniti Kaca
* Anak Din Biola
* Aku Anak Timur
* Limpahan Darah di Sungai Semur
* Pahlawan Pasir Salak
* Timulak Kapal Perang
* Tragedi Empat Disember
* Kapten Hassan Wira Bangsa
* Panas Salju
* Ekspedisi
* Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
* Merdeka! Merdeka!

Nota : Hanya 3 novel sahaja yang dipelajari (1 novel untuk 1 sesi) dan dibahagikan mengikut zon-zon. Dalam perbincangan kita, kita akan meninjau novel-novel:

  • Tingkatan 1 – Meniti Kaca
  • Tingkatan 2 – Pahlawan Pasir Salak
  • Tingkatan 3 – Panas Salju

Antologi-antalogi (kumpulan karya sastera) yang dipelajari pada Tahap PMR:

* Sehijau Warna Daun – Tingkatan 1
* Seuntai Kata Untuk Dirasa – Tingkatan 2
* Anak Bumi Tercinta – Tingkatan 3

Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 40 + 100 = 140 (markah penuh)

  • Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar

Perhatian kepada pelajar :

Sebarang persoalan mengenai soalan PMR haruslah diajukan dalam Facebook saya (klik gambar hensem saya!)

14 Responses to “Sudut PMR…”

  1. sharwind Says:

    cikgu mana soalan form 2

  2. Harima Says:

    Soalan Bahasa Melayu manalah ada pembahagian tingkatan dalam tatabahasa mahupun karangan.

    Akan tetapi, cikgu akan letak soalan antalogi dan novel mengikut tingkatan. Untuk tatabahasa, rujuk sahaja pada nota.

    Begitu juga dengan karangan.

  3. wawa Says:

    maner nota khusus untuk novel aku anak timur…………perlukan segera….terima kasih

    1. SYAFIQ Says:

      haii

  4. BUDAKHOTceriamaju Says:

    CekgU,pmr agi 3 ari,mane soalan spot nye,kate nak bagi mase minggu terakhir…..cuak ni,kalo buleh bagi banyak2 sket……..

  5. luqman cm putrajaya Says:

    cikgu mane soalan PMR bm yg keluar ckp nk tunjuk

  6. meyra mraz Says:

    cikgu!! agak2 soalan ape yg hot o akan keluar for PMR?
    help me!

  7. z ceria maju Says:

    cikgu..bila nak keluar soalan sebenar pmr ni?
    saya dari tuisyen ceria maju..cikgu saya harap cikgu bagi soalan yang betul ok..cikgu da janji nak bg soalan pmr bahasa melayu 2009..jadi cikgu kena tunaikan..pmr lagi sehari je cikgu..please lah bagi..harap maklum

  8. nazeem Says:

    cikgu bila nak bagi soalan sebenar bahasa melayu 2010

  9. wannas Says:

    slm…cikgu…xde s0alan yg ehem2 ke?

  10. luqman Says:

    cikgu. . .soalan pe yg cikgu spot msok dlm pmr 2010 bahasa melayu k 2 (bahagian c) ??klo ade yang cikgu spot lh anta at sye x ??

  11. mohd haqimi Says:

    cikgu.. tolong masukkan karangan cerita yang bertajuk bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat…………

  12. nur_bye-bye Says:

    Last PMR

Leave a comment