November 2009


Di sini terdapat satu permainan ONLINE yang agak menarik untuk anda pilih bermain pada musim cuti sekolah, cubalah daftar dan ikut manual permainan tersebut. Jangan bimbang, permainan ini percuma!

Tales of Pirates Online

Sudah hampir setahun saya mengelola laman ini dan jumlah pelawat ke laman sesawang saya ini hampir sekali mencecah angka lima belas ribu (ketika saya menulis, angkanya masih lingkungan empat belas ribu lebih).

Oleh yang demikian, saya akan memaklumkan aktiviti khas iaitu pertandingan mencipta karya untuk peringkat menengah (1-3) dan rendah (2 kategori).

Jangan lepaskan peluang! Hadiah menarik menanti anda!

Arikian usahanya,
Bertekad dan berusaha,
Tatkala si guru memerah,
Kudrat kerdil miliknya,
Dan sedikit doa,
Keredaan majlis ilmunya.

Swadayamu itu,
Meruntun hati guru,
Lantaran keberkatan isian,
Yang menyerikan benakmu,
Menongkah maju,
Di titian medan pena.

Sekalipun akan kautinggal,
Si guru masih menadah,
Kegemilanganmu kelak,
Biar jauh nun di sana,
Hatta akan mudik juga,
Azimat doa itu.

Gurunya berdoa sepi,
Muridnya melatar pengetahuan,
Titik peluh dan tawakal,
Dan mereka sama-sama tertawa ria,
Kejayaan murid,
Yang membahagiakan,
Mereka bergelar guru.

HN Harima

 

Patriotisme didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan bersedia berkorban deminya. Sebagai rakyat, nilai ini harus dipupuk sebagai tanda kasih dan setia pada negara tercinta,

Antara kepentingan patriotisme ialah mampu mewujudkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. Hal ini demikian kerana kesedaran mengenai kemajuan dan kemakmuran negara dapat dipupuk dalam setiap jiwa rakyat.

Tambahan pula, semangat ini perlu ada bagi memartabatkan kedaulatan negara. Rakyat yang berjiwa patriotik akan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Seterusnya, patriotisme memangkinkan hati rakyat untuk  menyumbangkan jasa kepada negara. Banyak pencapaian di peringkat antarabangsa telah dikecap oleh anak tempatan semata-mata kerana cinta akan negara.

Konklusinya, patriotisme mampu menjana wahana rakyat untuk mencapai visi negara, iaitu wawasan 2020.