HAIRISME CREATIVE

GERAK GEMPUR BAHASA MALAYSIA

———————————————————

‘LEARNING TO SCORE 2009’

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MALAYSIA

Kertas 1

50 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan yang disediakan.

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang

disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 10

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.      Baju yang dipakai oleh pemuda itu kelihatan  ___________

A kumal                B kumai                       C kusam                      D kersang

2.      Makanan yang dimasak oleh ibu itu sangat ___________ kerana dicampurkan pelbagai macam bahan.

A muai                  B suai                          C rencam                     D rencah

3.      Polis berjaya ___________ demontrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu.

A meleraikan                     B membantutkan         C membubarkan          D membolehkan

4.      Pembinaan kilang di kampung ini secara tidak langsung ___________ peluang pekerjaan kepada para belia.

A memain                          B memula                    C menyentuh               D membuka

5.      Encik Mazlan mendapat ____________ daripada pihak polis kerana telah bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya peragut bersiri.

A. pengiktirafan                                        B. penghargaan

C. penghormatan                                       D. penganugerahan

6.      Ibu bapa perlu mengawasi kegiatan luar anak-anak secara ___________ agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing.

A semua                B menyeluruh              C bersatu                     D ikutan

7.      Usaha kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah atas ___________ tentang pentingnya kesejahteraan yang sama rata antara penduduk di Malaysia.

A kemahuan          B kejayaan                  C kesedaran                D keinginan

8.      Apabila saya mempunyai wang, saya akan ___________ kawan-kawan.

A belanja               B membelanjakan        C membelanjai            D memperbelanja

9.      Sikapnya yang jujur dan ___________ disenangi oleh semua pekerja di syarikat itu.

A berhemat           B berhormat                C berhemah                 D berbudi

10.  Kambing-kambing yang sedang ___________ itu dikejar oleh anjing liar.

A bergelimpangan                                     B berkeliaran

C bertempiaran                                          D bergayutan

Soalan 11 hingga Soalan 20

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

11.  Kami akan saling membantu dan berkongsi (A) maklumat untuk membenteras (B) kejadian kecurian kenderaan yang berlaku dengan leluasa (C) ini. Tiada kesalahan(D)

12.  Perbincangan itu berlangsung dengan (A) semangat kekitaan yang diharap (B) dapat memacu (C) pertumbuhan ekonomi negara. Tiada kesalahan(D)

13.  Pada zaman gawat (A) seperti ini, kaum belia patut merebut apa (B) peluang pekerjaan yang ada (C). Tiada kesalahan

14.  Ramai bekas pelajar-pelajar (A) hadir dalam majlis (B) makan malam yang dianjurkan(C) oleh Persatuan Mahasiswa Perak. Tiada kesalahan(D)

15.  Sokongan perpaduan (A) yang diberikan oleh para (B) pekerja merupakan faktor utama kejayaan Datuk Hisham dalam (C) dunia perniagaan. Tiada kesalahan(D)

16.  Amni membatalkan (A) hasratnya untuk membeli baju itu kerana (B) harganya amat (C) mahal sangat. Tiada kesalahan(D)

17.  Azra tidak menyenangi (A) sikap kakaknya yang (B) suka mencampuri urusan (C) peribadinya. Tiada kesalahan(D)

18.  Encik Usman selalu mengirimkan (A) anaknya wang bagi (B) menampung belanja persekolahan (C) anaknya itu. Tiada kesalahan(D)

19.  Dia tidaklah setinggi (A) seperti abangnya yang (B) sulung itu (C). Tiada kesalahan(D)

20.  Wakil rakyat itu berjanji akan melaksanakan (A) pelbagai projek (B) dan sentiasa mengambil berat terhadap (C) kesejahteraan rakyat. Tiada kesalahan(D)

Soalan 21 hingga Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

21.  .

I.       Atap rumah banglo itu diperbuat daripada genting yang diimport dari luar negara.

II.    Hubungan antara kedua-dua buah negara itu semakin genting dan bila-bila masa sahaja boleh meletuskan persengketaan.

III. Tali itu sudah genting dan tidak sesuai lagi dijadikan tali timba.

IV. Campur tangan daripada ibu bapa akan genting lagi hubungan suami isteri itu.

A I dan II sahaja                           B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D II, III dan IV sahaja

22.  .

I.       Pendidikan agama dan pengalaman ialah faktor utama dalam bentuk akhlak seseorang itu.

II.    Ahli kaji purba telah menemui bongkah batu kapur yang pelbagai bentuk di dalam gua itu.

III. Acuan simen itu telah berjaya saya bentuk selepas ditunjuk ajar oleh tukang simen.

IV. Bentuk bangunan itu sungguh unik.

A I dan II sahaja                           B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D II, III dan IV

23.  .

I.       Para pelajar mendengar ucapan daripada pengetua semasa perhimpunan.

II.    Pembahas daripada barisan pembangkang itu sungguh petah berhujah.

III. Bangku yang diperbuat daripada batu itu tahan lama.

IV. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.

A I, II dan IV sahaja                    B II, III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D I, III dan IV sahaja

24.  .

I.       Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat.

II.    Kegiatan ko-kurikulum memberi banyak faedah kepada pelajar.

III. Kerani itu memberi saya dua helai borang untuk diisikan.

IV. Seluar saya asyik terlodeh kerana getahnya sudah memberi.

A I dan II sahaja                           B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D II, III dan IV sahaja.

25.

I.       Menyauk ikan merupakan aktiviti yang penting apabila berkunjung ke di sungai.

II.    Danny sempat menyauk pinggang adiknya yang hampir jatuh ke dalam sungai.

III. Pemain pertahanan pasukan itu menyauk kaki pemain lawan dari arah belakang.

IV. Apabila berlaku bencana alam, ada-ada sahaja orang yang datang menyauk barang-barang mangsa.

A I, II dan III sahaja                    B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja                  D I, II, III dan IV

Soalan 26 hingga Soalan 30

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

26.  Pasukan bomba dan penyelamat daerah telah bertindak ganas dan berusaha mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan.

A bertindak pantas dan berjaya mengawal

B bergerak cepat dan berjaya melawan

C bergerak segera dan pantas membendung

D bertindak ganas dan berusaha mengawal

27.  Sebanyak 98 murid miskin negeri ini telah mendapat bantuan basikal tahun ini bagi memastikan beban ibu bapa berkurangan menyara persekolahan anak-anak.

A menyokong ibu bapa mengurangkan beban

B menolong ibu bapa membeli basikal

C membantu ibu bapa mengurangkan beban

D memastikan beban ibu bapa berkurangan

28.  Pak Ngah Zahari menceritakan tentang pengalaman pahitnya semasa menjadi buruh paksaan tentera Jepun.

A bercerita tentang pengalaman pahit

B menceritakan mengenai pengalaman pahitnya

C bercerita tentang pengalaman pahitnya

D menceritakan tentang pengalaman pahitnya

29.  Penghalusan seni bertenun songket Terengganu telah menarik perhatian pelancong-pelancong itu.

A Kehalusan seni tenunan songket

B Kehalusan seni menenun songket

C Penghalusan kesenian tenunan songket

D Penghalusan seni bertenun songket

30.  Pembacaan yang meluas tentang pelbagai bidang dapat mempertajamkan pemikiran kita

A menajam pemikiran

B menajamkan lagi fikiran kita

C mempertajam pemikiran kita

D mempertajamkan pemikiran kita

Soalan 31 hingga Soalan 36

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

31.

I.       Datuk Badrul Hisham akan merasmikan pembukaan Dewan Kayangan pada malam ini.

II.    Kedua-dua pelajar itu didenda oleh Pengetua kerana dia menconteng dinding dewan.

III. Kami memang tidak faham akan maksud kata-kata Zafran tadi.

IV. Semua kanak-kanak istimewa itu terhibur oleh pelbagai acara yang diadakan bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia.

A I dan IV sahaja                         B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja                       D I, III dan IV sahaja

32.

I.       Alatan elektrik dirosakkan apabila bekalan elektrik terlebih voltan.

II.    Pusat peranginan di tanah tinggi itu belum saya kunjungi lagi.

III. Kelab Golf Awana Kijal menyediakan banyak kemudahan kepada ahlinya.

IV. Nenek Kumar mundar-mandir di halaman rumah sewaktu memerhatikan cucunya bermain.

A I dan III sahaja                         B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D II, III dan IV sahaja

33.

I.       Negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain.

II.    Akan kita hadiri majlis kenduri kesyukuran itu.

III. Raja yang kami sanjungi bersemayam di istana yang indah itu.

IV. Ensiklopedia yang kamu cari itu ada pada kakak saya.

A I dan IV sahaja                                     B II, III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D I, III dan IV sahaja

34.

I.       Oleh kerana kehidupannya terdesak, dia terjebak dalam dunia jenayah.

II.    Jika sekiranya masalah itu berlarutan, kami terpaksa mengambil tindakan yang keras.

III. Beratus-ratus haiwan ternakan mati sebagai akibat banjir besar yang melanda negara kita baru-baru ini.

IV. Dia akan menjawab surat tunjuk sebab itu sama ada hari ini atau esok.

A I dan II sahaja                           B II dan III  sahaja

C I dan III sahaja                          D III dan IV sahaja

35.

I.       Dia tidak pernah menentang kerajaan justeru dia sentiasa menyokong penuh usaha pihak berkuasa itu.

II.    Ali tidak boleh hadir ke majlis perkahwinan Ahmad kerana terlalu sibuk dengan tugasannya.

III. Saya berharap supaya dapat mempelajari seni mempertahankan diri.

IV. Tahni berasa amat pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu.

A I dan IV sahaja                                     B II, III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja                     D I, III dan IV sahaja

36.

I.       Anak lelaki Torres telah diperisterikan dengan seorang model yang ternama.

II.    Tingkatkan semangat patriotisme dalam diri masing-masing.

III. Ahli saintis merupakan tonggak utama bagi semua institusi kajian sains.

IV. Dia melontarkan lembu itu dengan seketul batu sebelum melarikan diri.

A I sahaja                                      B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja                     D II, III dan IV sahaja

Soalan 37 hingga Soalan 40

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

37.  Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel tetapi dia tidak suka menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini dikatakan

A bagai haruan makan anak

B seperti ikan pulang ke lubuk.

C bagai cembul mendapat tutupnya.

D seperti harimau menyembunyikan kukunya.

38.  Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas.

A. Bagai pinang dibelah dua

B. Bagai bulan dipagar bintang

C. Bagai sirih pulang ke gagang

D. Bagai menatang minyak yang penuh

39.  Pak Tam dikenali sebagai tokoh mahaguru silat yang terkenal tetapi beliau tidak berminat untuk mencurahkan ilmunya kepada anak-anak muda dikampungnya. Sikap beliau itu laksana

A api dalam sekam.

B kacang lupakan kulit.

C pokok yang tidak berbuah.

D rumput di tepi jalan.

40.  Tabiatnya yang suka memburuk-burukkan ahli keluarganya akhirnya memalukan dirinya sendiri, sepertilah

A.    Marahkan nyamuk, kelambu dibakar

B.     Menepuk air di dulang

C.     Buka pekung di dada

D.    Mencencang air

KERTAS SOALAN TAMAT

7 Responses to “Soalan Ujian”

  1. qistina Says:

    cikgu kumal tu apa?

  2. Harima Says:

    Kumal ialah renyuk (untuk kertas) atau berkedut (untuk pakaian atau kain), jadi jawapan untuk nombor satu ialah A.

  3. alley Says:

    bolehkah saya mendapatkan jawapan untuk kertas ini?

  4. nabilah Says:

    slm, ckgu..
    boleh tau x apa mksd keempat-empat jawapan untuk soalan dua??

  5. sulin Says:

    slm. cikgu
    Bolehkah saya minta jawapan untuk kertas ini?

  6. hakim Says:

    saya pun nak

Leave a comment