Strategi Menjawab Karangan

• Langkah T,K,F. (Tema, kata kunci, format).

Contoh :

Menabung banyak membawa kebaikan kepada kita semua. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menabung kepada rakyat dan negara?

Tema
Menabung.
Kata Kunci
Kebaikan
Format
Pendapat

Komponen Karangan.

Pengenalan
• Gambaran awal
• Terdiri daripada:
o Ayat rangsangan
o Ayat arahan

Isi – 4 Ayat
• Ayat Judul
• Ayat Huraian
• Ayat Bukti
• Ayat penegas

Contoh:

Satu daripada punca berlakunya kemerosotan mutu bola sepak tempatan ialah tahap disiplin pemain negara yang jelas kurang memberangsangkan.(AJ) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak kita dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan.(AH) Sebagai contohnya, suatu ketika dahulu enam orang pemain bola sepak kita digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko pada waktu malam. (AB) Perkara-perkara seperti inilah yang menjadi halangan utama pasukan negara kita untu mencapai kejayaan. (AP)

Penutup
• Kesimpulan kepada isi-isi.
• Peribahasa sangat digalakan
• Tiga jenis ayat
o Penyimpul
o Harapan
o Cadangan

Pemeriksaan Kertas.

1. Minimum 3 ISI.
2. Bahasa menarik dan GRAMATIS.
3. KOSA kata yang luas.
4. Perenggan yang seimbang.
5. Kesalahan bahasa yang minima.
6. Melebihi 180 PATAH PERKATAAN.

Gaya Pemberian Markah.

Keseluruhan – Impresi Pemeriksa.
Ejaan – Maksimum dua markah ditolak.
Format – Maksimum dua markah ditolak.

Latihan Karangan

1. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan seseorang. Bincangkan peranan guru dalam mendidik pelajar di sekolah.

2. Berikan pendapat anda tentang kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.

Soalan 1:
Tema

Kata Kunci

Format

Soalan 2:
Tema

Kata Kunci

Format

3 Responses to “Bahagian C – Strategi Menjawab Karangan”


  1. Terima kasih, ia banyak membantu saya!
    bAGUS

  2. Nea Says:

    bagus la kalau cam tu

Leave a comment