October 2009


Hutan yang terdapat di Malaysia dikatakan tertua di dunia. Salah satu langkah mengekalkan hutan tersebut ialah mengadakan sistem hutan simpan.

Antara  kepentingan mengadakan hutan simpan adalah untuk melestarikan habitat haiwan liar yang semakin terancam. Hal ini demikian kerana sistem hutan simpan membolehkan hutan-hutan yang ada tidak diterokai atau ditebang kerana dilindungi undang-undang.

Tambahan pula, kewujudan hutan simpan di Malaysia mampu menjadi pusat rekreasi dan riadah. Di samping mampu memupuk semangat cinta akan alam, kita dapat menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti lasak di hutan.

Seterusnya, keunikan hutan simpan dapat dijadikan aset penting dalam menggalakkan sektor pelancongan. Hutan-hutan simpan di Malaysia mampu menarik minat pelancong asing terutamanya untuk melihat ribuan spesies flora dan fauna yang terdapat di sini.

Konklusinya, hutan simpan di negara kita haruslah dikekalkan untuk tatapan generasi yang akan datang.

Wahai, pembaca sekalian! Selamat bercuti kepada anda!

Untuk kemaskini baru blog kali ini :

– Bab ke 6 – Novel Akhiran Kotomi.

kotomi

Si hari yang culas,
Mengamit sentimen,
Entiti lancung.
Mewara-warakan siasah,
Konklusi yang tak pasti…

Si hari yang culan,
Memasak hakiki realiti,
Membunuh titik-bengik,
Untuk seungkai hidup,
Ironi semalam…..

Maka si hari ini,
Kau pilih dan mara,
Si hari culas atau culan,
Binasa atau membina,
Hari esok….

Salam. Kepada pelajar saya di Pusat Tuisyen Ceria Maju – Kawasan Cheras, sila ambil soalan ramalan di sini. Pastikan anda berada dalam perhatian menantikan soalan hangat yang bakal keluar! Adios.

Klik di bawah

Bengkel Bahasa Melayu

P/S : LIHAT PADA LAMAN BAWAH SUDUT PMR!