October 2010


Salam. Pernah kita melalui detik perpisahan? Pastinya memori itu memberikan impak dalam kehidupan kita….

Peterjemahan lirik daripada lagu tema “Angel Beats – My most precious treasure” oleh HN Harima.

Jika ikatan itu basah,
kutunggu hingga kekeringan,
Dalam memori itu berlegar,
Kuterjah mengimbaunya…

Ku ingat akan ajaranmu,
Supaya ku tidak gentar lagi,
Untuk melepaskan genggaman jemari ini,
Yang berpaut dengan jemari halusmu….

Walau ku keseorangan, aku teruskan langkah ini meskipun sukar,
Sepastinya aku kupikul memori yang kita lalui bersama,
Kegembiraanku apabila kita bersama,
Kegembiraanku apabila kita pernah bersama,
Namun, pagi ini kubangun dari lelapku,
Tiada siapa menantiku….

Biarlah kujeling masa silam sekalipun,
Hanya kolam mata yang bergenangan,
Kelibat kalian tiada lagi di situ,
Untuk hidup ialah bangkit dan berjuang,
Kelak kaufahami semuanya,
Hanya keberanian yang kauperlukan untuk mengharungi segalanya….

Akan kulalui segalanya,
Demikianlah yang kupelajari di sini,
Akan kutunjuk impian kubina yang bernama kebahagiaan yang tiba,
Hatta sekalipun terpisah daripada kalian,
Tak kiralah jauh mana perpisahan itu,
Aku diriku akan terus melangkau pada pagi baharu ini…

Keseorangan sekalipun diriku,
Akan kuteruskan kehidupan ini biar hati ini mahukan penamat,
Kerana kudengar bisikan mu, “jangan berhenti..”
Sungguhpun jika perit, Kendatipun aku terperangkap dalam kegelapan,
Jauh dalam hatiku, ada cahaya yang terang menyala…

Arus dan kitaran hidup, masa yang berubah,
Tak mungkin kuingatinya lagi,
Namun, apabila ku penjam mataku ini,
Suara tawa ria kalian mula bergema,
Entah mengapa, itulah harta yang paling bernilai buatku kini….

Baru tadi ada pelajar saya daripada Pusat Tuisyen saya (tinggal di area Jalan 1/4 dan 1/6 berhampiran Jalan Templer di Petaling Jaya) menghantarkan SPAM bermesejkan lucah di blog saya. Maaf, saya dah trace alamat rumah, dan laporan polis mungkin akan menyusul jika tiada maaf yang dipinta!

Lokasi PENJENAYAH tersebut

Kepada semua pelayar dan pembaca setia blog ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari peperiksaan PMR terutamanya untuk kertas 1& 2 Bahasa Malaysia yang dijadualkan pada 5 Oktober ini!

Untuk tip-tip terakhir peperiksaan, sila kujungi ke kumpulan FACEBOOK saya (kelab bahasa Melayu – Hairie) untuk perbincangan dan soalan-soalan yang terkini!

Selamat Maju Jaya!