PAPA (Akhirnya Kau Tewas Jua!)

(Deana Yusof)

Sinopsis 

 

Bab 1

Julia sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini didapur dan terlihat akan keintiman mama dan papanyadi kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Diamenyatakan  perasaan kurang senangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya yang dirasakan berlebih-lebihan.

 

Bab 2

Hari itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya,dia pulang bersama-sama dengan mamanya yang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh papanyakerana kurang sihat dan dibawa ke hospital. Mama danpapanya pulang dari hospital dengan gembira. Jusangat gembira apabila mendapat tahu bahawamamanya mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbang kerana dia tahu bahawa mama pernahmengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.

 

Bab 3

Julia terdengar perbualan mama dengan Mak CikNoraini yang menyarankan mama supayamenggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidakakan menggugurkan kandungannya tambahan pulapapa sangat menginginkan anak lagi. Dia relaberkorban untuk papa yang dikasihinya. Petang itu,Julia mengajak papanya bermain tenis. Papanyamenolak kerana penat. Julia mahu mengajak mamanyapula tetapi dilarang kerana mama sedang mengandung.Akhirnya, papanya mengalah dan bersetuju untukmenemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, adaseorang gadis menyapa papa. Papanyamemperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagaipelajarnya yang bernama Aisyah. Mereka minumbersama. Julia kurang senang serta bimbang papanyaakan terpikat kepada pelajarnya itu.

 

Bab 4

Julia  dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun kekereta. Dia memberitahu mamanya bahawakelewatannya disebabkan rakannya meminjam notageografinya. Pada masa yang sama, Cikgu suziemenumpang kereta mama ke bengkel kerana keretanyarosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie menyatakankebimbangannya terhadap kandungan mama akibatpengalaman kandungan mama yang terdahulu. Mamaagak tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suziebahawa dia amat menyayangi suaminya dan bersediauntuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.

 

Bab 5

Mama menyatakan kebimbangannya kepada papaseandainya pengalaman lalu berulang  ketika diamelahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama.Julia kurang senang melihat cara papanya. Juliabertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak CikNoraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznyahanya sebesar anak kucing, sering menangis, dan sukardijaga kerana Julia tidak mahu minum susu formulaketika itu.

 

Bab 6

Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selainitu, dia juga sering menumpang kereta papa untukpulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hatipapanya agar berkahwin lagi. Papa memberitahubahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidakmahu menduakan mama yang dikasihinya.

 

Bab 7

Julia telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untukmelahirkan anak pula semakin hampir. Doktor telahmemberitahu bahawa mama mengandungkan anakkembar. Papa sangat gembira. Dia telah membeli duabuah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik Norainimenegur perbuatan papa tetapi tidak diendahkan olehpapa. Sewaktu mama mahu melahirkan, Juliadikejutkan oleh papa supaya membantunya untukmembawa mama ke hospital. Papa membawa mama keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Papalebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding dengan hospital swasta walaupun jaraknya agak jauh.Ketika disorong ke bilik bersalin, mama memintaampun daripada  papa.

 

Bab 8

Julia, papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilikbersalin. Mama mengalami komplikasi dan memerlukanpembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemuipapa dan memberitahu mama telah melahirkan anakkembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggaldunia sebelum dilahirkan. Doktor juga memberitahupapa bahawa mama koma kerana terlalu lemah dankehilangan banyak darah. Papa menamakan adik Juliadengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah merekadikebumikan di tanah perkuburan berhampiran denganrumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untukmendapatkan anak lagi telah menyebabkan hal iniberlaku.

 

Bab 9

Selepas kelahiran itu, mama koma dan dirawat dihospital. Sejak itu, Julia pulang dari sekolah denganpapanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharubernama Rasylan. Daripada reaksi yang ditunjukkan,Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu petang,Rasylan menyatakan bahawa dia ingin mengajak Juliake perpustakaan. Namun begitu, Julia menolak keranadia terpaksa mengikut papanya ke hospital.

 

Bab 10

Julia dan papanya melawat mama di hospital. CikguSuzie turut serta. Mama masih di wad ICU. Sewaktu dirumah, Julia melihat album perkahwinan mama danpapanya. Dalam album tersebut terselit surat papa yang menyatakan kasih sayang dan penghargaannya kepadamama. Dalam bab ini juga dinyatakan kisah Mak CikNoraini yang juga sepupu papa Julia. Suami serta duaorang anaknya meninggal dalam kemalangan manakalaMak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Juliamembawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat dukaMak Cik Noraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.

 

Bab 11

Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papaJulia berkahwin lagi. Papa Julia membantah keranasukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumahRasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkandengan alasan seorang perempuan tidak sesuaimendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu,papanya tidak melarang Julia berkawan dengan Rasylanasalkan Julia pandai menjaga diri.

 

Bab 12

Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaanpapa. Semua kelengkapan untuk mama disediakanoleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Juliabermain tenis. Pada mulanya Julia menolak ajakanAisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapipapanya mendesak agar Julia pergi kerana telahberjanji. Selepas bermain tenis,  Aisyah mengajak Juliake rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah, diadimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.

 

Bab 13

Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumahJulia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telahmenyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakananak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadianak angkat. Papa Julia menceritakan kisah DatukMustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal  dunia manakalaibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana DatukMustakim tidak berhenti selepas kemalangan ituwalaupun dia menanggung kos rawatan ibunyahinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylanmencadangkan agar bapanya bertemu dengan DatukMustakim tetapi papa Julia enggan.

 

Bab 14

Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylanmenyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapatdengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usulketurunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankanRasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.Bab 15Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapatkeputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasameraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang dikenalinyaiaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah,papanya sudah mengetahui akan keputusanpeperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.

 

Bab 16

Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal diasrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri ditempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu ituRasylan menemani Julia ke kedai buku. Selepasmembeli buku, mereka bercadang untuk minum di Starbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoran mahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di  restoran tersebut.

 

Bab 17

Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Juliabermanja dengan papanya tetapi caranya bermesra ituditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudahdewasa. Julia memikirkan persoalan bapanya denganAisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanyabanyak dihabiskan untuk menjaga mama. Hari mingguberikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu menyiapkankerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di sebuah restoran, sekali lagiJulia ternampak papanya bersama-sama denganAisyah.

 

Bab 18

Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Diamelangkah masuk ke rumah secara senyap-senyapuntuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengarperbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas berehat, dia menemuibapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia memberitahu papanya bahawa diapernah melihat papanya bersama-sama dengan Aisyahbeberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanyauntuk berpoligami kerana mama hidup lagi dan tidakmahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi danditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Juliapulang ke asrama tanpa dihantar oleh papanya.

 

Bab 19

Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylanmahu Julia lebih bersikap rasional. Julia tidak dapatmenumpukan perhatian pada pelajaran selamabeberapa hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujianDNA yang dilakukannya positif. Hal ini membuktikanbahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi Rasylan tidakboleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Juliatidak pulang ke rumah. Telefonnya juga dimatikan. Diamasih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari,semasa hendak bertemu dengan Rasylan, papanyamuncul dan membawanya keluar untuk berterus terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari temanhidup yang baharu. Julia keras membantah. Papamenurut pendirian Julia. Julia sedih melihat keadaanpapanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepadapapanya untuk berkahwin lain.

 

Bab 20

Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahirhasil hubungannya dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh bulandilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampirandengan longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesiakerana malu. Julia dibawa oleh bapanya bertemudengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanyasupaya pulang pada hujung minggu itu bagi meraikanpernikahannya.

 

Bab 21

Julia demam panas dan dibawa ke hospital olehpapanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isihatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagikerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya.Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajahpapanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harusberkorban untuk kebahagiaan orang yang dikasihinya.Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan MakCik Aisyah berada di sisinya.

 

Bab 22

Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawapulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepastamat cuti pertengahan semester, Julia pulang keasrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapatmerasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh MakCik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belumdapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepaspeperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah.Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari,Julia terdengar perbualan antara papanya dengan MakCik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyahmemasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Juliamemberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyahdimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik Aisyahakan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Juliadengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak CikAisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak Cik Aisyah.

 

Bab 23

Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkardengan Rasylan berikutan sikap cemburunya apabilamelihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cutipertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untukpulang dengan menaiki bas bersama-sama denganRasylan. Rasylan mengambil keputusan  tidak akanmemberitahu bapa angkatnya perihal dia menemuibapa kandungnya. Dia juga tidak mahu menerimatawaran Encik Muaz sebagai bapanya.

 

Bab 24

Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut.Usai solat  berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyahmasuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama  memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya  menangis .

Tema Dan Persoalan

Tema

Novel ini bertemakan semarak kasih sayang dalam kekeluargaan yang menjadi asas keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah rumah rumah tangga . kasih sayang seorang lelaki terhadap isteri dan anaknya menjadi tunggak utama kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Novel ini juga memaparkan kasih sayang yang berlandaskan kejujuran dan keikhlasan antara anggota keluarga.

Tema novel menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara papa, Encik Jeffri dengan mama, Intan Maliana serta anak mereka , Julia. Banyak perkara yang menggambarkan hubungan kasih sayang dan kemesraan antara papa dengan mama. Mereka sering berkongsi masalah bersama, menikmati hidangan makan  bersama dan sentiasa bergurau senda serta berpegangan tangan. Malah mama juga sanggup menanggung risiko untuk mengandung lagi semata-mata kasih sayngnya terhadap papa. Julia pula adalah anak yang sangat menyayangi keluarganya. Julia yang begitu mementingkan hubungan kekeluargaan, sering melihat contoh keakraban hubungan papa dengan mama yang sentiasa meluangkan masa bersama keluarganya.

Julia sentiasa mengharapkan yang erbaik buat keluarganya. Ketika mama sedang mengalami kesakitan untuk bersalin, Julia mendoakan keselamatan bagi kesihatan mama dan adik-adiknya. Malah, Julia sering menjaga mamanya yang koma akibat konplikasi bersalin kali kedua. Kasih sayang itu juga diserlahkan dengan sikap dan tindakan papa yang sentiasa memastikan kebajikan seta tanggungjawabnya terhadap keluarga terjaga. Papa sentiasa meluangkan masa untuk bersama dengan mama yang mengandung buat kali kedua. Bahkan, apabila mengalami kesan yang besar selepas mama koma, papa tidak lupa akan tanggungjawabnya terhadap mama dan sentiasa menjaganya dengan penuh kasih sayang hingga sanggup mengorbankan segala kegiatan dan aktiviti yang selalu dilakukannya sebelum ini.

Hubungan kasih sayang antara keluarga Julia dikukuhkan lagi dengan pengorbanan dan persetujuannya terhadap perkahwinan papa buat kali kedua. Papa yang berasa kesunyian dan kesepian tanpa ada orang yang boleh berkongsi perasaan dan pengalaman hidupnya, berhasrat untuk berkahwin lagi. Demi menjaga hati dan memenuhi hasrat papa , Julia merungkaikan segala kebencian yang bertahta di hatinya. Bagi papa pula, kasih sayangnya terhadapa mama tidak pernah pudar dengan kehadiran isteri baharunya, Aisyah. Pada saat mama meninggal dunia, papa menangisi pemergian mama buat kali yang pertama dalam hidupnya kerana berasa cukup sedih atas kehilangan tersebut.

Persoalan

  • Pengorbanan seorang isteri terhadap suami tercinta

–          Cikgu Intan Maliana atau mama ialah isteri yang taat dan sanggup berkorban nyawa demi melahirkan anak kedua kepada suaminya.

–          Dia sanggup menghadapi risiko komplikasi ketika bersalin yang akhirnya koma buat kali kedua sebagai tanda pengorbanannya untuk suami tercinta.

  • Kesetiaan seorang suami

–          Papa ialah suami yang setia dan sentiasa meluangkan masa bersama dengan mama walau dalam apa jua keadaan.

–          Kasih sayangnya terhadap mama tidak pernah luntur walaupun papa berkahwin lagi selepas mama koma.

–          Kasih sayang papa tetap utuh sehingga akhir hayat mama dan buktinya, papa mengeluarkan air mata kesedihan apabila mendapati mama menghembuskan nafasnya yang terakhir.

  • Ketabahan seorang ayah (papa)

–          Hal ini dibuktikan dengan sikap papa yang sentiasa sabar melayani karenah mama.

–          Papa juga sentiasa tabah menghadapi segala saat atau keadaan yang genting.

–          Dia dapat menerima kelahiran dan kematian anak kembar siam serta masalah komplikasi mama sewaktu bersalin dengan hati yang tabah.

  • Bertawakal dan reda menerima musibah

–          Sebagai seorang Islam, papa sentiasa menerima segala dugaan yang mendatanginya dengan reda.

–          Dia sentiasa bersedia, bertawakal dan berusaha untuk menangani segala musibah tersebut.

–          Dia sentiasa berdoa dan berserah kepada tuhan supaya keselamatan keluarganya terjamin.

  • Bertanggungjawab

–          Julia ialah anak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

–          Papa yang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah yang disegani serta mesra. Segaal tugas juga dilaksanakan oleh papa dengan berkesan seperti menguruskan jenazah anak kembarnya dan meminta izin daripada anaknya, Julia untuk berkahwin lagi.

58 Responses to “Novel Tingkatan 4 – PAPA … (akhirnya kau tewas jua)”

  1. Cik Sakura Says:

    Terima Kasih :))

  2. Shirley Eucepia Castera Says:

    ummm……….bab 15 takde.😦 anyway terima kasih :3

    1. sarah Says:

      ada lah dia sambung sekali dengan bab 14. technical fault kot.

    2. Nurul Fatin Syafeqah Says:

      bab 15 ada terselit kat dalam sinopsis bab 14…

  3. A.Samad Said Says:

    Bab 15 ade dlm bab 14…

  4. Liyana Hidayat Says:

    terharu😦

  5. luqman Says:

    how about the plot ?

  6. ANITHA Says:

    terima kasih………byk membantu saya utk buat nota

  7. aieynnshasha Says:

    tq cbb berkngsi ilmu…

  8. mila Says:

    story yg bestt`ending yg sad

  9. NAIMAH Says:

    AISYAH YANG PERAMPAS, PURA-PURA BAIK, MENYIBUK, PEROSAK RUMAHTANGGA, PENYEBAB INTAN MALIANA MENINGGAL. ERGH, GERAMNYA!

    1. spoiler Says:

      Jeffri lagi teruk.

    2. siti aisyah Says:

      setuju sangat

      1. 7TeenBlood Says:

        Esok Trial .. malas buka buku memalam buta ni .. jadi ini sangat membantu 🙆 Terima Kasih 👑

  10. ain natasya Says:

    Trima kasih…bnyak mmbntu

  11. SYED REDWAN Says:

    Salam.. sy perlukan novel ini. Boleh sesiapa tolong dapatkan. Sangat2 perlu.

  12. Li Bee Says:

    is very nice story

  13. an briner Says:

    thanks.. sangat berguna ..🙂

  14. sobana Says:

    wow really nice ! itz help 4 me,,,

  15. ilham halim Says:

    terima kasih😀

  16. foziah adiat Says:

    nie boleh bwak g exam kew /? lau nk exam persoaln nye atau tema. spm masuk ?

  17. Amir Asyraf Azhar Says:

    Terima kasih , banyak membantu saya🙂

  18. Puvanan Says:

    terima kasih

  19. sorata Says:

    Jeffri harus bersabar.Terlalu ”desperate” utk mencari teman wanita….6 bulan pun x mahu tunggu……………..

  20. Hamba Allah Says:

    Wah nice , Thankz You🙂

  21. ida_idayu Says:

    terima kasih byk2 sbb tlg sye untk ssiapkan komsas ini . . . Thanks🙂 ^_^

  22. ahmad harraz Says:

    senang untuk membuat rujukan

  23. hamba allah ^^ Says:

    ending dop brape best lorh ! anyway thanks 4 this sinopsis ^^ !

  24. fara Says:

    nie sinopsis bab 1-24 lengkap ke>>?

  25. mhmz101198 Says:

    sikitnye persoalannye…………………

  26. ehhhhmaaiii Says:

    Intresstinnggg !!🙂

  27. Nur Firzanah Says:

    Sambil salin baca… Time salin tu rasa nak menangis je.. Btw terima kasih!🙂

  28. mimilala Says:

    byk mmbntu

  29. mieyQha clayra Says:

    dh puas cry buku rujukan nk wt sin0psis PAPA tpy x jmpe p0n at kedai..nsib baek jmpe at cny..thkz f0r help..

  30. asdasdasdas Says:

    terima kasih banyak2 saye dapat ape yg saya nak


  31. kamulah penyelamat saya kalw tidak KOMSAS sya tidak akan lengkap dan sya akan dapat markah yg sedikit TERIMA KASIH banya-bnyak😉

  32. Cherry Tan Says:

    Is short and nice to write too

  33. zuli da fab Says:

    terima kasih xo


  34. rasylan no ending storyy

  35. A.Adrein Says:

    Thank you sgt2!!🙂

  36. Adriana Says:

    Boleh tak letak plot sekali? Pleaseeee.

  37. nesh Says:

    :-P:-P:-P:-P

  38. siti aisyah Says:

    sangat menyentuh hati cerita ni

  39. anis Says:

    Apa epilog citer nie?

  40. stanxa Says:

    Yeah study last minute

  41. sofia Says:

    thanks! buku tah memana .. mekasihh

  42. Mr. Enginius Says:

    Terima Kasih…banyak membantu tengah last minute nie….: )

  43. mahmood al bakar Says:

    esok nk spm. harap2 ada la kegunaan saya membaca ni. amiinn

  44. Yuvaraj Says:

    sangat senang untuk faham

  45. Yuvaraj Says:

    Terima kasih.Banyak membantu saya.

  46. dowdy Says:

    kat jb ade jual x agak2 novel nii…. mana nak cari ni

  47. Anonymous Says:

    Terima kasih! Banyak membantu…

  48. Muhammad syahrulizamudin bin nazarudin Says:

    Keluar ke spm tahun ini?

  49. ATF NAIM Says:

    terima kasih kawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s