Prolog

Kelmarin, aku terlihat seekor arnab….

Semalam, aku lihat seekor rusa…..

Hari ini, ialah kamu….  

Setapak demi setapak, dia melangkah perlahan menuju ke destinasinya. Dia menghampiri rumah pangsa yang kecil itu. Di Kota Tokyo ini, dia tinggal di sini, bersama dengan orang yang dia kasihi. Walhal, dia memiliki rumah yang cukup selesa, di kawasan luar Tokyo, namun atas masalah jarak ke tempat kerja dan juga masa, dia lantas memilih rumah kecil itu.

Tadaima… (ucapan apabila masuk ke rumah).” Dia membuka pintu rumah pangsa yang kecil itu. Matanya mencari-cari kelibat Tomoya. Barangkali Tomoya tidur akibat keletihan. Dia tahu suaminya itu sangat rajin berusaha.

Okaidi… (balasan ucapan).” Tomoya muncul dari dapur dengan tangannya memegang segelas cawan berisi air panas bancuhannya. Dia baru sahaja pulang dari tempat kerjanya. Ingin sekali Tomoya menghirup minuman panas, untuk melepaskan tepias lelahnya.

“Dah makan?” Soal Kotomi. Tomoya senyum. Isterinya ini sangat mengambil berat padanya. Tetapi, perasaan itu menelan hatinya. Tempat Kotomi sepatutnya bukan berada di sini…..

“Dah….” Tomoya ringkas menjawab. Lain di mulutnya keluar. Dia lantas duduk di tepi meja pemanas di ruang tamu untuk berehat. Kotomi pun menghampirinya lalu duduk di sampingnya. Mereka memang kelihatan seperti pasangan bahagia. Lebih-lebih lagi, Kotomi yang sememangnya suka dimanjakan Tomoya.

“Tomoya, awak sakit?” Soal lagi Kotomi. Tomoya tersentak dengan soalan itu. Riak wajah Tomoya jelas menunjukkan dia dalam dilema. Dia tahu bahawa isterinya dapat mengesan sesuatu yang kurang enak dalam hatinya itu. Walhal, Kotomi ini seorang yang pasif apabila melibatkan perasaan dirinya sendiri.

“Tak… Tiada apa-apa.” Dia mengucup dahi isterinya itu. Cintanya pada isterinya itu tiada berbelah bahagi. Akan tetapi, dia sedar, dia terlalu kecil untuk mencintai si gadis yang berintelek tinggi ini. Isterinya ini salah seorang ahli intelek yang berjaya menempa nama di mata dunia. Sedangkan dia…

“Em…” Kotomi lantas memeluk manja Tomoya, sebagai membalas kucupan mesra Tomoya pada dahinya. Dia bahagia. Sangat bahagia bersuamikan Tomoya. Tomoyalah yang menyelamatkannya daripada kesepian silam. Ibu dan ayahnya sudah tiada lagi. Ketika dia masih kecil. Malah, dia dibesarkan tanpa jagaan orang dewasa yang sempurna. Sejak kematian orang tuanya, pihak pengurusan Pusat Fizik Jepun membiayai segala kos dan penjagaan ke atasnya. Setiap hari, akan ada orang datang menjenguk dan melawat Kotomi. Namun demikian, Kotomi sentiasa mengurungkan diri jika mereka datang.

Tomoya memandang sahaja Kotomi yang berada dipangkuannya itu. Dia mengenali gadis ini semasa dia masih lagi kanak-kanak. Zaman kanak-kanaknya taklah seindah seperti orang lain. Dia kehilangan ibunya. Malah, ayahnya juga. Setelah kematian ibunya, ayahnya hanyut ke lautan kesedihan. Ayahnya menjadi pemabuk serta tidak mempedulikan dirinya. Tapi, dia tetap jua meneruskan kehidupannya. Biarpun, jarang ada senyuman pada wajahnya. Mungkin ini jugalah menariknya untuk bersama Kotomi. Sejarah berbeza, kehilangan yang sama….

“Tomoya?” Kotomi memandang tepat padanya. Tomoya senyum pahit. Cuba menyembunyikan isi hatinya itu.

“Saya sentiasa sayang akan awak, Kotomi.” Bisik perlahan Tomoya, menyebabkan pipi Kotomi kemerahan malu, tetapi gembira.

“Mmm… Saya pun. Jadi, Tomoya-kun, jangan sesekali tinggalkan saya, ya.” Kotomi senyum. Senyumannya dua dalam satu. Satu kerana pujian Tomoya, satu lagi untuk berita yang bakal dia sampaikan. Akan tetapi, bagi Tomoya, dia rasa dunianya bagai cerah disinar, cahaya cinta Kotomi. Belum lagi dia sempat membuka mulutnya, deringan nada telefon rumahnya kedengaran. Lantas, Tomoya bangkit lalu menjawab panggilan tersebut.

Mushi, mushi…(hello dalam bahasa Jepun)” Perbualan Tomoya bertukar kepada nada yang kecil. Kotomi tidak lagi dapat mengagak isi kandungan perbualan Tomoya. Riak wajah Tomoya menjadi serius. Mungkin sekali panggilan itu dari tempat kerjanya. Tomoya kini ialah seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di kawasan Tokyo. Sering kali dia mendapat panggilan apabila berlakunya masalah-masalah teknikal mesin di sana. Pandangan Kotomi melirik pada wajah Tomoya yang agak berkerut itu. Sekali-sekala Tomoya membalas pandangannya dengan senyuman.

Hai… (Baik)” Tomoya mengakhiri panggilan itu dan kembali duduk di sisi Kotomi. Dia memaut pinggang isterinya itu dengan mersa.

“Kerja?” Kotomi dengan suara gusar bertanya.

“Mungkin (senyum)…” Balas Tomoya, perlahan.

“Hah?” Raut wajah Kotomi sedikit berubah. Menunjukkan tanda tanya dalam benak fikirannya. Tomoya ketawa kecil. Inilah raut wajah yang sentiasa menyentuh jiwa raganya. Yang bisa mencuri hati kecilnya itu. Kotomi memang begini.

“Tomoya?” Ujarnya lagi. Tomoya menarik nafas panjang.

“Kamu masih bertenaga untuk keluar?” Soal Tomoya, mengejut.

“Tomoya…?” Tak dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh suaminya. Tomoya sudah pun mencapai jaket sejuknya. Kotomi ikut serta biarpun masih lagi berkeadaan ragu-ragu.

“Mari…” Tomoya pimpin tangan Kotomi. Kotomi masih dalam keadaan kehairanan dan tak mengerti. Tetapi dia sudah biasa sebgini. Inilah Tomoya. Tomoya ini ibarat angin. Tak dapat dijangka apakah yang difikirnya. Namun, Tomoya punya pendirian teguh.

“Tomoya….” Kotomi mula bersuara kembali setelah mereka melangkah keluar dari rumah pangsa itu.

“Hmm….” Tomoya berpaling ke arah Kotomi. Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh isterinya itu. Kotomi tersenyum kecil.

“Tomoko….”

Bicara pendek Kotomi mengejutkan Tomoya. Tomoya kaku sebentar, dan kemudiannya dia memeluk Kotomi. Dia memeluk dengan sepenuh perasaannya – sayang, kesyukuran dan segala-galanya…….

Teman-teman sekolah lamanya menunggu di sebuah restoran, menanti Tomoya dan isterinya, untuk majlis sambutan, hari jadi Kotomi….

Leave a comment