Manchester United F.C.

Nama penuh     Manchester United Football Club
Gelaran     The Red Devils
Ditubuhkan     1878, as Newton Heath L&YR F.C.
Lokasi             Old Trafford Trafford, Greater Manchester, England (Kapasiti 76,212)
Pengerusi      Joel & Avram Glazer
Pengurus     Sir Alex Ferguson
Liga     Premier League
2007–08     Premier League, 1st

Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali serta Juara Kelab Dunia (WORLD CLUB CUP) sekali yang menjadikan United juara yang pertama bagi kelab British. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian “Kelab FIFA Abad ke-20”, di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).

Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.

Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005.

Sejarah
Tahun-tahun awal (1878-1945)

Manchester United pre-1945

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

Tahun-tahun Busby (1945-1969)

Manchester United 1945-1969

Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.
Penanda jalan Sir Matt Busby Way yang terkenal.

Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.

Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.

Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.

Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.

1969-1986

Manchester United 1969-1986

United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O’Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai ‘The Doc’, telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.

Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beilau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.

Beilau telah di gantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum treble (1986-1998)

Manchester United 1986-1998

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.

Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.

United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta[4], memperlihatkan kewangannya ke pada umum.

Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi “dua kejuaraan” (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.

Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali. [5]

Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.

Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, dibelakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

Kejuaraan treble (1998-99)

Manchester United 1998-1999

1998-99 merupakan musim dimana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi “Treble” – memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Selepas treble (1999-kini)

Manchester United 1999-hingga kini.

United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika didalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.

Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat “hadiah saguhati” piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelakkan dari menghabiskan musim dengan tangan kosong – satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun – dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berahir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana Ruud berbalah dengan Alex Ferguson.

Kedatangan Ronaldo bagai memberikan suntikan kemenangan dengan menamatkan dominasi Chelsea, yang kehilangan Morinho, “teristimewa”, dengan kemasukan Park Ji Sung, Carrick, sebelum Owen dan bintang-bintang muda yang lain. Sekaligus, tahun 2008-2009 kali ini dilihat tahun besar buat Manchester United yang dikatakan bakal merangkul piala EPL lagi. Walaubagaimanapun, khabar angin mengenai Ronaldo sedikit sebanyak mencacatkan kegemilangan United.

Pengambilalihan United oleh Malcolm Glazer

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapatkan semua kepentingan didalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.

Lencana dan warna

Semasa hari-hari Newton Heath, Pakaian tuan rumah kelab ini adalah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.

Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka pada masa ini telah ditaja oleh penaja utama AIG. Pada masa ini, jersi Manchester United adalah berwarna merah dengan jalur emas dibahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak diatas corak perisai putih. Jersi semasa keluar pula berwarna putih dengan jalur hitam dibahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak diatas corak perisai berwarna hitam.

Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab “The Red Devils”, yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula di masukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan kedalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan “Football Club”.

Penajaan

Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar didalam dunia selepas Juventus didalam liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun. Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar di dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

Pemain
Skuad semasa

Sehingga 16 Januari 2009, mengikut sumber pada laman rasmi.

No.     Posisi     Pemain
1     GK     Edwin van der Sar
2     DF     Gary Neville (Kapten)
3     DF     Patrice Evra
4     MF     Owen Hargreaves
5     DF     Rio Ferdinand
6     DF     Wes Brown
7     MF     Cristiano Ronaldo
8     MF     Anderson
9     FW     Dimitar Berbatov
10     FW     Wayne Rooney
11     MF     Ryan Giggs (Naib kapten)
12     GK     Ben Foster
13     MF     Park Ji-Sung
14     MF     Zoran Tosic
15     DF     Nemanja Vidić
16     MF     Michael Carrick
17     MF     Nani
18     MF     Paul Scholes
19     FW     Danny Welbeck
20     DF     Fabio da Silva
21     DF     Rafael da Silva
22     DF     John O’Shea
23     DF     Jonny Evans
24     MF     Darren Fletcher
28     MF     Darron Gibson
29     GK     Tomasz Kuszczak
30     MF     Lee Robert Martin
32     FW     Carlos Tévez
34     MF     Rodrigo Possebon
38     GK     Ron-Robert Zieler
40     GK     Ben Amos
41     FW     Federico Macheda
42     DF     Richard Eckersley
43     MF     Davide Petrucci

Dipinjam
No.     Posisi     Pemain
25     DF     Danny Simpson (di Blackburn Rovers sehingga 30 Jun 2009)
26     FW     Manucho (di Hull City sehingga 30 Jun 2009)
31     FW     Fraizer Campbell (Tottenham Hotspur hingga 30 Jun 2009)
33     MF     Sam Hewson (di Hereford United sehingga 6 April 2009)
35     MF     Tom Cleverley (di Leicester City sehingga 30 Jun 2009)
36     MF     David Gray (di Plymouth Argyle sehingga 30 Jun 2009)
37     DF     Craig Cathcart (di Plymouth Argyle sehingga 30 Jun 2009)
39     DF     James Chester (di Peterborough United hingga 2 Mac 2009)
45     FW     Febian Brandy (di Hereford United sehingga 2 Mac 2009)
–     GK     Tom Heaton (di Cardiff City sehingga 30 Jun 2009)

Pasukan wanita

Skuad Wanita Manchester United telah ditubuhkan pada 1977, dan telah menjadi sebahagian daripada Manchester United FC secara rasmi pada permulaan musim 2001/2. Mereka bermain dalam liga Northern Combination (liga ketiga dalam bola sepak wanita di England) tetapi telah dibubarkan sebelum bermulanya musim 2004/5.

Bekas pemain

Rekod pemain

Pemenang Anugerah Pemain Eropah Tahunan (Ballon d’Or)

* Denis Law – 1964
* Bobby Charlton – 1966
* George Best – 1968
* Cristiano Ronaldo – 2008

Penampilan terbanyak

Untuk perlawanan sehingga 4 Januari 2007 dan menurut laman rasmi. Pemain yang dinyatakan masih lagi berada di Manchester United.

#     Nama                             Tahun         Penampilan     Gol
1     Sir Bobby Charlton             1954 – 1973     759     249
2     Ryan Giggs                     1991 – kini     692     137
3     Bill Foulkes                     1952 – 1970     688     9
4     Alex Stepney                     1966 – 1978     539     2
5     Tony Dunne                     1960 – 1973     536     2
6     Denis Irwin                     1990 – 2002     529     33
7     Gary Neville                     1992 – kini     527     7
8     Paul Scholes                     1994 – kini     514     135
9     Joe Spence                  1919 – 1933     510     168
10     Arthur Albiston             1974 – 1988     485     7

Penjaring terbanyak untuk Manchester United
Nama             Karier        Penampilan     Gol
1     England    Sir Bobby Charlton  1954 – 1973     759     249
2     Scotland   Denis Law            1962 – 1973     404     237
3     England    Jack Rowley            1937 – 1955     424     212
4     N.Ireland  George Best            1963 – 1974     470     179
5     England   Dennis Viollet       1949 – 1962     293     179
6     England    Joe Spence            1919 – 1933     510     168
7     Wales      Mark Hughes            1980- 1995     466     164
8     Belanda   Ruud van Nistelrooy     2001 – 2006     220     150
9     England    Stan Pearson     1935 – 1954     347     148
10     Scotland     David Herd     1961 – 1968     265     145

Pegawai kelab

* Pemilik: Malcolm Glazer
* Presiden: Martin Edwards

Manchester United Limited

* Pengerusi Bersama: Joel Glazer & Avram Glazer
* Pengarah: Bryan Glazer, Kevin Glazer, Edward Glazer & Darcie Glazer
* Ketua Eksekutif: David Gill
* Ketua Pegawai Operasi: Michael Bolingbroke
* Pengarah Komersial: Richard Arnold

Manchester United football club

* Pengarah: David Gill, Michael Edelson, Sir Bobby Charlton, Maurice Watkins
* Setiausaha Kelab: Ken Ramsden
* Penolong Setiausaha Kelab: Ken Merrett
* Duta Global: Bryan Robson

Staf Perubatan dan Latihan

* Pengurus: Sir Alex Ferguson
* Pembantu Pengurus: Mike Phelan
* Jurulatih Pasukan Utama: Rene Meulensteen
* Technical Skills Development Coach: René Meulensteen
* Goalkeeping Coach: Eric Steele
* Fitness Coach: Tony Strudwick
* Strength & Conditioning Coach: Mick Clegg
* Pengurus skuad Simpanan: Ole Gunnar Solskjær
* Jurulatih skuad Simpanan: Warren Joyce
* Chief Scout: Jim Lawlor
* Chief European Scout: Martin Ferguson
* Director of Youth Academy: Brian McClair
* Director of Youth Football: Jimmy Ryan
* Doktor: Dr. Steve McNally
* Pembantu doktor kelab: Dr. Tony Gill
* First Team Physiotherapist: Rob Swire

Sejarah pengurusan

* 1892 A.H. Albut
* 1900 James West
* 1903 J. Ernest Mangnall
* 1912 John J Bentley
* 1914 Jack Robson
* 1921 John Chapman
* 1926 Lal Hilditch
* 1927 Herbert Bamlett
* 1931 Walter Crickmer
* 1932 Scott Duncan
* 1938 Jimmy Porter
* 1944 Walter Crickmer
* 1945 Sir Matt Busby
* 1958 Jimmy Murphy (Penjaga sementara semasa tragedi Munich)
* 1959 Sir Matt Busby
* 1969 Wilf McGuinness
* 1970 Sir Matt Busby
* 1971 Frank O’Farrell
* 1972 Tommy Docherty
* 1977 Dave Sexton
* 1981 Ron Atkinson
* 1986 Sir Alex Ferguson

Stadium : Old Trafford

Sokongan

Sebelum Perang Dunia II, terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United, sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk disokong.

Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air, lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 1974—1975.

Laporan 2002 Do You Come From Manchester? menunjukkan walaupun Manchester City mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih besar.

Pada lewat 1990-an dan awal 2000, isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters’ Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters’ Trust dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.

Kejuaraan

Domestik

* Kejuaraan Liga Perdana Inggeris[11]: 15
o 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08

* Divisyen Kedua 2
o 1936, 1975

* Piala FA: 11¹
o 1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004

* Piala Liga: 3
o 1992, 2006, 2009

Eropah

* Liga Juara-Juara UEFA: 3
o 1968, 1999, 2008

* Piala UEFA: 1
o 1991

* Piala Super Eropah: 1
o 1991

Antarabangsa

* Piala Antara Benua: 1¹
o 1999
* Piala Kelab Dunia : 1
# 2009

Leave a comment