Untuk pelajar saya iaitu murid tingkatan 2 dan 3, sila muat turun bahan untuk latihan bagi kelas zoom (pelajar Perfection Rawang) yang akan berlangsung pada hari Ahad, 5 September 2021.

Pastikan anda memiliki salinan sama ada salinan keras (cetakan) atau salinan lembut (dokumen maya) sebelum kelas bermula. Muat turun nota di bawah:

Nota Tingkatan Dua :

Nota Tingkatan Tiga :

Berikut merupakan tentatif untuk sesi kelas ZOOM (Perfection Academy Training)

Tingkatan 2 – 11.00 pagi

Tingkatan 3 – 11.50 pagi



Untuk guru-guru yang berminat untuk membeli bahan pengajaran tersebut (berbentuk format powerpoint) bagi pengajaran dalam talian (zoom) atau sebagainya, sila hubungi saya (012-3387287 – Whatsapp digalakkan) untuk maklumat lanjut.

Bahan (powerpoint) tersebut berdurasi antara 45 minit ke satu jam bergantung pada pedagogi pengajar.

Bagi yang berminat untuk sesi Zoom bersama saya, juga dialu-alukan menghubungi saya (012-3387287 – Whatsapp digalakkan)

 

Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama ialah di rumah Badri iaitu ibu Badri, Mak Siti menyediakan sarapan untuk keluarganya.

Selain itu, di kompleks beli belah iaitu tempat Shahrul, Kumar, dan Meng Kong melepak selepas selesai sesi persekolahan dan pada hujung minggu.

Akhir sekali, ialah di kedai Encik Tan, ayah Meng Kong iaitu peristiwa Meng Kong mencuri telefon bimbit di stor kedai ayahnya untuk dijual kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Meng Kong datang ke kedai ayahnya pada setiap hari Sabtu.

 

 

Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.

Jawapan:

Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya.

Selain itu, masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.

Akhir sekali ialah masyarakat yang rajin belajar. Contohnya, Badri, Siew Mei, dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.