Tatabahasa : Penggunaan Kata

1. Secara umumnya, dalam peperiksaan PMR, pelajar-pelajar akan diuji tentang penggunaan kata yang tepat dalam suatu ayat. 

2. Soalan-soalan tentang penggunaan kata ini meliputi:

1. Golongan kata:
1.1 Kata Nama
1.2 Kata ganti nama
1.3 Kata kerja
1.4 Kata adjektif
1.5 Kata bilangan
1.6 Kata sendi
1.7 Kata bantu
1.8 Kata hubung
1.9 Kata seru
1.10 Kata penguat
1.11 Kata arah
1.12 Kata tanya
1.13 Kata nafi

2. Kata majmuk

3. Kata ganda

4. Kata banyak makna

5. Kata hampir sama makna

6. Peribahasa

Kata Nama
Kata nama terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am dan kata nama khas.
(a) Kata nama am digunakan untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuhan atau benda. Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.
Contoh : adik, baju, daun, laut, rumah, dan sebagainya

(b) Kata nama khas merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama bangunan, nama tempat, nama bandar, nama negeri atau judul buku. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu.
Contoh : Amran, Tompok, Wisma Angkasa, Ipoh, Kedah, dan sebagainya

Kata Ganti Nama
1. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk .
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya.
(a) Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri ini terbahagi pula kepada:
(i) Kata ganti nama diri orang pertama. Contoh : aku, beta,daku, hamba, kita, patik dan saya
(ii) Kata ganti nama diri orang kedua. Contoh : anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan tuanku.

(iii) Kata ganti nama diri orang ketiga. Contoh : baginda, beliau, dia, ia, dan mereka.
(b) Kata ganti nama diri nama tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh : apa, siapa, mana

3. Di antara kata ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga ada yang membawa makna tunggal (satu) dan ada yang membawa makna jamak (lebih daripada satu).

Kesalahan Umum Tatabahasa
• Rumah kami terletak di taman selasih. (salah)
• Rumah kami terletak di Taman Selasih. (betul)
• “Mari ikut kita ke rumah Mohan,” kata Lim dan Ali kepada Muin. (salah)
• “Mari ikut kami ke rumah Mohan,” kata Lim dan Ali kepada Muin. (betul)
• Jam itu sangat mahal kerana ianya dibuat daripada emas. (salah)
• Jam itu sangat mahal kerana dibuat daripada emas. (betul)
• Mereka-mereka itu berasal dari Sarawak. (salah)
• Mereka itu berasal dari Sarawak. (betul)
• “Ampunkan saya, tuanku” sembah Laksamana Bentan. (salah)
• “Ampunkan patik, tuanku” sembah Laksamana Bentan. (betul)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s