Rujukan

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Teknologi komputer semakin berkembang sejak kebelakangan ini. Beberapa tahun yang lalu, kita hanya dapat membaca daripada monitor komputer. Kini, kita diperkenalkan kepada suatu dunia baru maklumat dan bunyi yang menarik.

Multimedia merupakan suatu teknologi yang menggabungkan teks, bunyi, grafik, video dan animasi dalam satu persembahan. Hal ini bermakna kita dapat membaca, mendengar dan melihat program-program yang menarik melalui komputer kerana komputer mempunyai kesemua ciri ini yang dibina di dalamnya.

Teknologi komputer yang canggih ini telah banyak memberikan manfaat kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Manusia menjadi lebih produktif sejak multimedia diperkenalkan. Contohnya, para penceramah lebih cenderung menggunakan komputer buku untuk menyampaikan mesej. Penggunaan kertas semakin berkurangan kerana mereka lebih cenderung menggunakan komputer yang menjimatkan masa, berkesan, meyakinkan dan tepat serta mudah dibawa ke mana-mana.

Dalam bidang pendidikan, multimedia digunakan sebagai satu kaedah mengajar. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih berkesan apabila multimedia digunakan sebagai alat pembelajaran. Hal ini merupakan cara yang lebih interaktif untuk mengguna sepenuhnya deria seseorang manusia.

Selain itu, manusia dapat berkomunikasi melalui internet dengan menggunakan multimedia. Hal ini telah menyebabkan kemunculan persidangan video. Seseorang pemimpin dapat berinteraksi secara langsung dengan masyarakat tanpa meninggalkan pejabatnya. Kemudahan ini hanya diperoleh menggunakan multimedia dan internet.

Sesungguhnya multimedia telah membuka pintu kepada akses yang tidak terhingga bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna. Kita bukan sahaja memperoleh pelbagai maklumat yang berguna menerusi kecanggihan teknologi tersebut tetapi juga terdapat pelbagai program berbentuk permainan, pelajaran, hiburan dan banyak topik yang menarik hanya dengan satu “klik” pada tetikus komputer.

1

Apakah keistimewaan multimedia?

A

memudahkan pengguna untuk mempelajari komputer

B

teknologi komputer yang terkini dan paling canggih.

C

membolehkan pengguna berkomunikasi melalui internet.

D

menggabungkan teks, bunyi, grafik, video dan animasi dalam satu persembahan.

2

Apakah sumbangan multimedia dalam bidang pendidikan?

A

membantu guru mengawal aktiviti murid

B

menyediakan banyak topik untuk dipelajari

C

membantu murid memahami sesuatu perkara dengan berkesan

D

menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah

3

Yang berikut merupakan sebab penceramah cenderung menggunakan multimedia untuk menyampaikan sesuatu mesej kecuali…

A

menjimatkan masa.

B

menarik minat pendengar.

C

mengurangkan perbelanjaan.

D

mengurangkan penggunaan kertas.

4

Seorang pemimpin dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sejawatnya dari luar negara dengan lebih berkesan menerusi…

A

persidangan video.

B

perbualan telefon.

C

penghantaran mel udara.

D

pesanan maklumat ringkas.

5

Perkataan cenderung dalam petikan bermaksud…

A

yakin

B

mampu.

C

berminat.

D

gembira.

5 Responses to “Contoh Pemahaman”

  1. Wan Muhammad Mirza Azizi Says:

    1.D 2.C 3.B 4.A 5.C

  2. Harima Says:

    Jawapannya ialah :
    1. D
    2. C
    3. C
    4. A
    5. C

    Salah satu!

    1. Wan Muhammad Mirza Azizi Says:

      k la jugak !

  3. ezmie Says:

    1.d
    2.c
    3.a
    4.c
    5.c

  4. Nur Athirah Says:

    pandai juga korang kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s