1_818096112l

Dilahirkan di sebuah pusat pembiakan haiwan belaan ini lantas mengunsi segala kebebasanku. Ibuku melahirkanku tanpa sempat merasa kasih seekor suami hamster. Mana tidaknya, aku ialah hasil daripada persenyawaan tabung uji. Kemudiannya, aku diletakkan dalam rahim ibuku sehinggalah aku dilahirkan. Walaupun begitu, ibu aku tetap menyayangi aku dan dua adikku seperti mana seekor ibu hamster yang lain.

Selepas beberapa minggu bersama ibuku, masa mesra kami dirampas kerana aku diletakkan bersama-sama adik-beradikku, jua rakan-rakan sebaya di dalam sebuah bekas khas. Kami terpaksa hidup berdikari sendiri tanpa sedikit pun perhatian dari orang tuaku. Kalau manusia, sudah tentulah kami akan terjebak dalam kancah sosial. Malang sekali, nak merempit pun motor tiada, apatah lagi nak melayan “shisa”…

Setelah aku memasuki alam remaja, aku pun dihantar bersama-sama rakan hamster yang lain ke sebuah tempat yang khas untuk menjual haiwan-haiwan peliharaan, bukannya PLKN. Perpindahan itu sedikit sebanyak melupakanku tentang kematian dua adikku semasa kami bersama di pusat pembiakan tersebut. Saudaraku itu tidak mampu hidup tanpa kasih ibuku.

Hampir sepurnama aku berada di kedai itu, datanglah seorang hamba Allah yang sudi membeli aku. Hal ini demikian kerana si polan ini ingin menghadiahkan aku ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Aku bersendiri lagi, kerana selepas kehilangan adik-beradikku, aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku. Hanya tuhan sahaja mengerti perasaan aku ini…

Aku dibawa ke sebuah TASKA yang berdekatan. Mujur ada juga haiwan peliharaan yang lain ada di Taska tersebut. Aku diletakkan di sangkar khas, di tepi sekali dalam bilik belajar itu. Sebelahku ada seekor kura-kura dan seekor anak itik. Mereka memang ramah dan suka membantu.

Walaupun aku mengalami kenangan yang penuh kepahitan sepanjang laluanku ke sini, namun aku sedar tiada kejayaan tanpa cabaran dan dugaan yang terpaksa kita lalui. Aku kini dikenali ramai. Kami sekawan menubuh band, eh, bukan band, tetapi pasukan keselamatan yang menyelamatkan haiwan. Itulah impian bagi semua haiwan herbivor macam kami, kalau karnivor, jangan harap la…

Telefon sudah pun berbunyi. Aku terpaksa pergi menyelamatkan haiwan. Apa yang penting ialah kerjasama. Oleh itu, ini serius dan mesti bantu. Kamilah Wonderpet, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama, semua jadi mudah….

Yang Ikhlas,
Danny…

4 Responses to “Autobiografi : Aku seekor Hamster…..”

  1. Lord Xile Says:

    Dude ikut cerite ‘wonderpets’ ke?? tapi boleh katakan bagus autobiografi

  2. Wayne Cheah @ Kuzumi Says:

    wah….

  3. alef Says:

    haha, klakar, tpi bleh tahan

  4. isp11 Says:

    cikgu, buatlah citer camni lg. klu saya buat dlm exam, jgn marah ya……

Leave a comment