February 2010


Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Pendahuluan.

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum semakin merosot. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti kokurikulum kembali aktif. Sesungguhnya aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kepentingan.

Isi

1. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid.

– mematuhi etika berpakaian.

– mematuhi masa.

– mengikuti peraturan yang ditetapkan.

2. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepemimpinan.

– murid berpeluang menjadi pemimpin dalam organisasi.

– melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa.

– setiap murid berpeluang untuk memupuk bakat.

3. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan.

– Aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.

– Murid sentiasa aktif dan tidak diganggu penyakit.

– Badan yang sihat memungkinkan pembelajaran yang berkesan.

4. Aktiviti kokurikulum menghindarkan murid daripada terlibat dalam gejala sosial.

– Murid tidak membuang masa tanpa tujuan.

– Murid tidak melepak dan terlibat dengan aktiviti bercorak negatif.

5. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan.

– menggalakkan interaksi.

– mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

– proses integrasi dalam kalangan murid.

Kesimpulan

Aktiviti kokurikulum memang banyak kebaikan. Semua pihak mestilah berganding bahu untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut.

Kemalangan jalan raya sering kali dikaitkan dengan musim perayaan. Walhal, pihak berkuasa telah mengambil tindakan-tindakan drastik termasuklah mengadakan kempen Ops Sikap.

Antara punca utama kemalangan ialah keadaan pemandu yang kurang bersedia. Pemandu-pemandu tegar untuk memandu biarpun mereka kekurangan rehat lantaran mengantuk dan meningkatkan risiko kemalangan.

Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi penyebab nahas jalan raya. Apabila kenderaan ini digunakan, akan berlakunya ketidakupayaan membrek yang mengakibatkan hilang kawalan pada pemanduan.

Seterusnya, cuaca dan keadaan jalan raya penyumbang kepada tragedi tersebut. Hujan lebat dan jalan berlubang mengganggu pemanduan dan menyebabkan peluang terjadinya kemalangan tinggi.

Natijahnya, kemalangan mampu dielakkan dengan mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Aku yang melalui,
Pilihan yang bercabang,
Tapi dia tidak ada,
Dalam apa yang ku putus,
Barangkali aku yang tersekat,
Perkataan “Jika”…

Dia yang mengharungi,
Pilihan yang bersiur,
Tapi aku tiada dalam mantiknya,
Kerana aku yang membuat keputusan,
Yang ku anggap terbaik,
Untuk dia dan aku…

Namun termangu aku,
Jika aku dan dia,
Jika kami bersama,
Apakah kesudahan itu,
Hanyalah terselit,
Pada perkataan “Jika”…

Mata itu kemerahan,
Ditelan kantuk,
Disapa dingin menggoda,
Tetapi setia,
Amanah dengan tugasnya…

Dialah pelindung mereka,
Tetapi mereka hina,
Merendah-rendahkan si dia,
Bena sahaja mereka,
Dia terus menjaga,
Untuk sesuap nasi….

Dikoyak,
Dicicah,
Dan dimamah,
Pelbagai versi,
Dan cita rasa….

Di perut kebangsaan,
Penuh variasi budaya,
Pada sekeping roti canai,
Yang dinikmati bersama,
Kita senegara…

Salam semua. Minta maaf kepada semua pelajar saya di Ceria Maju kerana saya tidak menghadiri kelas disebabkan demam teruk selama seminggu.

Jangan bimbang, saya akan gantikan kelas pada musim cuti nanti, ya!