Definisi

Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor klimatologi atau faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan keadaan semulajadi muka bumi (Balek 1983).

Isi Penting

  1. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujan lebat yang luar biasa dan keadaan bentuk topografi yang rendah dan beralun di kawasan kajian adalah penyebab utama banjir.
  2. Banjir biasanya disebabkan sama ada oleh hujan yang berterusan menyebabkan kuantiti yang lebih besar daripada biasa atau air sungai yang melimpah ke tebing sungai ataupun daripada kedua-duanya sekali (Balkema et al. 1993; Schulz et al. 1972).
  3. Keadaan kawasan sungai di perbandaran yang didasari oleh tanah liat yang bersifat tidak telap air, cepat tepu dan kurang menyerap air, jika berlaku hujan lebat akan menyebabkan air sungai cepat melimpah ke tebing (Smith & Ward 1998).
  4. Muhd. Barzani Gasim et al. (2007) mengenal pasti banjir yang berlaku di Dungun, Terengganu adalah disebabkan oleh empat faktor: iaitu curahan hujan yang tinggi, aliran sungai yang perlahan, luruan laut ke arah darat, dan halaju dan hala tiupan angin ke daratan. Fenomena di atas adalah kesan daripada beza pasang surut yang agak besar di kawasn pantai timur.
  5. Luruan sejuk yang berpunca daripada tekanan tinggi di Siberia telah menyebabkan penguatan kelajuan angin timur laut di Laut China Selatan dan seterusnya menguatkan penumpuan serta ricihan angin siklonik di rantau ini.
  6. Banjir banjir besar yang wujud sebagai kesan pertembungan di antara aliran sungai yang perlahan dengan berlakunya pasang maksimum yang juga berlaku pada masa tersebut.

Soalan:Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapalah yang harus menjadi tunggak atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Sebagai persoalannya, apakah peranan-peranan yang dimainkan oleh ibu bapa agar amalan membaca ini mampu dipupuk dalam jiwa anak-anak mereka ini?

Salah satunya ialah, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Dalam konteks ini, mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka. Buktinya, luang masa membaca bersama-sama anak-anak mereka pada musim cuti atau hujung minggu dengan berkunjung ke perpustakaan. Fokusnya, contoh yang diberikan oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasinya?

Selain itu, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak mereka. Secara umumnya, bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Misalnya, jangan bersikap kedekut untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan secara berkala, bukannya hanya melepaskan batuk di tangga. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka.

Seterusnya, didikan dari kecil harus diutamakan dalam memupuk amalan membaca. Sesungguhnya, minat dan bakat boleh diasah sejak kecil kerana ketika ini, mereka mudah dibentuk dan lebih mendengar kata. Sebagai contoh, bacalah buku-buku cerita sebelum anak-anak ini tidur kerana dengan cara ini, mereka akan terdedah dengan amalan membaca. Fokusnya, tabiat sedemikian akan menjadi amalan harian anak-anak dan mereka sendiri juga akan mewariskan perbuatan sama pada pewaris mereka pula suatu hari nanti.

Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kerana membaca jambatan ilmu.

Teks Pengacara Seminar Kemuncak SIMPLE di UM, 4 Disember 2011.

Pengacara Majlis : Norhairie Nordin

Perkara Berkaitan

Teks dan Ucapan

Awal majlis

(Mengawal Audien)

Diminta semua hadirin mengambil tempat masing-masing sementara menantikan para tetamu jemputan dan penceramah tiba. Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai.

8.00am – 8.15am

Ucapan pembukaan & Kata Alu-aluan

Perhatian

  • Protokol Majlis (kata alu-aluan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Menyatakan kesyukuran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Ucapan daripada ketua projek.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Ucapan Perasmian dan penutup

 

 

 

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat , dif-dif jemputan dan penceramah yang diraikan. Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka dan tidak lupa juga kepada hadirin-hadirat yang diutamakan sekalian.

Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung, Penaung Program SIMPLE merangkap pengarah urusan ERA Learning Lab Sdn. Bhd.

Yang Berbahagia, Encik Lim Teck Hoe, Pengarah Eksekutif The Switch merangkap penceramah profesional pada pagi yang mulia ini.

Yang Berbahagia, Tengku Faizwa Tenku Razif, Pengarah Eksekutif The Switch.

Yang Dihormati, Datin Noorul Aini bte Ambak, Pengetua SMK Perempuan Sri Aman.

Yang Dihormati, Pn. Aisah Bt Sidan, Pengetua SMK Bukit Jelutong.

Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim, Ketua Program SIMPLE.

Tetamu-tetamu undangan, guru-guru kaunselor, ibu bapa, murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

Sirih berlipat bersama pinang,

Pinang berasal Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Yang pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita dipertemukan di dalam majlis yang serba indah dan moga diberkati ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini merupakan acara kemuncak bagi program SIMPLE yang telah dijalankan di seluruh sekolah di Selangor. Menjadi kebanggaan bagi pihak majlis untuk kita sama-sama berada di sini berkongsi lagi ilmu dan pengetahuan yang besar nilainya.

Dayung sampan dulu-duluan,

Singgah berlabuh di Tanjung Jati;

Ucapan sebagai alu-aluan,

Mari tuan sama-sama amati.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim, selaku Ketua Program SIMPLE untuk menyampaikan ucapan alu-aluan serta mengimbau nostagia perjalanan program SIMPLE ini. Dengan   segala hormatnya, dipersilakan.

Kapal berlabuh di Kuala Rengit,

Semat jerami di Sungai Muar,

Tuan umpama bulan di langit;

Dapat kami menumpang sinar.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada Puan Salbiah Salim atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi. Tanpa beliau, program ini tidak mungkin segah pada pagi mulia ini.

 

Dari Melaka pergi ke Serdang,

Singgah sebentar di Bukit Serindit;

Tuan umpama bintang gemilang,

Titipkan amanat barang sedikit.

Kini, saat dinanti-nantikan sudah tiba. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar SIMPLE 2011 ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berbahagia, Encik Ding Sing Lung kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar SIMPLE. Tanpa idea dan sokongan daripada beliau, sudah pasti majlis sebegini hanyalah mimpi semata-mata.

8.15am – 8.30am

Ice Breaking

Banyak madah antara madah,

Madah bersinar kita ungkapkan,

Aluan sudah, pembuka sudah,

Kini seminar kita mulakan.

Dengan penuh berbesar hati, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe, Penceramah Profesional yang berkarisma ini untuk mempersembahkan keunggulan beliau sesuai dengan matlamat majlis pada hari ini.

 

 

 

8.30am – 10.00am

SECTION 1

10.00am – 10.15am

Jamuan ringan

Selesai sudah bahagian pertama program SIMPLE ini. Semoga hadirin dan hadirat sekalian dapat mencedok pengetahuan berguna daripada beliau.

Jauh sudah kami melancong,

Singgah bertamu di tepi pekan,

Perut sudah mula keroncong,

Marilah berjamu kami sediakan.

Para jemputan dan dif kehormat akan diiringi pembantu majlis sementara hadirin yang lain, harap mengikuti arahan diberikan oleh para petugas ERA.

 

 

10.15am – 10.30am

Sejarah ERA

Alat tradisional orang penarik,

Gendang gendut tali kecapi.

Juadah dinikmati harap menarik,

Kenyang perut senang hati.

Seterusnya, majlis mempersembahkan program seterusnya, pengimbauan semula sejarah ERA Training Lab yang telah meranjaui liku-liku cabaran sebelum mencapai kejayaan. Sama-sama kita saksikan.

10.30am – 12.00pm

SECTION 2

Rancik-rancik si kayu sugi,

Sunnah nabi jaga kebersihan,

Encik Lim datang lagi,

Berkongsi ilmu madah pengetahuan.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua program pada hari ini. Dengan penuh hormatnya, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe.

12.00pm – 12.15pm

Penyampaian  Sijil

Terima kasih kepada Encik Lim Teck Hoe kerana sudi berkongsi maklumat dan ilmu untuk sesi pertama seminar ini. Untuk tentatif seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput  Tengku Faizwa Tenku Razif, diiringi Encik Ding Sing Lung dan Puan Salbiah untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Semua peserta diminta bersedia untuk naik ke pentas bagi menerima sijil masing-masing.

 

12.15 – 1.30pm

Makan Tengahari

Balut-balut si daun jamu,

Pahitnya kepalang untuk kesihatan,

Puas sudah menilik ilmu,

Kini tibalah juadah kudapan.

Sekali lagi kami menjemput tetamu dan dif kehormat diiringi oleh pembantu acara untuk menikmati makan tengah hari. Untuk semua hadirin hadirat yang lain, minta bertenang dan ikut arahan yang diberikan.

1.30pm – 3.00pm

SECTION 3

Pancing tebingan anak ruan,

Kail terlepas jauh berenang,

Harap hidangan enak sajian,

Hati puas kami pun senang.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi ketiga, iaitu sesi seterusnya seminar kemucak SIMPLE. Dengan bangganya, majlis menjemput Encik Lim Teck Hoe untuk memulakan ceramahnya.

3.00pm – 3.15pm

Jamuan ringan

Terima kasih Encik Lim sekali lagi kerana sudi berkongsi dan menyampaikan pengetahuannya yang penuh bermakna ini.

Majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu dan dif kehormat untuk menikmati jamuan ringan diiringi pembamtu majlis. Seperti biasa, harap kerjasama pihak hadirin dan hadirat yang lain mematuhi arahan diberi.

3.15pm – 3.30pm

Sesi Bergambar

Intai padi antara tampak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan dengan sesi bergambar yang diadakan oleh pihak majlis. Sila beri kerjasama dan mengikut arahan yang telah diberikan.

3.30pm – 5.00pm

SECTION 4

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh setiap hadirin yang sudi bergambar dan berkongsi memori bersama. Tanpa melengahkan masa, pihak majlis meneruskan acara terakhir sebelum majlis penutup untuk hari ini. Dijemput dengan segala hormatnya, Encik Lim Teck Hoe untuk meneruskan agenda majlis pada hari ini.

 

Penutup

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya persembahan mantap Encik Lim Teck Hoe itu sebentar tadi, menandakan sampai di sinilah sahaja majlis kita pada hari ini. “Masa memang mencemburui kita”. Oleh yang demikian. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap semoga perpisahan ini bukan selamanya kerana jika dizinkan-Nya, dapat kita berjumpa pada masa akan datang.

kalau ada sumur di ladang,

boleh hamba menumpang mandi,

kalau ada umur yang panjang,

bolehlah kita berjumpa lagi.

Saya mewakili pihak penganjur mengharapkan segala kesilapan, terkasar bahasa dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dapat dimaafkan. Sesungguhnya kami daripada pihak ERA hanyalah hamba kepada yang Maha Sempurna. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.