September 2013


Pelajar semakin meminati mesej pesanan ringkas (SMS) dalam komunikasi mereka.

Jelaskan kebaikan penggunaan sms ini.

Mesej pesanan ringkas (sms) dilihat sebagai cara berkomunikasi yang diminati oleh pelajar kita. Contohnya, sms ini boleh dihantar menggunakan komputer, telefon bimbit dan tablet. Sebenarnya, teknologi ini ada banyak kebaikan apabila diamalkan oleh pelajar.

Faedah utama menggunakan sms ialah kos perbelanjaan pelajar menjadi lebih murah. Pelajar mengetahui bahawa kos bercakap menerusi telefon bimbit jauh lebih mahal berbanding menghantar sms yang mudah lagi cepat itu. Lantaran itu, pelajar lebih suka menghantar sms kerana kosnya lebih rendah.

Selain itu, pelajar boleh berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Kekerapan menghantar sms boleh merapatkan hubungan dengan ibu bapa dan rakan juga. Jelaslah, sms yang digunakan itu boleh menjadikan interaksi pelajar dengan ibu bapa dan rakan bertambah baik.

Tambahan pula, pelajar yang bijak menggunakan sms boleh memperoleh pelbagai informasi yang berguna. Remaja menjadikan sms sebagai alat komunikasi untuk mengetahui kerja rumah, masa cuti, dan pelbagai kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka. Maka, pelajar yang menggunakan sms dalam hidupnya akan memiliki pelbagai maklumat yang berguna pula.

 
Kesimpulannya, semua faedah tadi memang boleh diterima apabila pelajar menggunakan sms dengan kerap. Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya penggunaan sms ini dikawal oleh pihak ibu bapa. Peribahasa nasi menjadi bubur mengingatkan kita bahawa isu ini harus ditangani dengan bijak sebelum menjadi negatif pula.

 

 

 

 

Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama ialah di rumah Badri iaitu ibu Badri, Mak Siti menyediakan sarapan untuk keluarganya.

Selain itu, di kompleks beli belah iaitu tempat Shahrul, Kumar, dan Meng Kong melepak selepas selesai sesi persekolahan dan pada hujung minggu.

Akhir sekali, ialah di kedai Encik Tan, ayah Meng Kong iaitu peristiwa Meng Kong mencuri telefon bimbit di stor kedai ayahnya untuk dijual kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Meng Kong datang ke kedai ayahnya pada setiap hari Sabtu.

 

 

Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya.

Selain itu, masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.

Akhir sekali ialah masyarakat yang rajin belajar. Contohnya, Badri, Siew Mei, dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Setiap buku dijual hanya RM 5.00 sahaja!

DSC_0562DSC_0566

U mad bengkelFokus tahun 2013

1. Latar (masa, tempat dan masyarakat)

2. Pengajaran

FOKUS UTAMA KARANGAN PMR (SOALAN PILIHAN)

 

  1. Peranan ibu bapa (keluarga/ institusi kekeluargaan) terhadap anak-anak
    1. Dalam memupuk semangat perpaduan (kejiranan/hidup bermasyarakat)
    2. Dalam memupuk semangat patriotik (cinta akan negara)
    3. Dalam membentuk kejayaan/kecemerlangan
    4. Dalam membentuk keluarga bahagia (impian/harmoni)
    5. Dalam menjamin kesihatan (ISU TAHUN LEPAS)
    6. Dalam mendidik sahsiah dan disiplin (ISU REMAJA)
    7. Memupuk amalan berfaedah (mengisi masa lapang – sukan/membaca)

 

  1. Masalah remaja (juga berkaitan peranan keluarga).
    1. Lari dari rumah (ISU TAHUN LEPAS)
    2. Pembuangan anak

 

  1. Penggunaan teknologi maklumat – Telefon bimbit, SMS, Jalur lebar dan internet.

 

  1. Peranan masyarakat
    1. Dalam isu remaja – (gejala sosial)
    2. Perpaduan – (kejiranan/perkauman)

 

  1. Melindungi alam sekitar – hutan simpan, pencemaran dan bencana alam.

 

  1. Warisan dan gaya hidup tradisional – Kepentingan dan langkah melindunginya
    1. Permainan tradisional
    2. Tempat-tempat bersejarah
    3. Mata pelajaran Sejarah (ISU TAHUN LEPAS)

 

  1. FORMAT : Laporan (NOTA: topik ini juga boleh dikaitkan dengan karangan keperihalan iaitu pengalaman pelajar)
    1. Hari sukan/ kokurikulum
    2. Bulan bahasa/kemerdekaan
    3. Program gotong-royong

 

  1. OKU – Orang kelainan upaya (ISU TAHUN LEPAS)
    1. Langkah membantu
    2. Cara menghormati mereka

Menangani masalah diskriminasi